Showing posts with label Torture Chamber. Show all posts
Showing posts with label Torture Chamber. Show all posts

Thursday, March 18, 2010

Bagaikan Wong Mendapat Parang

Once upon a time, ada la satu hari tu ada buat gotong royong. Ahli rumah Mohd Shah pun sibuk la mengemas kawasan PV. Kebanyakan org buat la kerja bersihkan PV tapi ada pula yg rajin gi menebas lalang sampai ke court tenis buruk sebelah smiwing pool tu.

Nak dijadikan ceritanya, wong dikurniakan parang utk gi menebas. Tapi rasanya dia amik sendiri kut parang tu kat scout's den. Hmm..pikir balik rasanya takde pun cikgu suro tebas lalang. Lagipun sapa yg sewel bg wong parang, wong + benda tajam = resipe for disaster

Seterusnya dia mengabiskan masa beberapa jam mengasah parang tersebut. Dari pagi sampai ke tgh hari, mengasah je la kerja dia, kalau dia asah belakang parang tu dah lama dah jadi tajam. Ramai kawan cuba tegur tapi beliau adalah wong.

Rule of Wong #1 - wong is always right

Dan akhirnya siap la parang tu kena asah. Tajang doh !, kata beliau. Pastu ada yg gatal mulut buat2 doubt parang tu tajam. Dok caye mari kita try...ujar beliau sambil mengajak geng mulut gatal itu menuju ke arah court tenis buruk tu.

Rule of Wong #8 - wong pantang dicabar (#2-#7, sama spt #1)

Maka tibalah mereka di sebatang pokok kelapa apa jenis tapi katik, tak tinggi la. Sambil melibas-libas angin, dia jamin parang ni boleh belah pelepah nyior tu sampai putus dgn skali libas. Begitulah tajamnya parang itu. Sampai berpeluh dia duk mengacah parang. Kalaulah pokok nyior tu ada kelenjar peluh, dah basah kuyup atas bawah.

Akhirnya wong bersedia, lalu mengambil posisi utk melibas. Dia mengumpul tenaga dan kemudianya dgn satu nafas....Yaahhhh! full swing, skali pandang mcm hikmat bulan sabit.

Thukkk!....gagal...wong telah gagal. Parang tu boleh potong separuh jalan je, tersangkut kat pelepah tu. Hahaha, tawa mereka ramai2 kpd wong.

Heinrich’s Domino Theory states that accidents result from a chain of sequential events, metaphorically like a line of dominoes falling over. When one of the dominoes falls, it triggers the next one, and the next…but removing a key factor (such as an unsafe condition or an unsafe act) prevents the start of the chain reaction.
Rule of Wong #9 - Never,... ever laugh at wong in the face

Wong + objek tajam + unsafe act (gelakkan wong) = ultimate disaster. Sambil ketawa kecil dan berlagak cool, dia menarik parang itu dan katanya dia tak swing full power tadi. Tapi wong kalau dah mata terjegil dgn hidung kembang kempis tu, kira mcm nak jadi hulk la. Dia nak swing skali lagi, kali ni nampak lebih bersungguh2, tadi tu bersungguh2 jugak tapi yg ni lg bersungguh2. Sungguh pong..

Dgn nafas yg lebih panjang dan muka bengis, dia pun hayun parang tu sekuat hati...



Zassss !!




























Sila rujuk kepala lutut anda (pembaca). Bengkokkan kaki, nampak kulit lutut tu stretch. Pastu bila straight-kan kaki kulit dia kedut. Jadi pada hari tu aku telah melihat imej yg amat dahsyat bilamana wong straight kan kaki dia kat koridor PV selepas diusung org ramai. Ianya kelihatan seperti satu takungan dgn darah membuak2 keluar dari lutut tu. F.U wong, berbelas tahun berlalu, aku masih ngilu.....


...aku kata doh, tajang...




Thursday, April 23, 2009

Lawak Bangang Saffarel

Ini adalah satu lawak bangang Indra seperti yang diriwayatkan oleh EZ.

One I remember quite clearly, which made the BM teacher flip.

Cikgu BM: Tahukah kamu semua, apakah itu kelip-kelip?

Class: (Silence - Mungkin sebab tak tahu ataupun memang buat dek je).

Cikgu BM: Kelip-kelip tu apa?

Indra: Manusia berkepala babi...

Class Roars Out In Laughter.

The BM teacher goes mad.

p/s: kalau ikut perawi Dzul Atfie, 'kelip-kelip' tu digantikan dengan 'tetuang'.

Thursday, November 13, 2008

AMUKAN MPRO DI SATU MALAM TAHUN 1994 KERANA JAMBUNYA BERTENET DENGAN ORANG LAIN

Siapa yang tak kenal Mpro kiranya orang itu berada di koleq circa 1990-1994? Orangnya berkulit putih dan memakai kaca mata berbingkai bulat macam Emperor Pu Yi dalam filem 'The Last Emperor'. Tapi posting ini bukan pasal itu. Posting ini pasal cerita amuk Mpro pada suatu malam dingin tahun 1994.

Satu ketika dalam tahun 1994, bertiup desas-desus ada budak batch kita jugak nak tackle brader Mpro yang berkulit hitam manis.Korang tau la sapa dia (sapa tak tau ye dak???) Kira nak jadi perampas la. Orang ketiga ni satu dorm & satu house dengan Mpro. Jadi Mpro memang panas memanjang la waktu tu. Sheppe pulak tiap-tiap hari dok bakaq Mpro. Lagi terbakaq la Mpro.

Satu malam, lepas lights off, Mpro balik rounding Big School sebab dia on duty hari tu. Angin pun tak berapa bagus malam tu agaknya. Sampai Dorm 10, tup-tup, terus nampak brader dia dok bertenet baik punya kat katil orang ketiga tu. Dah la lepas lights off.

Perghhh, angin satu badan la Mpro. Dengan gerakan sepantas kilat, terus Mpro meluru ke cube dan terus 'PANGGGGGGGG' tendang pintu cube dia. Terkejut beruk semua orang kat dalam cube Mpro time tu. Aku la salah sorang.

