Showing posts with label Jasmang. Show all posts
Showing posts with label Jasmang. Show all posts

Saturday, February 07, 2009

Nampaknya dia sudah lari.....

Amin… amin..amin… Suara jemaah masjid memecah kesunyian solat Jumaat di masjid Ridzuaniah 1992. Tetapi dalam kekhusyukan jemaah yang meng Aminkan doa termasuklah pelajar-pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar, terdapat beberapa pelajar yang telah melangkah gagah tanpa mempedulikan doa yang dirayu imam.



Di benak fikiran mereka , hanyalah beberapa butir bebola ikan yang tenggelam timbul di arus sup yang berada di mangkuk milamin besar berwarna biru. Suara suara hati yang tamak haloba, membayangkan kunyahan-kunyahan bebola ikan yang empuk tanpa memikirkan kawan-kawan yang pernah ber unite dengan mereka suatu masa dahulu. 



Apabila kawan-kawan yang lambat sampai ke dining hall, mereka hanya mampu menghirup kuah fishball sambil diperhatikan oleh mata-mata nakal yang tamak haloba menyorokkan bebola ikan di balik nasi yang bertimbun. Apabila ditanya oleh rakan yang kempunan, dengan nada yang lemah menyatakan juga mengalami ketiadaan bebola ikan walaupun di dalam mulut dan poket baju melayu masih ada bebola ikan. “Epit, satu ni je yang aku dapat” orang lain mana ntah yang amik fishball. Apa la diorang!!…. Cuba lagi minggu depan ye….”


Walau bagaimanapun, kaki-kaki egois yang melangkah keluar dari masjid bukan sahaja diperhatikan oleh rakan-rakan seperjuangan yang hiba dan kempunan bebola ikan, bahkan ia diperhatikan oleh sepasang mata yang menyorot ganas iaitu seorang pengawas.

Mungkinkah pengawas berkenaan mempunyai kisah lampau terhadap bebola ikan atau fishball ?
Jawapannya terjawab semasa hari Jumaat malam semasa akhir high table diadakan. 

“Nama-nama berikut dikenakan DC kerana keluar awal dari masjid..” Kunyahan-kunyahan rakus oleh seorang form 3 terhenti seketika. Debaran semakin kuat apabila nama-nama pesalah dibaca satu persatu…

“Bla..bla..bla..JASMAN HASSAN!!!!”.

Akhirnya bibir mulut seorang pengawas bertugas telah menyatakan nama form 3 berkenaan dengan lancar. Semua mata pelajar tertumpu ke arah Jasman..

Masa inilah kawan-kawan baik dicari untuk mencari jalan keluar daripada hadir di depan perhimpunan pada hari Isnin nanti. Sesungguhnya berdiri di depan perhimpunan di hadapan jambu adalah pantang buat anak muda Terengganu ini. Reputasi baiknya sebagai pelajar kesayangan oleh guru dan pelanggan koperasi KMKK akan tercalar sekiranya ia berada di hadapan guru dan jambu jambu kerana kesalahan DC.

Pesalah sedang sugul seolah-olah menemui jalan buntu dalam menyelesaikan masalah…..

(DC = detention class. Adalah kesalah berat yang dikenakan oleh pengawas. Nisbah 1 DC bersamaan 3 confinements. Tambahan kesalahan DC adalah menggolek steamroll di padang hoki new hostel. Malulah kalau junior tengok senior menggiling steam roll)

Plan A hingga plan C telah dirancang oleh rakan baiknya yang sentiasa bersungguh dalam arena-arena yang tidak berkaitan dengan kebaikan. Ketepatan masa, pengalaman cetek, fail sulit dan keberanian telah mengajak seorang lagi pengiring untuk Ja membebaskan diri dari hadir perhimpunan di dewan Hargreaves. Seorang form 3 new hostel yang bermuka baik tapi perangai cam setan juga bersetuju untuk menghantarnya pulang menjadikan pengiring jasman sebanyak 2 orang.

Pada Ahad malam Isnin, selepas dinner,  taktik melambatkan masa untuk pegi ke prep telah sengaja dilakukan oleh ketiga-tiga mereka dengan melepak di dorm masing-masing. Setelah memastikan semua pelajar pergi ke prep malam, operasi telah bermula.

