Wednesday, May 07, 2008

AKU KEBAS AYAM TORA

Ini cerita bosan. Anti-klimaks pun ada.

Begini ceritanya :

Cerita berlaku tahun 1992. Time kita F3. Ia berlaku di Dining Hall.

Susunan meja makan ketika menetapkan bahawa dalam setiap meja tu memang akan ada kombinasi pelajar F3,F4 dan F5. Tapi dek F5 ketika itu nak duduk satu meja ramai-ramai, depa buat reshuffle sendiri. Hasilnya, aku, aiwa,aleng & muta terkumpul di satu meja di bahagian kepala meja berhampiran tempat duduk prefect. Prefect bertuah yang duduk di kerusi itu adalah Prefect Ajmel Shariff a.k.a Tora, Class of 93. Macam yg korang tau, Tora ni orang utagha kata "keramat hidup" i.e. memang contoh sebaik-baik manusia, cakap lemah lembut, pandai, beriman dan banyak lagi kualiti positif beliau.

Oleh kerana Tora ni alim, acapkali dia masuk lambat ke dining hall time makan. Sebabnya : samada dia puasa (siang) atau wirid panjang (malam). Kalau lunch time, selalunya dia tak makan. Dinner pun macam tu jugak. Jadi selalunya ration dia akan terbiar tak dijamah. Setelah tak berapa lama keadaan ini berlaku, kitorang pun dah kenalpasti pattern iaitu kalau dah about 10 mins into mealtime & Tora still tak muncul, maknanya dia skip meal itu.

So kepada pelahap2 bernafsu yakni aku, aiwa, aleng dan MUTA (pembatak lagenda Class of 94), peluang ini tak kami sia2kan begitu saja. Jadi, bila Tora tak muncul dalam 10 mins, maka ration dia akan kami langsaikan. Untuk mengelakkan pertumpahan darah antara kami, sistem penggiliran digunapakai. Jadi kitorang bergilir-gilir la ambik ration Tora - talk about honour among thieves, hahahahah...

Satu malam, tibalah giliran aku. Ration malam itu memang best; antara menu yang dinanti-nanti - AYAM GORENG SIRAM KUAH MASAK LEMAK CILI API!!! Heaven gua cakap lu.

Loceng bunyi. Kami melangkah masuk. Doa dibaca oleh prefect bertugas (aku doa lebih sikit, doa supaya Tora tak makan malam ni). 5 minit, Tora tak muncul. 7,8,9,10 minit - kelibat Tora masih tak kelihatan. Hah, ini rezeki aku...kenyang la aku malam ni. Aiwa bengkek je, Muta tak payah cerita la, memang angin dengan tuah aku malam tu.

Aku pun sinsing lengan baju melayu aku. Kuhulur tangan ke tray Tora, dan mencekup ayam goreng itu. Dalam satu gerakan yang sama, mata aku pandang ke depan. Ya Allah, Tora dok berjalan lembut ke arah tempat duduk dia. Jarak antara kami ada la dalam selang dua meja. Bila dia nampak aku dok pegang ayam dia, terus dia pusing balik & berjalan keluar. Macam tu je...

Aku start gelabah. Sat-sat sejuk, sat-sat panas. Suap nasi pun rasa kelat je. Macam mana nak buat ni??? Comrade-in -arms aku semua ambik kesempatan la - gelak, gelak dan gelak lagi sambil mengeluar dialog2 seperti,"...abis la ko, kena DC...","...masuk neraka la ko...".Ciss, haram jadah...That dinner I can say was the longest dinner in my whole life (muahahaha, dramatik sikit).

Prep malam tu memang membazir gitu je. Aku cuak gila. Mau kena belasah dengan prefects malam ni. So, I did what a man should do - mintak ampun dan maaf la, apa lagi. Own up your mistake. So aku jumpa Tora lepas prep. "Saya minta maaf, fect. Tadi "terambil" ration."Dia jawab, "OK. Takpa..."

Tu yang aku cakap anti klimaksnya. Maunya aku kena DC ka, kena belasah ka - barulah sensasi!!! Ini dia main maaf macam tu je. Korang boleh bayangkan kalau aku terambik ration Lewon (Class of 93) ke, ration Irwan Matsusah (Class of 92) ke. Mungkin aku kan bermalam di hospital malam itu agaknya.

Kalau korang dapat tengok muka Tora time dia nampak aku, the brief moment before dia pusing & keluar tu, memang korang tak lena tidor la...

For the record, bila aku join prefects board 93, aku tanya dia pasal incident ni. Jawapan dia - "Eh??!!! Ada ka? Tak ingat la..."..Chehhh....