Saturday, April 21, 2007

Sleeping Beauty - Pizza & Kismis

Ada suatu hari, aku & ska bergegas nak gi lunch dari 3pk2. Alih2 tgk la'ba tgh berdengkur lg kat meja kelas beliau. Maka atas semangat setiakawan, kami pun dgn sukahatinya mengejutkan beliau dari tidurnya. Tatkala kami menghampiri beliau, bolehlah digambarkan yg beliau amat lena skali melepekkan mukanya di dalam kolam ciptaan takungan amilase + peluh di atas meja kelas yg bersalut plastik itu.

Gambaran yg kelakar itu bertukar menjadi horror dalam sekelip mata apabila la'ba mengangkat kepalanya dari tidur di mana amilase beliau telah bertindakbalas menjadi gam kanji.


Sejurus selepas itu, kami telah putus nafas apabila amilase + peluh tadi menjalani proses pemejalwapan di mana molekul2 yg ngeri itu berterbangan menusuk hidung kami yg suci. Kami juga mengalami kejutan yg teramat sgt tidak terkata pabila mendapati separuh kepala la'ba telah bertukar menjadi kismis akibat proses penguraian luaran yg sekian lama oleh takungan amilase tadi.


Sehingga ke hari ini, aku & ska tidak lg menjamah pizza bercheese & kismis yg basah.

2 comments:

Anonymous said...

aku tak paham dengan cerita ini.. nak menggambarkan pun tak berjaya.

Anonymous said...

delayed reaction - tapi aku gelak gila nak pecah perut baca menatang ni.