BUKKKK!!! Beg balik kampung telah dilontar dari dorm 7 overfloor ke senior common room. Yang menanti di bawah adalah dua orang rakannya yang hanya mengangguk-angguk tanda masanya telah tiba. Dengan pakaian serba hitam dan berseluar celoreng, mereka pun bertolak ke arah dessert dengan langkah cepat tetapi berhati-hati. Setelah sampai di pagar bersebelahan dessert dan padang hoki, mereka mula memanjat pagar dan kawat berduri. Hikmat meringankan badan ala-ala Ji Fatt sememangnya berguna pada zaman dahulu. (Kalau zaman sekarang, memang confirm la ada yang kena sula dengan kawat berduri pagar tu)…

Mereka pun menuju ke stesyen keretapi melalui jalan belakang yang jaraknya lebih kurang 4 km dari panggung wayang Rex. Denai dan bukit telah mereka turuni disusuli dengan salakan anjing yang nyata meresahkan mereka.  Tak apalah, demi setiakawan ataupun demi malas nak pegi prep malam, mereka meneruskan misi mereka menghantar Ja pulang ke kampung menaiki keretapi. Pada jam 930 malam, mereka pun telah tiba ke stesen keretapi dan akhirya berjaya menghantar jasman pulang…

“Terima kasih Aiwa, terima kasih Fitt sebab susah-susah hantar aku pulang.” Sama-sama balas mereka dengan nada bangga. Misi balik ke east wing dan new hostel dilaksanakan juga dengan lancar tanpa gangguan dan tangkapan. ..

"biarlah derita ini ku tanggong sendiri...terima kasih kawanku.." - catatan diari

Pada keesokan harinya, kelihatan Cikgu Azizam mengumumkan nama-nama pelajar yang dikenakan DC.

“Nama-nama berikut dipersilakan ke hadapan kerana telah dikenakan hukuman DC ."

“Bla bla bla.. JASMAN HASSAN……."

"Emmm….JASMAN HASSAN!!!"

"Err…..JASMAN HASSAN!! Oh..nampaknya dia sudah lari ye…”

Cikgu cikgu kehairanan kerana Jasman Hassan tidak ada pada hari yang ditunggu-tunggu. Dalam dewan tersebut, semua pelajar mencari-cari ke mana Jasman telah pergi… Hanya 2 orang pelajar sahaja yang hanya mengukir senyuman menandakan misi mengarut mereka telah tercapai….hehehe.




Gambaran artis wajah pesalah yg diedarkan ketika operasi man-hunt dijalankan. Gambaran ini dibuat jika pesalah tersebut tidak dijumpai sehingga 30 tahun selepas kejadian.








Kepada adik-adik yang masih bersekolah Kolej Melayu atau TKC atau sekolah-sekolah yang lain, 

"please don’t try this at your hostel. If you try it, you will make me angry. I don’t want to make me angry because I will be hungry. And when I am hungry, you don’t know what I am capable of..” - ex-Set-E mckk.

ditulis olih : aiwa

ed.'s note : Selamat kembali jasman hassan. Janganlah lari lagi.

Monday, January 21, 2008

TAPAK TANGAN JASMAN DI'STAPLE'

Tempat : Dorm A, Prep School

Tahun : 1990

Masa Kejadian : Inspection Pagi Sabtu

Perangai para pengawas Prep School time Inspection memang macam sesumpah (chameleon like). Sukar dijangka. Norma kebiasaan, ganas habis. Bila ini berlaku, para pengawas akan cuba sehabis ganas untuk menakut-nakutkan orang. Kalau mood diorang baik, diorang akan buat lawak yang mana kita akan jadi buntut jenaka mereka (the butt of their jokes). Kalau diorang dalam mood membuli, maka semua pun dibuli mereka.

Satu pagi Sabtu, entah apa mood diorang waktu, Puyeng (salah seorang pengawas Prep School) ambik stapler dan main acah-acah dengan Jasman. "Saya staple aa, saya staple aaa...", acah si Puyeng. Ja pun layan la, ye lah...tak layan karang kena lagi teruk. Mungkin jauh di sudut hati Ja, beliau rasa takkanlah Puyeng sanggup nak staple tangan dia. Ngilu tu kalau kena!!!

TAPI...

Dengan tak semena-mena, datang si ID (anjing PS paling LIAR time tu) entah dari mana, sekonyong-konyong menerpa dan terus tekan...PANGGG...menusuk bullet tu dalam tapak tangan Ja...

NOTA : Aku tak tengok kejadian ni dengan mata kepala aku sendiri. Cuma berdasarkan cerita daripada ahli Dorm A ketika itu. Apa jadi seterusnya kepada Ja tak aku tau sebab tak pernah diceritakan.

