Thursday, January 17, 2008

BADUT JATUH LONGKANG -VERSI MANGSA

BADUT - "Biar aku ceritakan. Masa tu nak prep malam. Ramai yang tengah lepak kat luar. Keadaan memang hingar-bingar. Lepas tue yang aku ingat ada orang panggil aku (aku lupa sapa malaun nie) suruh cepat. Sambil melambai tangan aku menuju ke arah budak malaun tue, tanpa aku sedari aku telah melalui perangkap samar yang ada sekian lama (nie kes tak ambik pengajaran nie. Untuk rekod diaorang kata cikgu saber pernah jatuh dalam lubang misteri ini).

Tetiba aku rasa aku terus masuk dalam perangkap lubang misteri. Yang menakjubkan, tangan yang melambai telah menyebabkan aku tersangkut daripada disedut oleh lubang misteri. Jadi aku sebenarnya tak terjatuh masuk dalam. Cuma tersangkut.

Jadi aku sebenarnya tidak termasuk dalam statistik termasuk dalam longkang. Tapi tersangkut dekat longkang. Pada esoknya aku pun melihat apa yang di dalam longkang dan lubang tersebut. Didapati kayu buruk yangberpaku-paku menanti.!!!

Alhamdullilah. Nasib aku masih baik. Kepada malaun yang panggil aku tue, cubalah identify siapa anda sebab aku nak mengucapkan terima kasih kerana dikau telah menyelamatkan aku.

Sekian. Nukilan saya . Epit gantikan dgn yg nie. Pandai kau buat cerita yer"

No comments: