Showing posts with label Sleeping Beauty. Show all posts
Showing posts with label Sleeping Beauty. Show all posts

Sunday, January 17, 2010

HAIRUL KANTOI TIDO DENGAN JAKPIE

Cerita ni berlaku masa Form 3 dalam Set B yang berada bawah bimbingan Jakpie. 

Masa tu Reading Time, jadi semua kena reading la (duh!!!).

Jakpie kat depan kelas. Hairul baca buku sambil buku letak atas peha, kepala letak kat atas meja, kat bucu la....

Sekali Jakpie suspect Hairul tidur. Dari depan dia jalan slow, slow, lepas tu dia masukkan tangan antara kepala Hairul dengan buku tu, siap goyang goyang tangan berapa kali. Hairul takde respon apa-apa. Lepas tu dia jalan balik kat meja dia.

Kemudian terus Jakpie cakap kuat kuat daripada depan, "Hairul, what are you doing?"
Hairul angkat kepala terus jawab, "Reading, sir!!!" ...

Satu kelas barai gelak. Hairul kantoi tido dengan Jakpie.

-diriwayatkan oleh La'Ba-

Wednesday, October 24, 2007

KEPALA, MANA KEPALA???

Kelas 5 sc 2 sebagai kelas yang paling cool tahun 94 sebab ada karpet nipis, atas cadangan amoeba dan scorpo yang pada pendapat mereka boleh menjadi pot tidor yang super best waktu prep petang.

Pada satu petang, aku, amoeba dan shahid dan beberapa orang yang lain tidur di belakang meja yang memang disusun cantik untuk cover line orang2 yang keletihan study.

Aku tengah nyenyak tidor dan tiba tiba aku sedar ada orang jerit "kepala mana, kepala?"

Selaku monitor yang bertanggungjawab, aku bukak mata dan sedar2 depan aku sam hong ada depan aku, atas tangan dia ada kerusi dengan gaya nak dihempap atas aku.

Dalam keadaan panik, aku ambik lajak ke belakang dengan pantas. Nak elak balingan kerusi from sam hong.

Kerusi tu dia tak baling, tapi dia letak balik. Sekadar ugutan manja rupanya.

Orang lain dah blah, tinggal aku dan shahid ajer. Kena marah ah lepas tu dan macam biasa aku berdiplomatik dengan sam hong untuk menyettlekan isu tidur tu.
.................

Aku masih tak tahu ke hari ini kenapa digunakan ayat "kepala, mana kepala?" oleh sam hong pada hari itu. walaupun cikgu BM tapi phrase tu agak la luar biasa.

-koleksi kabinet Al-Juned-

Thursday, October 04, 2007

Sleeping Beauty : The Long Bed

lange's bett by salvador dali

  • Gambaran katil custom-made dr.moto yg telah di design dan ditempa oleh abg apok.
  • Sebnarnya aku tak tau the whole story, saja post sbb terjumpa gambar
  • Cerita selanjutnya check dlm comments, mesti ada yg buat CORRECTION !
The Story - aku pun tau ada dlm group, cuma aku tak suka teknik kopipes, so here goes.....

Rakaman Temubual bersama Dr.Moto

Radin :
bila ko start komplen pasal katil ko, syed moto?

padahal, boleh je ko modify katil ko kat bengkel seni perusahaan...
kitakan kelab spu ko dpt katil modified tu masa F4 kan? yg aku ingat katil ko tu ganggu aisle space kat dorm 19

Doc Mot :
aku tak pernah rasa nak komplen pun .. ada satu malam che mad on duty masa f4 .. muka tensen dan serious je (mcm biasa lah), aku pun tetiba menggatal nak komplen pasal katil ... utk kasi che mad tensen .. skali che mad mmg tengah serious dan berdedikasi time tu.. dia gi tulis komplen tu dlm buku.. dan pada esok atau lusanya aku dipanggil oleh HEM (ataupun yg sorang lg tu .. jalal ke ape tah nama dia ).. utk dia mendengar kisah sedih aku takleh tido malam sbb katil pendek...

disebabkan dah dia panggil utk mendengar masalah aku... maka terpaksalah aku meneruskan drama tersebut dan mengaku yg katil aku tak cukup panjang.. dan konfiden bende tu akan terhenti kat situ sbb takde bende yg masuk akal yg boleh dibuat ... dan perkara itu mmg terhenti di situ..

sehinggalah pada suatu hari yg panas, biler aku masuk dorm 19 tu .. aku terperasan yg katil aku terkeluar dr alignment biasa .. aku pun dah mula maki hamun dlm hati sapelah yg nak buat lawak kat katil aku ni, adakah mile ataupun kenit .. skali tgk katil aku dah dipanjangkan secara gnas.. rupa rupanya pakcik kamaruzzaman mendapat ilham utk memotong dua katil dan cantum supaya dapat satu mega katil ...

pada ketika itu rasa kesal komplen kat che mad ...

dan sejurus selepas itu, masa nak gi prep semula, aku ternampak husin f4 baru 93 lalu depan dorm aku(ye ke nama dia husin.. x igt gak) ... kalau aku tak salah, muka dia muka tensen .. sbb katil dia pun kena ganti... rasa kesal aku terubat buat seketika kerana bukan aku sorang je .. miahahaa

tapi selepas itu .. punya laa susah nak strech katil atau pasang kelambu...

mmg kita kelab spu.. tapi takde ler sampai dapat idea nak buat camtu skali...

Radin :
aku nak try recall, tapi tak ingat...
tilam ko dpt yg modified gak ke? cadar?

Doc Mot :
Tilam aku juga telah mengalami mitosis, satu tilam lama telah dipotong dan ditambah dengan brutalnya kat hujung kaki ... dah ler tu .. diorang tak jahit pun tilam tu supaya sman span dia tak terkeluar ... cadar pendek sket .. kena guna selimut utk cover bahagian yg terkeluar :D

Che Mad :

Syed Moto,

Aku masa jadi prefect F4 dulu kena bertugas dengan serious dan penuh dedikasi sebab aku takut kena marah dengan Epit. Kat Fadhil aku tak takut sangat , tapi Epit badan dia besar. Lagipun aku ingat Epit pernah cakap dekat aku he is an outsidestanding rugby player. Gila tough tuuu...

Wednesday, October 03, 2007

BEDMATES PART DEUX

THE QUESTION

Apa yang menyebabkan seseorang dapat katil di atas atau bawah? adakah faktor berat, jambu, nombor dobi, spec power atau banyak grub? - Syed Khalid, Sulaiman House

THE ANSWERS

Time prep school, awal-awalnya kena ikut no. dobi. Ada tag kuning pada katil (aku ada simpan lagi tag tu rasanya muahaha). pastu, lepas raya/second semester, time ikut house, pilihan atas bawah lebih kepada siapa bedmate kau.

Masa aku dulu, pak tuan asruru seorang yang pembersih, dia tak nak katil dia jadik tempat budaya lepak abe loh dan buce (diorang jiran kami masa kat Dorm C) so dia pilih katil atas. Time kat New Hostel pun sama. Takde penentuan ceteris paribus semua tu... grub, kejambuan rasanya tak di ambil kira.

Hj. BoChubby, E84 Mohd. Shah

The other reason orang nak katil atas adalah sebab kurang kena stretch katil. Orang katil bawah mesti stretch selalu sebab godaan untuk baring after class, baring after solat, baring sebelum games hours sangatlah tinggi.

Jita (Azrul Roshazli E13, Ahmad House) dulu selalu memaki herdik orang orang yang duduk atas katilnya sambil memakai kasut.

Aku pulak, sebab malas nak stretch katil sendiri, berkongsi baring atas katil Aiwa. Itulah yang dinamakan bed'mate'. Aiwa tak pernah marah aku melanyak katilnya lepas prep petang and sebelum start games hours.

Actually masa F2 in Dorm 5 dulu, bukan setakat kongsi katil, kongsi LOCKER sekali. Korang ingat tak LOCKER BESI yang besar gila tu. Kunci dia macam kunci basikal kat tepi jalan tu. So aku ambik first top 2 tiers (sebab aku tinggi) and aiwa ambik the bottom tiers.

Fadli Riza Ramli, E53 Ahmad House

BEDMATES

THE QUESTION

So, dalam kehidupan setiap thoroughbred, dia akan ada 2 bedmate? F1 dan F2? (Syed Khalid)

THE ANSWERS

General rule camtu la...tapi in our case minimum 3 sebab masa mula2 masuk, susunan ikut no dobi, lepas tu pecah ikut house.dah 2 bedmate.naik f2 dapat lagi sorang bedmate. untuk kengkawan yg jadi f3 NH dapat lagi sorang bedmate masa F3. Tapi sapa yg jadi bedmate kadaq waktu f3 kat NH tak merasa sangat ada bedmate sebab kadaqqqggghhh memanjang ada kat big school. jadi mungkin beliau hanya akan declare 3 shj bedmates dia...(Epit)

Bedmates aku : Dorm C - Jali, Dorm D - Sumali Basuri Dorm 5 - Aiwa (Fadli)

Bedmate aku : shamsul akmal muzeni (dorm a ps), mohd hazli rusli (dorm c ps), zahadin omar (dorm 10 nh) then shamsul akmal muzeni balik (dorm 5 nh) (KNO)

Aku pun ada 3: sheppe, haris mukhri n wawan (Chamat)

Aku ada 4 bedmates: toje, faz, muta, tank (radin)

Aku ada 3: vincent, kalai, esatusatuenam (Ruff )

Aku ada 2 bedmate saja… rosdan dan hj gabye (Mpro)

Bedmate aku pun 3 - Faz - Dorm D; Syed Asruru Pak Tuan-Dorm C; Chic Wan Mohd Hairi-Dorm 10 (Bochap)

SOALAN KILLER HJ BOCHAP

Tapi time F5 aku perati ramai member-member kita ada bedmate walaupun single bed, camana tu?

