Overfloor Dorm 7 Selasa 25/8/1994 - Aku menyandar di sebatang tiang overfloor sambil memandang jauh tanpa menghiraukan hiruk pikuk dan pekikan pelajar-pelajar asrama yang baru membatak ration roti dan biskut mayat semasa balik dari prep petang. Tanpa menghiraukan rakan-rakan karib lain seperti Capoe, Awie dan Jasman yang seronok sakan melempar sisa roti ke arah Form 2 yang menuju ke new hostel;
Ingatan kejadian petang semalam masih terngiang-ngiang dalam benak fikiranku.
Kebolehan Abang Azman untuk mencokek menembusi tulang rusuk memang tidak boleh dinafikan lagi oleh budak Kolej Melayu.
Ja : Form 2 kau nak roti tak ?!!!! nah!!!!!Pekk!! Roti dibaling ke arah form 2 yang berjalan tanpa mengadah ke atas (Gila ka nak stare senior kat atas overfloor?)disusuli dengan gelak jahat mereka. Namun aku tidak menghiraukan apa yang berlaku….
Ingatan kejadian petang semalam masih terngiang-ngiang dalam benak fikiranku.
Wong :“HA HA HA! AKU DATANG!!!! COKEK DIA!!!!!!!!!!!! “Kedenganran suara hilaian ketawa diiringi dengan bunyi kasut keletup keletap keletup keletap memecahkan suasana prep petang.
ADUUUUUHHHHHHH!!!!!! Sakit la Wong!!! Jack the Rattle snake pun tak buat sakit macam nih..Sememangnya semua orang mengenali gurauan ala selamba dan tanpa perasaan dari Wong AKA Abang Azman yang boleh mengguris hati kawan.
Kebolehan Abang Azman untuk mencokek menembusi tulang rusuk memang tidak boleh dinafikan lagi oleh budak Kolej Melayu.
Disamping kebolehan mencokek, Wong juga mempunyai jari-jemari yang amat luar biasa kerana kepanjangan jari tersebut melebihi piwaian normal jari manusia.
Ada satu urban legend mengatakan, jika jemari wong disapu mentega, ia boleh bermain muzik grunge.
Cokek
Cokek dalam bahasa Pantai Timur dikenali sebagai satu kaedah gurauan di mana jari telunjuk tangan kiri dan kanan akan dihalakan dan ditekan di kedua-dua belah buah pinggang mangsa.
Sesiapa yang terkena akan merasa kegelian yang amat sangat. Ada pendapat yang mengatakan kalau kita caleng dengan banyak, kegelian memang sukar untuk dikenalpasti.
Berlainan dengan budaya Abang Azman, dia tidak menggunakan jari telunjuk sahaja. Kadangkala eh bukankadangkala, selalunya dia akan menggunakan kesemua jari jemarinya sebagai akses kepada kegelian / kesakitan yang terlampau.
Siapa yang menjadi mangsa pasti akan terkulai layu. Bukan kerana geli, tapi sakit yang teramat sangat. Namun, ia dipendam agar menunjukkan yang kita ni unite walaupun kena cokek macam gerudi atau Jari King Kong dalam bahasa komik.
Suatu hari nanti akan kubalas jua Abang Azman. Tunggulah saat kau kena nanti.......
Mungkin suatu hari nanti keturunan Wong akan menggunakan alat ini untuk mencokek ?
Kita tunggulah keturunan dia yang akan masuk Koleq nanti....
Aku terus merenung jauh ke arah jalan raya bagi menantikan saat-saat penyembuhan buah pinggang akibat dari cokekan Abang Azman.
Tanpa ku sedari, airmata mengalir membasahi pipi akibat sakit yang teramat sangat pada buah pinggang yang dicucuk oleh JARI MAUT ABANG AZMAN!!!!
Wong@Tiger Wong juga dikenali di Indonesia.
Sila klik di bawah
Lagi Gelaran/Gambar Ganas Wong
Penulis : aiwa"the broad sawa snake"
3 comments:
ya.. mmg tidak dapat dinafikan bisa jari rattle snake jadian itu. aku penah kena kat bahagian rusuk. terasa jari dia menggaru paru2 dan lain2 organ melalui celah2 tulang rusuk aku.
pastu dlm 2-3 jam kesan jemari masih belum hilang dan mata kau akan jadi liar takut2 jari wong berada berhampiran. kau akan jadi alert tiba2 bila dengar bunyi kasut keletup keletap.
wong 'the rattle fingers' jadian
jadi berkenaan baling roti dan ration tea yg lain, selalunya ja yg start. bersungguh2 dia jerit. suara beliau ada kedengaran dlm klip video khalid menari.
sial korang baling roti. Ingat ikan kaloi ke bebudak tu...
Post a Comment