Lepas tu dia jerit, "WOIIIIIIIIII !!!!! TUTUP LAMPU LA. TAK RETI2 LIGHTS OFF KAAA???".

Aku yang dok sengih terkerisin kat cube dia, hilang semangat. Malam tu terus tak jadi study sebab dok ketaq tengok Mpro mengamuk.

Menurut kata Mpro, Loque pun ada time tu (korang mesti tau sebab apa Loque ada kat Dorm 10 lepas lights off kan ?). Nasib baik tak jadi apa-apa kat Loque, kalau tak, maka tiadalah 'KEMBALIIIII'.

Tuesday, January 29, 2008

RUMBLE IN 7 KNIGHTS' COURT

Cerita ini memang ada kena-mengena dengan karakter-karakter yang masih hidup.

"The day began like any other day. Hahaha. Aku bangun dan menyalak kat budak F2. By 10 am lebih kurang, anjeng semua kena panggil untuk buat spotcheck kat Big School. Aku being the biggest bastard time tu (to Class of 93, second only to sharap kot), kena cover Overfloor. Then kena la selongkar semua. In actual fact, it was the wardens who did the rancsacking. By lunch, F5 93 dah tak puas hati sbb locker diorang kena selongkar. Honque paling tak puas hati. So depa panggil aku lepas lunch ke 7 Knights' Court. Ron tak bagi aku pegi. Tapi aku degil. Jadi aku pun pi sorang-sorang. (Kesilapan Pertama)

Sampai kat sana, Honque tanya aku ke selongkar locker dia. Aku cakap bukan sebab sabre yang selongkar, aku tengok je. Then dia suruh aku kemas locker dia. Aku cakap apa hal, kalau ko nak suruh kemas, ko suruh la Sabre. Angkuh sungguh.

The conversation went back and forth. By that time, dah ramai dah berkumpul kat situ. Kalau imaginasi aku tak liar, ada la dalam 20-30 F5 93 kat situ. Dia jerit, aku jerit, dia jerit, aku jerit. Lepas tu dia suruh aku mintak maaf, lagi lah dak. Kalau minta maaf, sama la macam ambil pisau, potong kote dan baling kat anjing (time itu la....)(Kesilapan Kedua)

So, dah takde kesudahan, aku pun angkat kaki belah. Bila aku paling belakang nak belah je, aku dengar ayat, "KURANG AJAR". Aku kena tolak dengan Yazeed. Spec aku tercampak. Aku pun pusing, tarik baju Yazeed, koyak la baju hamba Allah tu. Then bedebik aku bagi sebiji kat muka dia. Pecah bibir dia. Lepas tu Honque debik aku sebijik daripada belakang. By then it was blurry. Aku pun tak ingat apa jadi.

Yang aku ingat after a while, Yazeed & Honque pinned aku atas katil takde tilam sebelah pintu masuk. I was about to be 'debiked' by both of them. I thought, abis la pecah muka aku ni. Then Reza (Presiden KPKM 1993) & Ron (Headboy 1993) selamatkan aku & tarik depa dua daripada aku. Pergh, selamat, kalau tak abis muka aku kena reconstruct, hahahaha...

Bila aku bangun, aku cuma nampak RudiCop je duduk kat katil opposite aku. Mattop tak nampak pulak. Haram tak tolong member. Tapi to be fair to them, kalau depa tolong time tu, mungkin juga akan tertiup sangkakala pulak (ni aku assume korang semua sayang kat aku la).

Reza minta baik2 supaya aku kemas locker Honque. kira settle la. aku pun kemas la. Tapi sempat lagi aku cakap, "aku kemas ni bukan makna aku kalah!!!"

Lepas tu it was long walk to Prefects' Room. Then Ron mengamuk. Sampai itu saja memori aku..."

Note :

This posting is not meant to stir up strife or anything like that. I was acting in the heat of the moment and the prevailing sentiment at that particular time. Them too, I believe. So, peace!!!

Monday, January 21, 2008

TAPAK TANGAN JASMAN DI'STAPLE'

Tempat : Dorm A, Prep School

Tahun : 1990

Masa Kejadian : Inspection Pagi Sabtu

Perangai para pengawas Prep School time Inspection memang macam sesumpah (chameleon like). Sukar dijangka. Norma kebiasaan, ganas habis. Bila ini berlaku, para pengawas akan cuba sehabis ganas untuk menakut-nakutkan orang. Kalau mood diorang baik, diorang akan buat lawak yang mana kita akan jadi buntut jenaka mereka (the butt of their jokes). Kalau diorang dalam mood membuli, maka semua pun dibuli mereka.

Satu pagi Sabtu, entah apa mood diorang waktu, Puyeng (salah seorang pengawas Prep School) ambik stapler dan main acah-acah dengan Jasman. "Saya staple aa, saya staple aaa...", acah si Puyeng. Ja pun layan la, ye lah...tak layan karang kena lagi teruk. Mungkin jauh di sudut hati Ja, beliau rasa takkanlah Puyeng sanggup nak staple tangan dia. Ngilu tu kalau kena!!!

TAPI...

Dengan tak semena-mena, datang si ID (anjing PS paling LIAR time tu) entah dari mana, sekonyong-konyong menerpa dan terus tekan...PANGGG...menusuk bullet tu dalam tapak tangan Ja...

NOTA : Aku tak tengok kejadian ni dengan mata kepala aku sendiri. Cuma berdasarkan cerita daripada ahli Dorm A ketika itu. Apa jadi seterusnya kepada Ja tak aku tau sebab tak pernah diceritakan.