JAWAPAN KILLER TMP

Ehh tu tak kira bedmate la... tu kira bed-"inti"-mate.

Epit : sesiapa yang berkenaan sila jawab...jawab... kalau tak nak jawab, sila taubat...muahahahah

Saturday, April 21, 2007

Sleeping Beauty - Pizza & Kismis

Ada suatu hari, aku & ska bergegas nak gi lunch dari 3pk2. Alih2 tgk la'ba tgh berdengkur lg kat meja kelas beliau. Maka atas semangat setiakawan, kami pun dgn sukahatinya mengejutkan beliau dari tidurnya. Tatkala kami menghampiri beliau, bolehlah digambarkan yg beliau amat lena skali melepekkan mukanya di dalam kolam ciptaan takungan amilase + peluh di atas meja kelas yg bersalut plastik itu.

Gambaran yg kelakar itu bertukar menjadi horror dalam sekelip mata apabila la'ba mengangkat kepalanya dari tidur di mana amilase beliau telah bertindakbalas menjadi gam kanji.


Sejurus selepas itu, kami telah putus nafas apabila amilase + peluh tadi menjalani proses pemejalwapan di mana molekul2 yg ngeri itu berterbangan menusuk hidung kami yg suci. Kami juga mengalami kejutan yg teramat sgt tidak terkata pabila mendapati separuh kepala la'ba telah bertukar menjadi kismis akibat proses penguraian luaran yg sekian lama oleh takungan amilase tadi.


Sehingga ke hari ini, aku & ska tidak lg menjamah pizza bercheese & kismis yg basah.

Thursday, July 06, 2006

Sleeping Beauties

Ada skali tu waktu kelas sejarah ngan jongos a.k.a zulqof a.k.a zulkarnain, kalai lentok kat meja. Pastu jongos jalan pegi belakang kalai, tarik bahu kalai kasi dia duduk tegak, pastu urut.

Sc5 gelak tgk kalai, pastu makin kuat gelak, bukan sebab dia kena urut, tapi sebab dia tgh menggelupur kerana dari mulut hingga meja, terdapat titian air liur yg bergantungan, berayun2. Kalai cuba putuskan titian itu dgn menggoyangkan kepala, namun gagal.

Bila jongos perasan ada sesuatu tak kena, dia intai kalai, pastu

"Heishh ! Pengotor la kamu ni !"

Aku pun penah kena baling duster sebab tido. Pok pek pula penah isap kapur mcm rokok yg diletak jongos kerana tido ternganga. Bila dia terjaga, dia tak perasan ada kapur kat mulut. 2-3 saat baru dia sedar. Anip pun terra gak tido, sbb takde org tau. So bila Sc5 tau dia gunakan kedudukan kat belakang kelas + saiz dia yg minute itu, kitorang pakat2 jerit "bangun semua!" utk tgk dia bangun tergesa-gesa. Tapi dia terpaksa duduk balik cepat2 sbb dia pun ada titian air liur jugak.

Toje ada masalah tido waktu F5. Dia mmg berusaha gila tanak tido waktu sekolah, siap tido awal lepas lights off, namun gagal. Ada skali tu waktu takde kelas, dia pun tido. Meja dia tepi pintu depan skali. Tiba2 sabre rider lalu. Aku duk belakang toje cuba kejut toje tapi tgk sabre wat tak tau je berlalu terus. Terkejut beruk aku bila sabre tiba2 ngintai sambil tersenyum di balik pintu. Kira mcm dia kata "suprise!". Dia tenung toje dgn penuh senyuman. Pastu dia amik pen cucuk muka toje pastu dia nyorok. Pastu intai balik, cucuk muka toje, nyorok sambil gelak2. Lepas toje bangun, dia pun blah. (???) Aku rasa mcm masuk twilight zone lak. Sbb tadi tu sabre, org yg pernah tampar toje waktu srp. Tapi apsal dia wat lawak?

Masalah tido makin kronik bila ada period agama last skali sblm balik. Ada skali ust. rock pun dah bosan, dia tido bersama budak sc5. Tiba2 ust latib lalu terkejut tgk satu kelas tido. Dia baru nak marah tapi ust rock tiba2 bersuara

"Apahal?"