Monday, January 07, 2013

SIAPA ID?


Iron Devil ialah salah seorang prefect Prep School pada tahun 1990,  semasa kami memakai seluar pendek putih di Maktab Melayu. ID ni daripada Batch 91, nickname dia Iron...tapi dek keganasannya ala-ala teroris Israel yang menindas penduduk Gaza, kami gelarkan dia Iron Devil atau ID. Ada juga percubaan kembangkan nama ID untuk jadi Rusty Iron Devil oleh penghuni tunggal Dorm F. Tapi tak lekat sangat. Jadi kekallah namanya sebagai ID.

Anak Pahang yang berasal daripada Mentakab ini dikenali dengan wataknya yang bengis, brutal dan ganas tak bertempat. Pemegang tali pinggang merah taekwondo, rasanya hampir semua daripada kami pernah memakan sepak terajang ID. Dorm E dan penghuninya yang terdiri daripada ahli Rumah Sulaiman mempunyai lebih banyak kenangan manis bersama ID sebab ID duduk di Cube Dorm E. Itulah yg menjadikan budak Leman hebat, hahaha...

Karakteristik ID ni yang agak prominent adalah halkumnya yang agak tersembul dan juga ketawanya yang agak unik.

Antara kekejaman ID yang sempat dibukukan (selain cerita Dorm F di atas) adalah:

Episod Asar Lambat Lagi

Episod Ja Kena Stapler

Selain itu, banyak lagi cerita yang berlaku tapi detailnya samar-samar sebab ramai yang alami brain damage dek kena sepak terajang ID. Antaranya:

1. Zahir dan Julap selalu jadi mangsa sparring ID bila dia nak practice Taekwon Do. Memang teruk la kena belasah...F4 belasah F1 kot.

2. Kalau tak salah, yang terajang Ja dalam Coomon Room pasal kes songkok lipat dan samping labuh tiru Mozni Syam FV90 pun ID jugak.

3. Satu batch kena halau keluar daripada Dining Hall sebelum sempat habiskan dinner sebab bunyi kelentang-kelentung sudu garpu berlaga tray besi pun angkara ID.