Wednesday, January 16, 2008

Siri Penyiksaan Unaitfek

Entah apa nasib malang, time common room mesti kena berdiri rapat2 bagai nak gila tu dekat belakang member2, kena make sure bedmate selamat dari terbakar dan queue ikut dorm, aku time tu dorm c. dorm yang paling besar dan ramai.pong duh aroma korang rakan sedorm time tu..toksah cakap la, semua bau ada, bau air beras ada,air liur basi ada,air mas***basi pun ada.. dah la kena dok rerapat, pakai lak singlet pendidikan jasmani kelabu. memang bau paing tak ingat laa.. tambah lagi kalau ada malaun yang tidur time tengah berdiri tu, sesia jek kena halfway up/down.menjejes peluh.. berceceran menitis ke member sebelah muahaha.siapa yang dok kat depan sekali or kat tepi, for sure dapat sepakan percuma ID nak suh rapat lagi antara satu sama lain.bila dapat jek keluar dari common room untuk menghirup udara dinihari kuala, perghh.. lega.... amci oh amci..

p/s kalau sekarang kena kumpul reramai kat common room prep school, takpastila sama ada kitorang muat lagi tak seramai 116 orang kat situ..maklumlah, ukurlilit masing-masing pun dah bertambah.. cuma yang kekal saiznya dalam batch kitorang dulu, kini dan selamanya mungkin fudul dan pejal sahaja muahaha


yg aku bengang, ingatkan wawu datang, boleh la kita balik tidur....rupanya, dia dok perati ajer...brengsek sungguh...-mangsa penyiksaan 1

Wednesday, December 12, 2007

Hikayat Bell Sayap Timor : Malam Euphoria Sembilan Puluh Empat

Teman teringat kejadian yang berlaku sekitar tahun 1993 yang mana hampir berlakunya cannibal holocaust seandainya kita NinetyFourians hilang kawalan diri.. Bunyi macam serius,kalau sedang membacha di pejabat tu, buat le muka serius ibarat membaca laporan kewangan suku ketiga akhir tahun..So what the heck here it goes (teman mungkin ada 'lost-plot', sesapa yang memory still intact sila beri tunjuk ajar noo..)Waktu itu berlakunya kejadian F4 '94 dipanggil oleh F5 '93 beramai-ramai di depan dorm 7 overfloor, tak kira le sebelum lights off ka, sebelum lunch hour ka, kalau deme ni ada mood deme panggil jak..kat atas senior comm.


Mula-mula budak F4 94 baru yang dipanggil secara berseorangan untuk di psycho, tetapi lama-kelamaan F4 94 lama pun ada yang kena panggil. Kejadian ni berlarutan agak lama, tidak diketahui dengan jelas sebab-musababnya, tetapi sebagai fifth formers yang digelar sebagai the king of the school of kings, king of schools memang deme ni nak mempamerkan their prowess, dominance and supremacy.Selaku flattopper batch yang prihatin dengan bahang aura dingin yang melanda koleq waktu itu, mesyuarat tergempar F4 94 pun telah diadakanbagi menangkis tindakan mereka dan membela kaum sahabat handai yangtertindas.


Sampailah ke satu hari, aku tak ingat masa tu sape yang kena panggil, mungking Jasmang Hassang kot.. telah dimental torcher sebelum lights off. Lantas, batch 94 yang sememangnya doh panah (panas dalam loghat timur) dengan situasi tersebuk telah melakukan sesuatu di luarjangkaan. Dari sayap timor, overfloor(apa nama melayu dia ni, pundaklantai ka) dan pavilion, batch 94 telah membuat rendesvouz di sayapbarat untuk menghimpunkan semua jiwa anak muda yang dahagakan aksi bloodsport..(part ni tak risau sangat, kita ada Tong Poe, Moofasa, Viktor 'Din' Laudrum, Black Belters Mattop, Ska, Dzulaaatfie, Silat Bara RudiHulk, Syam Pop it in Man dan semangat Grunge Punk Urban Life AngstDriven Teenage Youth - deme 93 ada Zeus 'Dewa Kemurkaan Yunani')"Semua dah ada?" satu pertanyaan menyusul..


Sayap Barat menjadi saksi betapa ramainya kepala yang mengangguk sambil mengetap bibir ala Sharap, geram dengan situasi semasa.. "Boleehh kot!".. bagaikan satu pakatan libertadores, Batch 94 dengan penuh tekad keyakinan berbondong-bondong mengorak langkah menuju ke tapak lokasi kejadian. Melalui dorm 16, kemudian ke koridor common room overfloor, NinetyFourians pun menjengukkan 116++ diri kepada the 93s ala ambush caught in the act..teman masa tu selaku frontliners ternampak le bagaimana terkujat je mukabrader 93 (no offense 93s, the past is the past,) yang sebelum itu kelihatannya garang dan ganas tetapi tiba-tiba hilang melenyapkan diri setelah munculnya sangkakala di depan mata.. Cuma, yang tinggal sorang je 93, yeszz u know who..Honkyu. Masa nilah terserlah unite fekt 94 dalam keadaan genting, one trigger of a shout of 'KiM@K kau' could start a massive massacre. Oleh kerana Honkyu seorang sahaja yang berani berdepan dengan kita, maka mangsa telahpun diselamatkan pada malam itu tanpa pertumpahan peluh.Itupun setelah kita drew our swords, drew our lines and agreed on a certain set of rules.Did I mention rules? Yup, Standing Rules is what we call it. Part of the rules mentioned by Honkyu that night is for us to behave during nightprep, of course we were a bunch of hanky-panky monkeys that time.. the other thing I could recall is the keluar town malam by the 94s.."korangkalau kluar town janganlah nampak obvious sangat..etc,etc" and so on I could not remember what else he said.. At the end of the day, we got our deal and many faces that night were seen smiling in their sleep.We 'almost' complied to whatever rules outlined that night..


Rentetan dari peristiwa malam keramat ini, perbalahan diantara budak bandor dan kampong tidak berakhir begitu sahaja. Geng kurier tetap keluar town macam biasa dengan tidak menghiraukan standing rules, malah semakin berleluasa sehinggalah berlakunya kejadian Polis Sentri Dinihari.. One on one di squash court - (ada jugak teman dengor cerita ni).. dan baju member kita sorang nih terkoyak sampai tercabut butang baju pasai beradu sebab tak puas hati kat overfloor lagi (hang tau hang sapa mengaku je le)..danbanyak lagi.Siapa sangka, sepuloh tahun selepas keluar koleq, salah seorang dari NinetyFourian boleh sewa rumah dengan Honkyu ketika mengharungi ranjau kehidupan ibu kota. Juadah berbuka puasa popia simpul kelate akrab dikongsi bersama tanpa mengendahkan peristiwa malam keramat lalu; yang seandainya terlajak perahu, mungkin boleh meninggalkan kesan yang mendalam sepanjang hayat kita di pentas kehidupan realiti dunia..


- penceritaan sebenar Tuan Haji Araza Lay Chee Peng bersempena dengan Hari Perpaduan Sedunia

Wednesday, November 07, 2007

Jari Maut Abang Azman

Overfloor Dorm 7 Selasa 25/8/1994 - Aku menyandar di sebatang tiang overfloor sambil memandang jauh tanpa menghiraukan hiruk pikuk dan pekikan pelajar-pelajar asrama yang baru membatak ration roti dan biskut mayat semasa balik dari prep petang. Tanpa menghiraukan rakan-rakan karib lain seperti Capoe, Awie dan Jasman yang seronok sakan melempar sisa roti ke arah Form 2 yang menuju ke new hostel;
Ja : Form 2 kau nak roti tak ?!!!! nah!!!!!
Pekk!! Roti dibaling ke arah form 2 yang berjalan tanpa mengadah ke atas (Gila ka nak stare senior kat atas overfloor?)disusuli dengan gelak jahat mereka. Namun aku tidak menghiraukan apa yang berlaku….

Ingatan kejadian petang semalam masih terngiang-ngiang dalam benak fikiranku.
Wong :“HA HA HA! AKU DATANG!!!! COKEK DIA!!!!!!!!!!!! “
Kedenganran suara hilaian ketawa diiringi dengan bunyi kasut keletup keletap keletup keletap memecahkan suasana prep petang.
ADUUUUUHHHHHHH!!!!!! Sakit la Wong!!! Jack the Rattle snake pun tak buat sakit macam nih..
Sememangnya semua orang mengenali gurauan ala selamba dan tanpa perasaan dari Wong AKA Abang Azman yang boleh mengguris hati kawan.

Kebolehan Abang Azman untuk mencokek menembusi tulang rusuk memang tidak boleh dinafikan lagi oleh budak Kolej Melayu.



Disamping kebolehan mencokek, Wong juga mempunyai jari-jemari yang amat luar biasa kerana kepanjangan jari tersebut melebihi piwaian normal jari manusia.

Ada satu urban legend mengatakan, jika jemari wong disapu mentega, ia boleh bermain muzik grunge.






Cokek

Cokek dalam bahasa Pantai Timur dikenali sebagai satu kaedah gurauan di mana jari telunjuk tangan kiri dan kanan akan dihalakan dan ditekan di kedua-dua belah buah pinggang mangsa.

Sesiapa yang terkena akan merasa kegelian yang amat sangat. Ada pendapat yang mengatakan kalau kita caleng dengan banyak, kegelian memang sukar untuk dikenalpasti.

Berlainan dengan budaya Abang Azman, dia tidak menggunakan jari telunjuk sahaja. Kadangkala eh bukankadangkala, selalunya dia akan menggunakan kesemua jari jemarinya sebagai akses kepada kegelian / kesakitan yang terlampau.

Siapa yang menjadi mangsa pasti akan terkulai layu. Bukan kerana geli, tapi sakit yang teramat sangat. Namun, ia dipendam agar menunjukkan yang kita ni unite walaupun kena cokek macam gerudi atau Jari King Kong dalam bahasa komik.
Suatu hari nanti akan kubalas jua Abang Azman. Tunggulah saat kau kena nanti.......

Mungkin suatu hari nanti keturunan Wong akan menggunakan alat ini untuk mencokek ?

Kita tunggulah keturunan dia yang akan masuk Koleq nanti....




Aku terus merenung jauh ke arah jalan raya bagi menantikan saat-saat penyembuhan buah pinggang akibat dari cokekan Abang Azman.

Tanpa ku sedari, airmata mengalir membasahi pipi akibat sakit yang teramat sangat pada buah pinggang yang dicucuk oleh JARI MAUT ABANG AZMAN!!!!

Wong@Tiger Wong juga dikenali di Indonesia.
Sila klik di bawah
Lagi Gelaran/Gambar Ganas Wong

Penulis : aiwa"the broad sawa snake"

Wednesday, October 03, 2007

Meor Kena Rejam

Sebut pasal mior dobi, teringat insiden kat New Hostel. Satu pagi tu sebelum inspection, dorm 10 dengan interior decorator cik KNO memang selalu sibuk la nak dapat first Dorm Terchantek New Hostel... Itulapun nak wakil rumah mohd shah, nak harapkan Dorm 4 memang agakla payah. Mungkin sebab ada Noradli Persuade kat situ..

Usaha kecantikan ni pun hampir meragut nyawa ahli dorm. Nasib baik Allah lebih sayangkan nyawa awi. Eh! Berbalik pada cerita tadi. Masa tu, dah dekat pukul 8, lagi 2-3 minit fect Rudy & the gang akan mula meround. Cermin tingkap semua dah bersilau, lantai ok, vacuum cleaned muahaha.. Sudu garpu, sikat sabun semua dah tiptop, complete set. So, semua dah amik posisi tepi katil la macam BDK. Sambil2 berdiri, buat lawak2 new hostel sikit sementara menunggu turn, confidentla kali ni boleh top three nya. Dorm 10 jek yang ada sign board bienvenu dgn selamat datang yang dihiasi bunga-bunga hidup.

Entah macamana, sambil2 berdiri tu, ternampak lak setongkol plastisin putih terlepek kat tepi tingkap. Aku tak ingat la pulak sapa punya, so nak menghilangkan kebuhsanan menunggu kitorang pakat lambung2 la plastisin tu, orang katil belah koridor pas dekat orang yang katil belah pokok berhantu tu ( memang mengerikan pokok tu, dahan dia melempai, sikit lagi nak masuk dorm,kena katil kno dgn zadin). Lambung, gelak, lambung, gelak. Time form 2, bebudak lagi, plastisin pun boleh jadik main. Nak jadik cerita, lambungan2 nakal tadi dah bertukar menjadi rejaman ganas, tapi masih dalam kawalan.. Semua dah semakin ghairah, dan tiba lak kat tangan Butcher Bob the Builder plastisin tu, dia aim baeekk kat gadap yang katil betul sebelah pintu masuk, 1... 2... Zupp berdesupp plastisin tu membelah udara menuju ke gadap dan gadap mengelak.....

