Kami ada seorang kawan, namanya Fadli. Dia selalu kena betulkan orang yang namanya Fadli, dieja F-A-D-L-I bukannya Fazli.
Tapi ini bukan cerita macam mana nak eja nama dia, ini nak cerita pasal kemahiran Fadli bab2 busy body.
Ditakdirkan Fadli ni sangatlah gemar membuat statistik. Kalau habis exam semester ke, kalau nak tahu results, tak yah lah susah2 pi cari cikgu or check ngan Bilik Guru ke. Chances are Fadli dah tahu semua, dia dah siap buat analisa Gred Purata dan ranking keseluruhan batch dah. Nak tahu no berapa, sapa top student dsb nya - tanya lah Fadli. Dia ni ala2 Hermione dalam citer Harry Potter tu la..... dia pun boleh digelar pelopor betik di koleq (mcm Hermione jugak) tp tu citer lain la...
Lepas habis SPM, kitorang boleh fly awal, pi lah buat A-Levels kat satu ceruk kat Scotland ni. Tup tup tak habis terkasima mandi bogel in public lagi, SPM results pun keluar lah. Kitorang kena pakai phone dalam Housemaster's office nak call koleq.
Sorang2 keluar bilik Housemaster, mata merah berair. Ha2 kantoi SPM la tu. Aku punya simple je... bila tanya results, instead of Kak Nab (kerani kat office koleq) cakap "semua A1", dia start dengan "Agama C3".... hancus musnah lah segalanya, aku dah tak interested nak tahu pun.
Nevertheless, Fadli nya results were the best la antara kitorang ni. Dia tersangatlah sedih sbb dia pun tak dapat 10A1s. Apa nak buat, bukan rezeki.
Tapi dalam orang dok bersedih, Fadli tak pernah melupakan fardhu kifayah yang telah dijalankan selama dia di koleq - menjadi busy body menganalisa results batch.
Maka dengan selambanya dia suruh aku tolong dapatkan semua results. Aku cakap kalau dia nak dia call la koleq.
Aku ingat keazaman dia ter-lamunan terhenti di situ sahaja.
Namun tidak.
Dengan muka selambanya, dia boleh call Kak Nab mintak Kak Nab fax kan results satu batch kat dia di Scotland. Nasib baik dia disergah Kak Nab:
"Sapa nak bayar faks ni semua" - Fadli kantoi.
"Ni bukan results awak, tak leh tahu results orang lain" - pun Fadli kantoi.
Maka, berakhirlah kerjaya Fadli sebagai penganalisa batch tidak rasmi batch kitorang. Sbb koleq tak nak menghabiskan beribu ringgit bayar talian faks ke Fadli di Scotland, kitorang sampai sekarang tak tahu analisa terperinci SPM results batch kitorang. Tak tahu pun Saffarel fail subjek apa, top 20 ranking batch SPM dsbnya (don't give him ideas, nnt dia nak kumpul sekarang).
ps: Epit, jangan jadi defensive dan cuba2 cover lak...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Apa ni kutuk2 fadli ni???
Post a Comment