Sunday, March 15, 2009

SPM 94: "Boleh faks semua results?"

Kami ada seorang kawan, namanya Fadli. Dia selalu kena betulkan orang yang namanya Fadli, dieja F-A-D-L-I bukannya Fazli.

Tapi ini bukan cerita macam mana nak eja nama dia, ini nak cerita pasal kemahiran Fadli bab2 busy body.

Ditakdirkan Fadli ni sangatlah gemar membuat statistik. Kalau habis exam semester ke, kalau nak tahu results, tak yah lah susah2 pi cari cikgu or check ngan Bilik Guru ke. Chances are Fadli dah tahu semua, dia dah siap buat analisa Gred Purata dan ranking keseluruhan batch dah. Nak tahu no berapa, sapa top student dsb nya - tanya lah Fadli. Dia ni ala2 Hermione dalam citer Harry Potter tu la..... dia pun boleh digelar pelopor betik di koleq (mcm Hermione jugak) tp tu citer lain la...

Lepas habis SPM, kitorang boleh fly awal, pi lah buat A-Levels kat satu ceruk kat Scotland ni. Tup tup tak habis terkasima mandi bogel in public lagi, SPM results pun keluar lah. Kitorang kena pakai phone dalam Housemaster's office nak call koleq.

Sorang2 keluar bilik Housemaster, mata merah berair. Ha2 kantoi SPM la tu. Aku punya simple je... bila tanya results, instead of Kak Nab (kerani kat office koleq) cakap "semua A1", dia start dengan "Agama C3".... hancus musnah lah segalanya, aku dah tak interested nak tahu pun.

Nevertheless, Fadli nya results were the best la antara kitorang ni. Dia tersangatlah sedih sbb dia pun tak dapat 10A1s. Apa nak buat, bukan rezeki.

Tapi dalam orang dok bersedih, Fadli tak pernah melupakan fardhu kifayah yang telah dijalankan selama dia di koleq - menjadi busy body menganalisa results batch.

Maka dengan selambanya dia suruh aku tolong dapatkan semua results. Aku cakap kalau dia nak dia call la koleq.

Aku ingat keazaman dia ter-lamunan terhenti di situ sahaja.

Namun tidak.

Dengan muka selambanya, dia boleh call Kak Nab mintak Kak Nab fax kan results satu batch kat dia di Scotland. Nasib baik dia disergah Kak Nab:

"Sapa nak bayar faks ni semua" - Fadli kantoi.
"Ni bukan results awak, tak leh tahu results orang lain" - pun Fadli kantoi.

Maka, berakhirlah kerjaya Fadli sebagai penganalisa batch tidak rasmi batch kitorang. Sbb koleq tak nak menghabiskan beribu ringgit bayar talian faks ke Fadli di Scotland, kitorang sampai sekarang tak tahu analisa terperinci SPM results batch kitorang. Tak tahu pun Saffarel fail subjek apa, top 20 ranking batch SPM dsbnya (don't give him ideas, nnt dia nak kumpul sekarang).

ps: Epit, jangan jadi defensive dan cuba2 cover lak...

Thursday, March 05, 2009

THAMAN THE PUNISHER

Cikgu Thaman mengajar Seni Perusahaan waktu F1-F3 untuk budak koleq yang ambil aliran tersebut. Beliau juga coach hoki koleq selain Koja.

Yang paling diingati tentang Mr. Thaman adalah signature punishmentnya:

Cubit perut (di tempat yang paling flabby) dengan cengkaman yang amat kuat dan berbisa, sambil pulas cubitan tadi sehingga 270 darjah serentak tarik pulasan tersebut sehingga menjadi McSundae.

Itulah style Thaman the Punisher.

Karya asal : I Love you Thaman

Kalau pulasan cubit tu dah pusing 270 darjah, momentum dia boleh buat badan terangkat lebih 6 inci. Lepas tu, dah takleh duduk pasal kekejangan otot perut.. sakit gile..

Belajar kat bengkel tu memang mengantuk gile la.