KLEPEKKK!!!! ADOIIIII!!!!

Rejaman plastisin tu landing betul2 kat muka Mior dobi, kebetulan la, memang dah malang, nak buat cemana. Enggang lalu ranting patah.. Muahaha!! Hilang dua batang gigi mior di pagi yang bening tu, darah berceceran.. Nak gelak tak sampai ati lak, tengok mata mior dobi dah merah.. Yang dia pegi lalu kutip baju time tu sebab apa hahaha!

- boshasha

Friday, August 17, 2007

PUMP IT!!! PUMP IT!!!

PUMP IT!!! PUMP IT!!!
Frasa ini pernah syam gunakan untuk menyuruh rakan2 memasukkan balik bahu beliau yang acap terkeluar daripada soket - dislocated lah tu...

Salah satu kejadian tersebut adalah ketika acara penyiasatan bersepadu kes curi di Big School.

p/s : Kalau korang nak tau macam mana, korang suruh chibiok demonstrate.

Wednesday, August 01, 2007

Lempangan Samhong sebelum subuh!

Al-kisah.... Pada satu malam yang hening.. Beberapa hari setelah aku menjejakkan kaki sebagai form 4 baru.. Aku dikejutkan oleh dorm mate aku pada pukul 3 pagi oleh Hafiz.. Seorang lagi form 4 baru..

"Fect panggil! Fect panggil!"

Aku dan Hafiz bergegas ke bilik yg kononnya sebuah gym di tengah2 Big School.. Ramai jugak yg telah berkumpul.. Kami berbaris dengan tangan ke belakang dan mata tertumpu ke lantai.. Bermula laa sessi memaki kami form 4 baru yang dikatakan lembik, tak unite dan memalukan orang melayu seperti beliau.. Sungguh 'right wing' dan 'melayu ultra' sekali fect yang sedang memaki kami ni.. Tak sampai 10 minit kami berdiri tiba-tiba terpacul sesusuk tubuh di pintu masuk ke gym.. Dia ialah... SAMHONG!!

"Apa awak buat nih??"
"Sapa bagi awak kebeneran untuk buat perjumpaan nih?!!"


Samhong mengambil beberapa langkah menghampiri fect lalu mengangkat tangannya tinggi seperti ingin melancarkan tamparan padu tahap dewa ke muka fect itu.. Fect yg kelihatan pasrah akan nasibnya memalingkan muka tetapi tidak berani mengangkat tangan untuk menepis tamparan yang bakal diterimanya..

PANG!!!! (Gambar ilustrasi sahaja)

Tamparan Samhong menghinggap di belakang bahu fect.. Nampaknya Samhong tak sampai hati menodai muka fect itu..

"Dah! Bersurai! Semua balik ke dorm masing-masing.."

Orang yang pertama keluar dari gym pada waktu itu ialah fect.. Sungguh panjang langkah beliau.. Form 4 baru sumer melangkah dengan senyap balik ke dorm masing-masing.. Tiada yang berani untuk berkata apa-apa tetapi yg pasti, dalam hati masing-masing tersenyum puas kerana fect durjana itu telah di'lempang' oleh warden bertugas..

Wednesday, June 20, 2007

Nasib Sebatang 'Dust Pan'

Inilah kesah sebatang dust pan yg tinggal di sebuah dorm di asrama pavilion. Beliau bernama julia. Julia tinggal di dorm 7 dan mula berkhidmat sebagai dust pan seawal 1994. Ketika itu beliau sempat berkenalan dengan penghuni dorm 7 antaranya enche loque, toje, butcher, bochap, idzam, nordin dll. Beliau berkerja dgn rajin dan sangat gembira di situ.







Ini adalah permandangan biasa pada pagi ahad di dorm 7. Suasana hening dan nyaman amat menyelerakan penghuni dorm 7 untuk membuta.


....tetapi hari ini bukan hari ahad yg biasa. Walaupun hari ahad yg lain juga ada prep pagi, tetapi hari ahad ini agak berlainan. Julia dapat menghidu sesuatu yg buruk akan berlaku. Suatu bentuk pembalasan akibat tidak pergi prep pagi. Dengan tidak semena-mena, sepasang kaki menjejak ke dorm 7. Julia terasa aura yg kejam menyelubungi dorm 7. Dia seakan mengenali pemilik kaki tersebut kerana beberapa minggu sebelum ini, penghuni dorm 7 sering menyebut2 tentang seorang warden yg berbentuk S jika dipandang dari sisi.


Ketika penghuni dorm 7 lena diulik mimpi, warden ini mula mengumpul tenaga luar & dalam untuk mengerjakan ahli mimpi dorm 7 ini. Dengan tiba-2 warden tersebut mencapai julia lantas melibasnya ke dinding sehingga pecah seraya menjerit (penulis lupa apa yg dijerit) sehingga kamjat lah segala penghuni dorm 7.



Dalam kegawatan itu di kala penghuni dorm 7 menggigil2 ketakutan, suasana sepi seketika.

"Bangun.... pergi prep.."

Begitulah sepotong ayat ringkas tapi tegas dari warden itu sambil menghunus julia yg dah jadi macam cangkul/sabit yg selalu digambarkan dgn grim reaper.

Maka bertempiaranlah segala makhluk dorm 7 melarikan diri. Abis segala manusia, kucing lipas hantu sekeping melarikan diri ke kelas untuk prep, dan abislah sudah riwayat julia disitu, pada hari ahad itu.

Wednesday, June 06, 2007

Kung FOO Hustle

Tennis Court, lepas X-Country 1994, almost noon (panas gila)

Kugiran Jemari Mentega mempersembahkan sa-buah lagu kumpulan NirBana dgn diiringi penari-penari sakai yg diketuai oleh Sdr. Khalid yg dah mcm kena rasuk hantu. Ianya disensasikan lagi dgn aksi kungfu berirama oleh enche foo sendiri.



