Wednesday, June 20, 2007

Nasib Sebatang 'Dust Pan'

Inilah kesah sebatang dust pan yg tinggal di sebuah dorm di asrama pavilion. Beliau bernama julia. Julia tinggal di dorm 7 dan mula berkhidmat sebagai dust pan seawal 1994. Ketika itu beliau sempat berkenalan dengan penghuni dorm 7 antaranya enche loque, toje, butcher, bochap, idzam, nordin dll. Beliau berkerja dgn rajin dan sangat gembira di situ.







Ini adalah permandangan biasa pada pagi ahad di dorm 7. Suasana hening dan nyaman amat menyelerakan penghuni dorm 7 untuk membuta.


....tetapi hari ini bukan hari ahad yg biasa. Walaupun hari ahad yg lain juga ada prep pagi, tetapi hari ahad ini agak berlainan. Julia dapat menghidu sesuatu yg buruk akan berlaku. Suatu bentuk pembalasan akibat tidak pergi prep pagi. Dengan tidak semena-mena, sepasang kaki menjejak ke dorm 7. Julia terasa aura yg kejam menyelubungi dorm 7. Dia seakan mengenali pemilik kaki tersebut kerana beberapa minggu sebelum ini, penghuni dorm 7 sering menyebut2 tentang seorang warden yg berbentuk S jika dipandang dari sisi.


Ketika penghuni dorm 7 lena diulik mimpi, warden ini mula mengumpul tenaga luar & dalam untuk mengerjakan ahli mimpi dorm 7 ini. Dengan tiba-2 warden tersebut mencapai julia lantas melibasnya ke dinding sehingga pecah seraya menjerit (penulis lupa apa yg dijerit) sehingga kamjat lah segala penghuni dorm 7.



Dalam kegawatan itu di kala penghuni dorm 7 menggigil2 ketakutan, suasana sepi seketika.

"Bangun.... pergi prep.."

Begitulah sepotong ayat ringkas tapi tegas dari warden itu sambil menghunus julia yg dah jadi macam cangkul/sabit yg selalu digambarkan dgn grim reaper.

Maka bertempiaranlah segala makhluk dorm 7 melarikan diri. Abis segala manusia, kucing lipas hantu sekeping melarikan diri ke kelas untuk prep, dan abislah sudah riwayat julia disitu, pada hari ahad itu.

5 comments:

Noni Kapet said...

ha ha ha ha ha aku gelak tergolek2 giler sial kau awie men-dramatis-kan citer Samhong pi kejut korang tidur...

nasib baik samhong kalau kena warden lain dah lenjan korang kena

sial laa kau awie lepas ni aku jumpa samhong aku teringat kat julia ha ha ha

Anonymous said...

ahad ada prep ker???????
seingat aku takde ponn.. kena upkan daily dosage kismis akulaa nampaknyer..

e128

Anonymous said...

ahad ada prep laaa... 94 la start prep though super x yah ada prep

Anonymous said...

patut laa result aku tak bleh pakai.. slalu tuang prep ahad.. akakakakaa..

e128

kawaii_desu said...

mesti marah org2 yg bernama julia..