Karya tambahan : E99

Friday, February 20, 2009

"NOORULZAMAN, SAYA TAU AWAK KAT DALAM"

Salah satu fvourite past time masa zaman kami di koleq adalah ponteng prep. Untuk para pengawas yang ada kiub, nak ponteng prep amat mudah. Hanya kunci kiub dari luar dan lompat masuk melalui tingkap. Dan buatlah apa dihajati. Ini satu daripada keistimewaan (tidak bertulis) jadi prefect.

Walaupun begitu, ada juga yang bukan prefect yang menumpang keistimewaan ini, samada dengan izin ataupun sebaliknya. Hubungan baik antara ahli Class of 94 memungkinkan fenomena ini terjadi. Jadi salah seorang yang selalu gunapakai keistimewaan ini adalah Noorulzaman a.k.a Zaman.

Noorulzaman selalu ponteng prep & lepak dalam kiub Mpro kat Dorm 10. Kadang-kadang dengan izin tapi selalunya secara haram . Jadinya, dia selalu hilang waktu prep malam. Akibat kekerapannya, warden-warden dah mula perasan kehilangan beliau. Antaranya termasuk Cikgu Sabri a.k.a Sabre Rider.

Satu malam, Noorulzaman ponteng & lepak kiub Mpro lagi. Sabre on duty malam tu.

Sampai kat Kiub Mpro, Sabre ketuk tingkap. Zaman diam. Sabre ketuk lagi. Zaman membisu lagi. Sabre ketuk lagi. Zaman tetap tak bagi jawapan. Akhir sekali, Sabre kata, "Noorulzaman, saya tau awak kat dalam!!!"

Zaman tetap tak menyahut sampai ke sudah, hahahaha...Sabre akhirnya putus asa dengan kedegilan Zaman dan berlalu pergi.

p/s: Noorulzaman dulu bukan macam Noorulzaman sekarang. Noorulzaman sekarang dah alim...Dia dagh bertaubat atas dosanya yang lalu :)

Saturday, February 07, 2009

Nampaknya dia sudah lari.....

Amin… amin..amin… Suara jemaah masjid memecah kesunyian solat Jumaat di masjid Ridzuaniah 1992. Tetapi dalam kekhusyukan jemaah yang meng Aminkan doa termasuklah pelajar-pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar, terdapat beberapa pelajar yang telah melangkah gagah tanpa mempedulikan doa yang dirayu imam.



Di benak fikiran mereka , hanyalah beberapa butir bebola ikan yang tenggelam timbul di arus sup yang berada di mangkuk milamin besar berwarna biru. Suara suara hati yang tamak haloba, membayangkan kunyahan-kunyahan bebola ikan yang empuk tanpa memikirkan kawan-kawan yang pernah ber unite dengan mereka suatu masa dahulu. 



Apabila kawan-kawan yang lambat sampai ke dining hall, mereka hanya mampu menghirup kuah fishball sambil diperhatikan oleh mata-mata nakal yang tamak haloba menyorokkan bebola ikan di balik nasi yang bertimbun. Apabila ditanya oleh rakan yang kempunan, dengan nada yang lemah menyatakan juga mengalami ketiadaan bebola ikan walaupun di dalam mulut dan poket baju melayu masih ada bebola ikan. “Epit, satu ni je yang aku dapat” orang lain mana ntah yang amik fishball. Apa la diorang!!…. Cuba lagi minggu depan ye….”


Walau bagaimanapun, kaki-kaki egois yang melangkah keluar dari masjid bukan sahaja diperhatikan oleh rakan-rakan seperjuangan yang hiba dan kempunan bebola ikan, bahkan ia diperhatikan oleh sepasang mata yang menyorot ganas iaitu seorang pengawas.

Mungkinkah pengawas berkenaan mempunyai kisah lampau terhadap bebola ikan atau fishball ?
Jawapannya terjawab semasa hari Jumaat malam semasa akhir high table diadakan. 

“Nama-nama berikut dikenakan DC kerana keluar awal dari masjid..” Kunyahan-kunyahan rakus oleh seorang form 3 terhenti seketika. Debaran semakin kuat apabila nama-nama pesalah dibaca satu persatu…

“Bla..bla..bla..JASMAN HASSAN!!!!”.