Sedutan daripada DVD "9094 : Kehidupan Segelintir Pelajar Yg Terlampau"

ps : sapa tera senaraikan nama2 penari sakai tersebut dlm commentz....

Thursday, April 05, 2007

DOKUMENTASI KEKEJAMAN & PENYIKSAAN DI PREP SCHOOL & NEW HOSTEL CIRCA 1990-1991 PART III


Tempat : The Green
Waktu : Masa yang sama kejadian penyarungan spender di kepala
Mangsa : Radin

Radin telah mendakwa bahawa beliau telah terselamat daripada disarung spender cemar itu. Walaubagaimanapun itu tidak bermakna Radin telah terlepas daripada siksaan secara mutlak.

Berikut adalah cerita Radin....

Aku tak kena! Masa tu spender boy london tgh circulate & tgh lalu dorm D. Budak2 dorm E yg last kena sarung. B4 sampai dorm E, aku dah kena panggil utk menjalani hukuman lain, pasal apa ntah. Tapi yg aku ingat aku kena suruh laga kepala (butthead) ke tiang besi gajah menyusu (dari Dorm A ke tandas/dinning hall). Bergegar gak kepala hotak aku. Tapi nasib baik tak kena gas beracun spender tu.
Lakaran kejadian gegar otak itu....

Radin mengalami trauma & kecacatan muka selepas kejadian itu. Bagaimanapun, setelah membuat facelift, wajah beliau sudah hensem dan telah pun berumahtangga sekarang.

Wajah Radin terkini. (click)

Karangan asal : abah emil

Tuesday, April 03, 2007

DOKUMENTASI KEKEJAMAN & PENYIKSAAN DI PREP SCHOOL & NEW HOSTEL CIRCA 1990-1991 PART II

Tempat kejadian : The Green (nota 1),Prep School

Ada sekali tu, satu underwear berjenama Mr London telah ditemui bergelimpangan dia atas jurai simen di bawah ampaian. Ketika itu, pakaian yang bergelimpangan di atas lantai adalah satu kesalahan yang boleh menyebabkan confinement (nota 2).

Walau bagaimanapun, mungkin kerana para pengawas Prep School ketika itu berada dalam keadaan 'mood' yang paling foul - mungkin kerana tidak dapat meyelesaikan masalah Add Math mereka - kesemua penghuni Prep School telah dipanggil berkumpul untuk dicari pemilik Mr London tersebut.

Setelah diugut dengan pelbagai hukuman, tiada sesiapa yang mengaku. Macam mana nak mengaku kalau bukan kami yang punya (nota 3). Ketika itu konsep pengorbanan untuk kawan belum diamalkan lagi. Para pengawas bertambah berang. Keadaan makin tegang. Masih juga tiada siapa yang berani tampil.

Sebagai jalan keluar - NAHHHHHHHHH, KORANG AMBIK SPENDER NI, PEGANG, KEMUDIAN SARUNG ATAS KEPALA!!!! LEPAS TU PASS DEKAT KAWAN SEBELAH. JANGAN TAHAN NAFAS.

Nota 1 - Kawasan ini adalah kawasan berumput antara bangunan dining hall dan dorm B.
Nota 2 - Kelas Tahanan - tak boleh keluar town waktu weekend.
Nota 3 - Sehingga ke hari ini, keempunyaan spender ini masih lagi menjadi misteri. Satu teori mengatakan spender itu milik prefect prep school, P*Y**G memandangkan brand spender paling tera time tu pun spender cap crocodile yang dipakai oleh Mpro.

Friday, March 23, 2007

DOKUMENTASI KEKEJAMAN & PENYIKSAAN DI PREP SCHOOL & NEW HOSTEL CIRCA 1990-1991 PART I

Tahun 1990. Tempat kejadian : Dorm E, Prep School.

Ada sekali waktu inspection, Chomang went through locker ruff. nampak tin bulat cottage fries* (nota 1) dalam locker. Apa lagi, Chomang punya la excited boleh pau grub ruff. Little did he know dalam kotak cottage fries tu sebenarnya mengandungi stokin pong ruff yang telah digulung rapi. dia pun buka...pergh (bau aku tak ingat sebab aku duduk at the other end of dorm E). Chomang punya la angin, dia terus suruh ruff buka mulut & ruff kena 'tokak' (orang KL kata gigit)* (nota 2) gumpalan stokin itu sehingga habis inspection ketika itu.

Nota 1 : Menurut kata mangsa, bukan Cottage Fries tetapi Pringles.
Nota 2 : Mangsa claim dia amnesia so dia tak ingat part gigit stokin - biasa la, pelanduk memang selalu lupakan jerat, hahahaha...

Saturday, March 10, 2007

Dr M dan Dorm F (DMDF)

Have you ever wondered when you were in junior years in koleq, what was the one single cruellest thing ever done to you by your prefects?

In the late 80s and early 90s, prefects in charge of Prep School and New Hostel (unfortunately nowadays called; or rather self-proclaimed by them as “Custo” – the short form of custodian – too corny to a cynic like me ha ha) were really given free hands in the running and the dishing out of punishments to the F1s and F2s. I dare say that there was nothing worse than fire-drill or Common Room in those days, nothing that we dreaded so much more than that.

During my first semester break in May 1990, I told my parents that I wanted to leave the school because I couldn’t take it anymore. I can’t remember what was the conversation that took place but I did go on (like so many of us). Otherwise I wouldn’t have been around to tell you all these stories – and it would have been such a waste that what was the best part of my life so far; wouldn’t have been there. And all because of the overzealousness of some 16 and 17 year olds who lorded over us like Gods!

Anyway, in my book the cruellest thing ever done to anyone of us was perpetrated by my own dorm prefect (Dorm E) to Syed Moto (who adopted Dr M for Dr Moto nowadays). I think if we were to rank koleq’s cruellest act pun, over a period of 20 years, this one will always rank high in the list.

Those who have the privilege to know Moto would concur that he was unique. He was the tallest in koleq during our time that he required a special bed made for him to accommodate his long legs ha ha. He speaks like “moto” (laju nak mampus) hence the nickname Moto. He also has the longest name that required a separate IC just to spell his long name.

But when he was in Form 1, he operated a 7-11 store from his locker (to quote Radin ha ha) and it was a really un-kept and messy 7-11, if you know what I mean ha ha. To be blunt, locker dia ada segala jenis barang yg tah hapa2 (e.g. payung!) and memang bersepah giler. The joke among us was that bukak je locker Moto, habis bertaburan keluar barang bersepah macam avalanche ha ha

So not surprisingly he would have been picked on by the prefects each inspection, each night. It was quite a pity that after each inspection locker dia memang kena selongkar and he would spend the time after that to put in order (which never worked ha ha)

So one day, I think after he was given some ultimatum, this prefect went on to check his locker again. I was not nearby (his bed was at the end of Dorm E, mine was right in front of the cube) so I didn’t know how bad was the avalanche (if there was any ha ha).

But the prefect flipped and went back rushing to his cube, took his scissors. The next thing we knew he threw all Moto’s belongings through the big window at the end of Dorm E to the valley two storey below, he cut Moto’s kelambu and ripped the bed sheet etc. – all thrown outside, scattered all over the place.

But wait for it, that’s not the climax.

Moto was ordered to sleep at the corridor for more than a week! Imagine us waking up in the morning each day to find Moto sleeping at the corridor, curled in coldness ha ha ha. That’s why in our book Moto was the sole occupant of Dorm F – created specially for him.

Anyway last night there was a series of e-mail as Leman staged a come-back to make up for February’s appalling NIL point performance; and the jokes evolved from one to another.

Enjoy this – Moto finally gave his own thoughts on how he felt about the incident after all these years ha ha.

Bochap:
ini komplikasi peringkat tertinggi! Kawan2, jangan biarkan doktor moto menyulitkan hidup kita sekali lagi. Cukuplah tragedi Dorm F...

Joe:
saya cadangkan dr m di yellow card macam hoki, 5 minutes duduk tepi padang kerana idea2 dan thesis2 yang memeningkan kepala.. same house? belakang kira

Moto:
sbb tu aku dah immune .. ah .. tak heran duduk tepi padang .. dulu pun aku duduk tepi padang gak .. bukannye aku main ape ape .. tapi aku still boleh jerit dari tepi padang ... wakakaka

Radin:
kesian la kat syedmoto.. korang halau duduk tepi padang.. dulu dia dah kena halau pi dorm F... hahah

Moto:
dorm f .. miahahahahahaha .. teringin aku nak jumpa ID skarang .. kena tanya puyeng ah mana aku nak korek mamat ni

Rough:
laaa dia jadi lecturer kat UniKL. pi lah visit dia he he he

Radin:
kalau ko jumpa ID, call aku.. aku mmg nak pukul tibai dia.. dendam kesumat masih lagi membara ni. ID buat aku mcm hamba abdi masa F1 dulu.

Moto:
okeh .. nanti aku stalk dia dulu ..tahu dulu pergerakan dia .. belajar pattern dia .. kenalpasti saudara mara dan tempat tinggal dia ... peh tu kita atur plan ....

Rough:
laaaaaa yg ni pun kau dah buleh pakai nak revenge..."hello, saya dr m, phd lagi muda dari awak. saya laa yang awak campak barang2 keluar tingkap dorm e dulu and paksa tidor kat koridor."

Radin:
antara barang2 yg dicampak :

1) biskut yg ada bau & rasa ubat gegat
2) payung yg disimpan dlm locker pendek kecik tu..

Rough:
ha ha ha ha yang paling klasik biskut yang ada bau tu gegat tu... rasa aku x tahu sbb tak try lagi
tapi gula pun banyak kan? kalau uncle david x cukup gula dia pi mintak ngan dr m ha ha ha

Radin:
Gula pun ada. Benda yg ko tak terpikir nak simpan pun dia boleh simpan dlm locker tu. Senang cite locker moto ada semua benda. Mcm 7 eleven

Bochap:
kau nak plan apa dr.m? kau nak potong markah dia gak ke?

Moto:
banyak dah devil plan aku develop .. cuma cari masa dan mangsa je ...
Hahahahahahah

Bochap:
tapi dia devil dari besi la dr.m... devil plan kau cukup mantap kah untuk mengatasi dia?

Saturday, November 25, 2006

Night Court

some comments for "Of Distorted Tradition" posted on koleq9094.blogspot.com
addendum ada kat bawah

  • The Class of 94 never called the place 7 Knights' Court anyway as it was created by the batch immediately before us.
  • And yes, Night Court sounds lame enough, unless you conduct your "trials" there...
# posted by Setinggan Overfloor

  • in 1994, 16B corridors was more favorable than 7B corridors.
  • reason? ntah...
# posted by abu_harraz
  • Ada kaplak besar rules kat situ...ha..ha...ha.. Sape ekk?? sendri mau ingat la...kuang...kuang...kuang
# posted by Anonymous
  • Betul..memang ada insiden "kepala kat situ..dan "kepala" juga pernah digunakan sebagai alat hukuman..Penah skali aku tengok ngan mata "kepala" aku snirik, Zahadin yang macho telah menjatuhkan hukuman "head" butt..ke atas kepala sorang f3, yg dianngap kapla batch dia time tu...Pas tu aku tengok Zahadin gosok2 dahi dia sambil muka berkerut...impact baik punya haraharhar..and at that very moment,concept momentum yang Munizam ajar terserlah mcm screen kat depan mata aku....
# posted by Anonymous
  • Zahadin "the head butt" Zidane??
# posted by Anonymous
  • another distortion of history, dear anonymous...
  • zahadin hedbutted budak f4 class of 95, depan muzium, masa kita tgh sibuk settle kan isu kecurian besar2an yang dilakukan umpama sindiket...
# posted by Setinggan Overfloor
  • uish... kalau ya pun nak hukum takkanlah sanggup mengheadbutt?
  • aiyo... what a punishment, i wonder if this enuff hehe
  • boleh tahan keganasan 9094...
  • huhuhu
# posted by kawaii_desu
  • No stinggan over"flow"..kat muzium tu prosiding mahkamah "majistret" yg lain..ini kat 7 knights court..tempat tinggal aku spanjang 94. On that night..aku terpaksa rampa sebab yg duty tu kalau tak silap aku sam hong...heheh anyway..Zahadin mmg Zidane...
# posted by Anonymous
  • klu buat mcm ni skrng dah masuk lock-up. apa la bosan skrng, dulu best2 je headbutt orng, ok je kan.
# posted by Anonymous
  • Woi Zdin kena clarify ni, banyak "distorted" version... kau mendahului zidane by 10++ years.
  • bangga aku ngan budok gong limaaaa...
# posted by Noni Kapet

xxxxxxxxxxxxxxx End of Comment xxxxxxxxxxxxxxx

Berikut adalah beberapa recollection on that event
  • kadak duk lempang2+maki hamun budak2 f4 tu, pastu ada sorang ni kena tengking
    • "apsal kau senyum? haa ! apsal senyum?"
    • budak itu adalah jani.... muka dia mmg gitu dah
  • ayul satusatuenam pula menggunakan teknik "hikmat membasuh baju di sungai"
    • contoh aksi hikmat itu boleh ditonton di bawah


Thursday, November 16, 2006

Urban Legend : Muta Patah Tangan

Haha...cerita masa hujung F2.... still terpahat dlm kepala otak aku...

Aku main ragbi kat belakang new hostel...main saja2 je... mmg betul tak expect it would get competitive...Yang aku still ingat... I was running with the ball... then TOJE (penjahat dalam cerita ini) came from behind... couldn't get hold of any parts of my body and resorted to grabbing my t-shirt.... then, I was thinking... ni main saja2 je....takkan sampai nak berkoyak2 baju.... so aku lepaskan je la bola and stopped running... hoping that Toje would release my shirt. Tapi... memang aku tak expect Toje langsung tak ada mercy dgn aku... aku dah berenti lari... aku ingat dia pon berenti la...


BUT instead.... dia grabbed my body... then humban aku tah macam mana ntah. It ended up with both of us on the ground... my left arm trapped underneath my body... with Toje on top of me.



The next thing I knew... I wanted to get up... but couldn't support the weight of my body with my left arm. Why? Pasal dah patah.Yes... it was a very horrific sight for me to endure... macam tak percaya tgn yg aku guna hari2... dah bengkok ~30 degrees kot... u know... lebih kurang mcm 8 o'clock. For few minutes, I was hysterical... menjerit mintak tolong.

Then, some of u guys came to the rescue.... mmg terharu jugak bila korang tolong aku masa ni... JKK :-).

And aku still ingat korang angkat aku with extremely great care... bawak aku ke common room... then sapa ntah antara korang yg panggil MI ke situ. Then, FIDO (hero dalam cerita ini) dtg... bawak 2 kayu kecik dgn anduh PBSM utk bagi aku 1st aid. Thx Fido :).

Lepas tu... MI bawak aku pegi jumpa bomoh patah... tak silap aku Wong (tak pasti apa peranan dia tapi rasanya saja excuse ponteng prep) ikut teman aku. Thx Wonggek :).

Hmmm... kat sini kot silap aku. Actually, MI gave me 2 options... either pegi hospital atau pegi jumpa bomoh patah. He recommended pegi jumpa bomoh... pasal boleh dpt treatment instantly... unlike kalau pegi hospital.... it would be very likely that I'd have to stay overnight... sebelom org2 kat hospital dpt treat aku.

So... aku pon took that bomoh option la. Aku rasa... pasal aku jumpa bomoh ni la... aku punya rehabilitation susah... pasal tgn tak berplaster... dia main balut dgn kayu je. And the fracture wasn't even healed properly when MI took me for the 2nd time to the bomoh to have the balutan removed. So, for the next couple of weeks... aku still tak buleh guna my left arm. Then, cuti hujung tahun masa tuh...

Masa masuk F3, aku ingat tangan aku dah ok dah... so aku pon pegi main bola game hours mcm biasa. Tapi... then aku jatuh sket je... and tried to use my left arm to support my body... and it was proven... the arm was still weak because it didn't heal properly. Tangan aku patah buat kali kedua :(

As told by MUTA...

edited/additions by Epit..

Monday, August 14, 2006

Roadblock Goblok

Kejadian ni berlaku banyak kali jugak... aku rase aku yg start...hahaha... Aku terpikir nak buat sebab dari pemerhatian aku, bilik tu adalah short cut dari koridor belakang dining hall nak ke main road tepi padang.

Bila habis dinner, geng2 junior akan cepat2 cross ikut situ utk berduyun-duyun ke bargreaves ball nak tgk wayang. Yg syoknyer, bilik tu kalau tak bukak lampu memang gelap. Bayangkan bila ramai gila yg berpusu-pusu lalu kot situ, berapa ramai yg tertonggeng bila terlanggar bangku yang ngam2 paras tulang kering tu dalam gelap, memang diaorg takkan nampak bangku tu bila diorang redah ramai-ramai. Tapi yg aku kagum, walaupun sakit ya amat, diorang terus bangun, dan still rushing utk ke dewan sebab takut tak dapat tempat duduk. Tapi otw tu memang diaorg menyumpah-nyumpah laa... hahaha...

Sampai kat dewan, akan kelihatan mangsa2 tu tadi duk selak kain pelekat masing2 utk urut tulang kering yg lebam tu.

Tapi yg aku herannyer, aku buat 2 kali ajer... pastu aku tak tahu saper yg teruskan kesinambungannye sebab lepas tu ada lagi berlaku sehinggalah diaorg alihkan terus bangku2 tu dari bilik tu.

p/s
  • aku rase ko kena edit sikit sebelum bubuh dlm blog... harap2 takde la batch kita yg jd mangsa bangku tu...

- as posted by mr capoe

awi says...
  • bilik yg dimaksudkan adalah Junior Com.
  • bangku yg dimaksudkan itu adalah bench2 kuning yg selalu diterbalikkan buat tahan bola pingpong
  • kalau ada batch kita yg jadi mangsa... napa dia lalu situ? jual minyak kah?