Thursday, July 06, 2006

Sleeping Beauties

Ada skali tu waktu kelas sejarah ngan jongos a.k.a zulqof a.k.a zulkarnain, kalai lentok kat meja. Pastu jongos jalan pegi belakang kalai, tarik bahu kalai kasi dia duduk tegak, pastu urut.

Sc5 gelak tgk kalai, pastu makin kuat gelak, bukan sebab dia kena urut, tapi sebab dia tgh menggelupur kerana dari mulut hingga meja, terdapat titian air liur yg bergantungan, berayun2. Kalai cuba putuskan titian itu dgn menggoyangkan kepala, namun gagal.

Bila jongos perasan ada sesuatu tak kena, dia intai kalai, pastu

"Heishh ! Pengotor la kamu ni !"

Aku pun penah kena baling duster sebab tido. Pok pek pula penah isap kapur mcm rokok yg diletak jongos kerana tido ternganga. Bila dia terjaga, dia tak perasan ada kapur kat mulut. 2-3 saat baru dia sedar. Anip pun terra gak tido, sbb takde org tau. So bila Sc5 tau dia gunakan kedudukan kat belakang kelas + saiz dia yg minute itu, kitorang pakat2 jerit "bangun semua!" utk tgk dia bangun tergesa-gesa. Tapi dia terpaksa duduk balik cepat2 sbb dia pun ada titian air liur jugak.

Toje ada masalah tido waktu F5. Dia mmg berusaha gila tanak tido waktu sekolah, siap tido awal lepas lights off, namun gagal. Ada skali tu waktu takde kelas, dia pun tido. Meja dia tepi pintu depan skali. Tiba2 sabre rider lalu. Aku duk belakang toje cuba kejut toje tapi tgk sabre wat tak tau je berlalu terus. Terkejut beruk aku bila sabre tiba2 ngintai sambil tersenyum di balik pintu. Kira mcm dia kata "suprise!". Dia tenung toje dgn penuh senyuman. Pastu dia amik pen cucuk muka toje pastu dia nyorok. Pastu intai balik, cucuk muka toje, nyorok sambil gelak2. Lepas toje bangun, dia pun blah. (???) Aku rasa mcm masuk twilight zone lak. Sbb tadi tu sabre, org yg pernah tampar toje waktu srp. Tapi apsal dia wat lawak?

Masalah tido makin kronik bila ada period agama last skali sblm balik. Ada skali ust. rock pun dah bosan, dia tido bersama budak sc5. Tiba2 ust latib lalu terkejut tgk satu kelas tido. Dia baru nak marah tapi ust rock tiba2 bersuara

"Apahal?"

4 comments:

Abu S.H said...

Aku pun mmg tgh teringat nak citer pasai tidoq ni...

Masa 3SPU2, kalai tido masa kelas chu lek...bila dah nak habih, chu lek amik kapur, and buat garisan kat air liur nasi kalai yang dah menitik atas lantai...heheheh

TAITI said...

hahaha...csi ke? sial la smalam aku duk tgk csi. dekat nak abis masa dia huraikan kes aiwa leh telepon lak. lepas letak phone je csi abih. tak tau apa kes tu. yg aku bengang nye dia lupa apa sebab dia call.

Anonymous said...

awi, tak salah aku, jongos masukkan sebatang kapur putih ke dlm mulut yg ternganga itu adalah encik mior imran mior musa.

kelakar siut ingat balik masa kelas agama ustat rock. mmg everytime kelas dia semua org mesti tido. aku penah terjaga sekali & aku perasan ustat rock pun join sekali kita tido dlm kelas.

yg best tu, masa sebelum tido cikgu lain tgh mengajar. bila bangun, dah cikgu lain tgh mengajar.

ada sekali tu, majoriti Sc5 tgh syok tido, HM Hassan dtg lalu kelas kita. tapi aku tak ingat apa jadi...

Anonymous said...

mcm mana ko nak ingat, ko tengah tido!!!