Akhirnya bibir mulut seorang pengawas bertugas telah menyatakan nama form 3 berkenaan dengan lancar. Semua mata pelajar tertumpu ke arah Jasman..

Masa inilah kawan-kawan baik dicari untuk mencari jalan keluar daripada hadir di depan perhimpunan pada hari Isnin nanti. Sesungguhnya berdiri di depan perhimpunan di hadapan jambu adalah pantang buat anak muda Terengganu ini. Reputasi baiknya sebagai pelajar kesayangan oleh guru dan pelanggan koperasi KMKK akan tercalar sekiranya ia berada di hadapan guru dan jambu jambu kerana kesalahan DC.

Pesalah sedang sugul seolah-olah menemui jalan buntu dalam menyelesaikan masalah…..

(DC = detention class. Adalah kesalah berat yang dikenakan oleh pengawas. Nisbah 1 DC bersamaan 3 confinements. Tambahan kesalahan DC adalah menggolek steamroll di padang hoki new hostel. Malulah kalau junior tengok senior menggiling steam roll)

Plan A hingga plan C telah dirancang oleh rakan baiknya yang sentiasa bersungguh dalam arena-arena yang tidak berkaitan dengan kebaikan. Ketepatan masa, pengalaman cetek, fail sulit dan keberanian telah mengajak seorang lagi pengiring untuk Ja membebaskan diri dari hadir perhimpunan di dewan Hargreaves. Seorang form 3 new hostel yang bermuka baik tapi perangai cam setan juga bersetuju untuk menghantarnya pulang menjadikan pengiring jasman sebanyak 2 orang.

Pada Ahad malam Isnin, selepas dinner,  taktik melambatkan masa untuk pegi ke prep telah sengaja dilakukan oleh ketiga-tiga mereka dengan melepak di dorm masing-masing. Setelah memastikan semua pelajar pergi ke prep malam, operasi telah bermula.

BUKKKK!!! Beg balik kampung telah dilontar dari dorm 7 overfloor ke senior common room. Yang menanti di bawah adalah dua orang rakannya yang hanya mengangguk-angguk tanda masanya telah tiba. Dengan pakaian serba hitam dan berseluar celoreng, mereka pun bertolak ke arah dessert dengan langkah cepat tetapi berhati-hati. Setelah sampai di pagar bersebelahan dessert dan padang hoki, mereka mula memanjat pagar dan kawat berduri. Hikmat meringankan badan ala-ala Ji Fatt sememangnya berguna pada zaman dahulu. (Kalau zaman sekarang, memang confirm la ada yang kena sula dengan kawat berduri pagar tu)…

Mereka pun menuju ke stesyen keretapi melalui jalan belakang yang jaraknya lebih kurang 4 km dari panggung wayang Rex. Denai dan bukit telah mereka turuni disusuli dengan salakan anjing yang nyata meresahkan mereka.  Tak apalah, demi setiakawan ataupun demi malas nak pegi prep malam, mereka meneruskan misi mereka menghantar Ja pulang ke kampung menaiki keretapi. Pada jam 930 malam, mereka pun telah tiba ke stesen keretapi dan akhirya berjaya menghantar jasman pulang…

“Terima kasih Aiwa, terima kasih Fitt sebab susah-susah hantar aku pulang.” Sama-sama balas mereka dengan nada bangga. Misi balik ke east wing dan new hostel dilaksanakan juga dengan lancar tanpa gangguan dan tangkapan. ..

"biarlah derita ini ku tanggong sendiri...terima kasih kawanku.." - catatan diari

Pada keesokan harinya, kelihatan Cikgu Azizam mengumumkan nama-nama pelajar yang dikenakan DC.

“Nama-nama berikut dipersilakan ke hadapan kerana telah dikenakan hukuman DC ."

“Bla bla bla.. JASMAN HASSAN……."

"Emmm….JASMAN HASSAN!!!"

"Err…..JASMAN HASSAN!! Oh..nampaknya dia sudah lari ye…”

Cikgu cikgu kehairanan kerana Jasman Hassan tidak ada pada hari yang ditunggu-tunggu. Dalam dewan tersebut, semua pelajar mencari-cari ke mana Jasman telah pergi… Hanya 2 orang pelajar sahaja yang hanya mengukir senyuman menandakan misi mengarut mereka telah tercapai….hehehe.




