- Gambaran katil custom-made dr.moto yg telah di design dan ditempa oleh abg apok.
- Sebnarnya aku tak tau the whole story, saja post sbb terjumpa gambar
- Cerita selanjutnya check dlm comments, mesti ada yg buat CORRECTION !
Rakaman Temubual bersama Dr.Moto
Radin :
bila ko start komplen pasal katil ko, syed moto?
padahal, boleh je ko modify katil ko kat bengkel seni perusahaan...
kitakan kelab spu ko dpt katil modified tu masa F4 kan? yg aku ingat katil ko tu ganggu aisle space kat dorm 19
Doc Mot :
aku tak pernah rasa nak komplen pun .. ada satu malam che mad on duty masa f4 .. muka tensen dan serious je (mcm biasa lah), aku pun tetiba menggatal nak komplen pasal katil ... utk kasi che mad tensen .. skali che mad mmg tengah serious dan berdedikasi time tu.. dia gi tulis komplen tu dlm buku.. dan pada esok atau lusanya aku dipanggil oleh HEM (ataupun yg sorang lg tu .. jalal ke ape tah nama dia ).. utk dia mendengar kisah sedih aku takleh tido malam sbb katil pendek...
disebabkan dah dia panggil utk mendengar masalah aku... maka terpaksalah aku meneruskan drama tersebut dan mengaku yg katil aku tak cukup panjang.. dan konfiden bende tu akan terhenti kat situ sbb takde bende yg masuk akal yg boleh dibuat ... dan perkara itu mmg terhenti di situ..
sehinggalah pada suatu hari yg panas, biler aku masuk dorm 19 tu .. aku terperasan yg katil aku terkeluar dr alignment biasa .. aku pun dah mula maki hamun dlm hati sapelah yg nak buat lawak kat katil aku ni, adakah mile ataupun kenit .. skali tgk katil aku dah dipanjangkan secara gnas.. rupa rupanya pakcik kamaruzzaman mendapat ilham utk memotong dua katil dan cantum supaya dapat satu mega katil ...
pada ketika itu rasa kesal komplen kat che mad ...
dan sejurus selepas itu, masa nak gi prep semula, aku ternampak husin f4 baru 93 lalu depan dorm aku(ye ke nama dia husin.. x igt gak) ... kalau aku tak salah, muka dia muka tensen .. sbb katil dia pun kena ganti... rasa kesal aku terubat buat seketika kerana bukan aku sorang je .. miahahaa
tapi selepas itu .. punya laa susah nak strech katil atau pasang kelambu...
mmg kita kelab spu.. tapi takde ler sampai dapat idea nak buat camtu skali...
Radin :
aku nak try recall, tapi tak ingat...
tilam ko dpt yg modified gak ke? cadar?
Doc Mot :
Tilam aku juga telah mengalami mitosis, satu tilam lama telah dipotong dan ditambah dengan brutalnya kat hujung kaki ... dah ler tu .. diorang tak jahit pun tilam tu supaya sman span dia tak terkeluar ... cadar pendek sket .. kena guna selimut utk cover bahagian yg terkeluar :D
Che Mad :
Syed Moto,
Aku masa jadi prefect F4 dulu kena bertugas dengan serious dan penuh dedikasi sebab aku takut kena marah dengan Epit. Kat Fadhil aku tak takut sangat , tapi Epit badan dia besar. Lagipun aku ingat Epit pernah cakap dekat aku he is an outsidestanding rugby player. Gila tough tuuu...
3 comments:
aku dah pernah post cerita ni kat mailing list .. ko search "katil panjang che mad" dlm archive group
nanti ken apost ni citer ko
ni lah katil potong pertama di malaysia ... lepas tu diorang dapat ilham buat kereta potong
Post a Comment