Gambaran artis wajah pesalah yg diedarkan ketika operasi man-hunt dijalankan. Gambaran ini dibuat jika pesalah tersebut tidak dijumpai sehingga 30 tahun selepas kejadian.








Kepada adik-adik yang masih bersekolah Kolej Melayu atau TKC atau sekolah-sekolah yang lain, 

"please don’t try this at your hostel. If you try it, you will make me angry. I don’t want to make me angry because I will be hungry. And when I am hungry, you don’t know what I am capable of..” - ex-Set-E mckk.

ditulis olih : aiwa

ed.'s note : Selamat kembali jasman hassan. Janganlah lari lagi.

Tuesday, January 06, 2009

HAPPY BIRTHDAY CLASS OF 94

design by Knizam Artwerk

Segalanya bermula hari ini, 19 tahun yang lalu...

Thursday, January 01, 2009

Sape Nak Oreo?


Pokpek (nama sebenar dirahsiakan- editor) ada kenangan pahit bersama oreo time dorm d prep skool dulu.. ada sekali tu lepas lights off, kitorang dengar bunyi plastik dalam kelambu dia, membayangkan ada peluang untuk mengepau pokpek lantas terus terdengar signal dehem-dehem istibrok..
Pokpek mengambil reaksi positif dengan meng'offer' oreo, "Sape nak oreo?". belum habis lafaz 'o-ri-yo', serbuan tangan-tangan asing dari katil seberang melenyapkan oreo yang ada hingga ke cebisan yang terakhir. Pokpek tergumam dan kaget..
Nyata kelaparan mengatasi kekangan rasa malu.. selepas itu, tiada lagi pelawaan ikhlas dari Pokpek..

Thursday, November 13, 2008

AMUKAN MPRO DI SATU MALAM TAHUN 1994 KERANA JAMBUNYA BERTENET DENGAN ORANG LAIN

Siapa yang tak kenal Mpro kiranya orang itu berada di koleq circa 1990-1994? Orangnya berkulit putih dan memakai kaca mata berbingkai bulat macam Emperor Pu Yi dalam filem 'The Last Emperor'. Tapi posting ini bukan pasal itu. Posting ini pasal cerita amuk Mpro pada suatu malam dingin tahun 1994.

Satu ketika dalam tahun 1994, bertiup desas-desus ada budak batch kita jugak nak tackle brader Mpro yang berkulit hitam manis.Korang tau la sapa dia (sapa tak tau ye dak???) Kira nak jadi perampas la. Orang ketiga ni satu dorm & satu house dengan Mpro. Jadi Mpro memang panas memanjang la waktu tu. Sheppe pulak tiap-tiap hari dok bakaq Mpro. Lagi terbakaq la Mpro.

Satu malam, lepas lights off, Mpro balik rounding Big School sebab dia on duty hari tu. Angin pun tak berapa bagus malam tu agaknya. Sampai Dorm 10, tup-tup, terus nampak brader dia dok bertenet baik punya kat katil orang ketiga tu. Dah la lepas lights off.

Perghhh, angin satu badan la Mpro. Dengan gerakan sepantas kilat, terus Mpro meluru ke cube dan terus 'PANGGGGGGGG' tendang pintu cube dia. Terkejut beruk semua orang kat dalam cube Mpro time tu. Aku la salah sorang.

Lepas tu dia jerit, "WOIIIIIIIIII !!!!! TUTUP LAMPU LA. TAK RETI2 LIGHTS OFF KAAA???".

Aku yang dok sengih terkerisin kat cube dia, hilang semangat. Malam tu terus tak jadi study sebab dok ketaq tengok Mpro mengamuk.

Menurut kata Mpro, Loque pun ada time tu (korang mesti tau sebab apa Loque ada kat Dorm 10 lepas lights off kan ?). Nasib baik tak jadi apa-apa kat Loque, kalau tak, maka tiadalah 'KEMBALIIIII'.