Wednesday, December 12, 2007

Hikayat Bell Sayap Timor : Malam Euphoria Sembilan Puluh Empat

Teman teringat kejadian yang berlaku sekitar tahun 1993 yang mana hampir berlakunya cannibal holocaust seandainya kita NinetyFourians hilang kawalan diri.. Bunyi macam serius,kalau sedang membacha di pejabat tu, buat le muka serius ibarat membaca laporan kewangan suku ketiga akhir tahun..So what the heck here it goes (teman mungkin ada 'lost-plot', sesapa yang memory still intact sila beri tunjuk ajar noo..)Waktu itu berlakunya kejadian F4 '94 dipanggil oleh F5 '93 beramai-ramai di depan dorm 7 overfloor, tak kira le sebelum lights off ka, sebelum lunch hour ka, kalau deme ni ada mood deme panggil jak..kat atas senior comm.


Mula-mula budak F4 94 baru yang dipanggil secara berseorangan untuk di psycho, tetapi lama-kelamaan F4 94 lama pun ada yang kena panggil. Kejadian ni berlarutan agak lama, tidak diketahui dengan jelas sebab-musababnya, tetapi sebagai fifth formers yang digelar sebagai the king of the school of kings, king of schools memang deme ni nak mempamerkan their prowess, dominance and supremacy.Selaku flattopper batch yang prihatin dengan bahang aura dingin yang melanda koleq waktu itu, mesyuarat tergempar F4 94 pun telah diadakanbagi menangkis tindakan mereka dan membela kaum sahabat handai yangtertindas.


Sampailah ke satu hari, aku tak ingat masa tu sape yang kena panggil, mungking Jasmang Hassang kot.. telah dimental torcher sebelum lights off. Lantas, batch 94 yang sememangnya doh panah (panas dalam loghat timur) dengan situasi tersebuk telah melakukan sesuatu di luarjangkaan. Dari sayap timor, overfloor(apa nama melayu dia ni, pundaklantai ka) dan pavilion, batch 94 telah membuat rendesvouz di sayapbarat untuk menghimpunkan semua jiwa anak muda yang dahagakan aksi bloodsport..(part ni tak risau sangat, kita ada Tong Poe, Moofasa, Viktor 'Din' Laudrum, Black Belters Mattop, Ska, Dzulaaatfie, Silat Bara RudiHulk, Syam Pop it in Man dan semangat Grunge Punk Urban Life AngstDriven Teenage Youth - deme 93 ada Zeus 'Dewa Kemurkaan Yunani')"Semua dah ada?" satu pertanyaan menyusul..


Sayap Barat menjadi saksi betapa ramainya kepala yang mengangguk sambil mengetap bibir ala Sharap, geram dengan situasi semasa.. "Boleehh kot!".. bagaikan satu pakatan libertadores, Batch 94 dengan penuh tekad keyakinan berbondong-bondong mengorak langkah menuju ke tapak lokasi kejadian. Melalui dorm 16, kemudian ke koridor common room overfloor, NinetyFourians pun menjengukkan 116++ diri kepada the 93s ala ambush caught in the act..teman masa tu selaku frontliners ternampak le bagaimana terkujat je mukabrader 93 (no offense 93s, the past is the past,) yang sebelum itu kelihatannya garang dan ganas tetapi tiba-tiba hilang melenyapkan diri setelah munculnya sangkakala di depan mata.. Cuma, yang tinggal sorang je 93, yeszz u know who..Honkyu. Masa nilah terserlah unite fekt 94 dalam keadaan genting, one trigger of a shout of 'KiM@K kau' could start a massive massacre. Oleh kerana Honkyu seorang sahaja yang berani berdepan dengan kita, maka mangsa telahpun diselamatkan pada malam itu tanpa pertumpahan peluh.Itupun setelah kita drew our swords, drew our lines and agreed on a certain set of rules.Did I mention rules? Yup, Standing Rules is what we call it. Part of the rules mentioned by Honkyu that night is for us to behave during nightprep, of course we were a bunch of hanky-panky monkeys that time.. the other thing I could recall is the keluar town malam by the 94s.."korangkalau kluar town janganlah nampak obvious sangat..etc,etc" and so on I could not remember what else he said.. At the end of the day, we got our deal and many faces that night were seen smiling in their sleep.We 'almost' complied to whatever rules outlined that night..


Rentetan dari peristiwa malam keramat ini, perbalahan diantara budak bandor dan kampong tidak berakhir begitu sahaja. Geng kurier tetap keluar town macam biasa dengan tidak menghiraukan standing rules, malah semakin berleluasa sehinggalah berlakunya kejadian Polis Sentri Dinihari.. One on one di squash court - (ada jugak teman dengor cerita ni).. dan baju member kita sorang nih terkoyak sampai tercabut butang baju pasai beradu sebab tak puas hati kat overfloor lagi (hang tau hang sapa mengaku je le)..danbanyak lagi.Siapa sangka, sepuloh tahun selepas keluar koleq, salah seorang dari NinetyFourian boleh sewa rumah dengan Honkyu ketika mengharungi ranjau kehidupan ibu kota. Juadah berbuka puasa popia simpul kelate akrab dikongsi bersama tanpa mengendahkan peristiwa malam keramat lalu; yang seandainya terlajak perahu, mungkin boleh meninggalkan kesan yang mendalam sepanjang hayat kita di pentas kehidupan realiti dunia..


- penceritaan sebenar Tuan Haji Araza Lay Chee Peng bersempena dengan Hari Perpaduan Sedunia

Wednesday, November 07, 2007

Jari Maut Abang Azman

Overfloor Dorm 7 Selasa 25/8/1994 - Aku menyandar di sebatang tiang overfloor sambil memandang jauh tanpa menghiraukan hiruk pikuk dan pekikan pelajar-pelajar asrama yang baru membatak ration roti dan biskut mayat semasa balik dari prep petang. Tanpa menghiraukan rakan-rakan karib lain seperti Capoe, Awie dan Jasman yang seronok sakan melempar sisa roti ke arah Form 2 yang menuju ke new hostel;
Ja : Form 2 kau nak roti tak ?!!!! nah!!!!!
Pekk!! Roti dibaling ke arah form 2 yang berjalan tanpa mengadah ke atas (Gila ka nak stare senior kat atas overfloor?)disusuli dengan gelak jahat mereka. Namun aku tidak menghiraukan apa yang berlaku….

Ingatan kejadian petang semalam masih terngiang-ngiang dalam benak fikiranku.
Wong :“HA HA HA! AKU DATANG!!!! COKEK DIA!!!!!!!!!!!! “
Kedenganran suara hilaian ketawa diiringi dengan bunyi kasut keletup keletap keletup keletap memecahkan suasana prep petang.
ADUUUUUHHHHHHH!!!!!! Sakit la Wong!!! Jack the Rattle snake pun tak buat sakit macam nih..
Sememangnya semua orang mengenali gurauan ala selamba dan tanpa perasaan dari Wong AKA Abang Azman yang boleh mengguris hati kawan.

Kebolehan Abang Azman untuk mencokek menembusi tulang rusuk memang tidak boleh dinafikan lagi oleh budak Kolej Melayu.



Disamping kebolehan mencokek, Wong juga mempunyai jari-jemari yang amat luar biasa kerana kepanjangan jari tersebut melebihi piwaian normal jari manusia.

Ada satu urban legend mengatakan, jika jemari wong disapu mentega, ia boleh bermain muzik grunge.






Cokek

Cokek dalam bahasa Pantai Timur dikenali sebagai satu kaedah gurauan di mana jari telunjuk tangan kiri dan kanan akan dihalakan dan ditekan di kedua-dua belah buah pinggang mangsa.

Sesiapa yang terkena akan merasa kegelian yang amat sangat. Ada pendapat yang mengatakan kalau kita caleng dengan banyak, kegelian memang sukar untuk dikenalpasti.

Berlainan dengan budaya Abang Azman, dia tidak menggunakan jari telunjuk sahaja. Kadangkala eh bukankadangkala, selalunya dia akan menggunakan kesemua jari jemarinya sebagai akses kepada kegelian / kesakitan yang terlampau.

Siapa yang menjadi mangsa pasti akan terkulai layu. Bukan kerana geli, tapi sakit yang teramat sangat. Namun, ia dipendam agar menunjukkan yang kita ni unite walaupun kena cokek macam gerudi atau Jari King Kong dalam bahasa komik.
Suatu hari nanti akan kubalas jua Abang Azman. Tunggulah saat kau kena nanti.......

Mungkin suatu hari nanti keturunan Wong akan menggunakan alat ini untuk mencokek ?

Kita tunggulah keturunan dia yang akan masuk Koleq nanti....




Aku terus merenung jauh ke arah jalan raya bagi menantikan saat-saat penyembuhan buah pinggang akibat dari cokekan Abang Azman.

Tanpa ku sedari, airmata mengalir membasahi pipi akibat sakit yang teramat sangat pada buah pinggang yang dicucuk oleh JARI MAUT ABANG AZMAN!!!!

Wong@Tiger Wong juga dikenali di Indonesia.
Sila klik di bawah
Lagi Gelaran/Gambar Ganas Wong

Penulis : aiwa"the broad sawa snake"

Tuesday, July 11, 2006

Encounter With The 5th Kind: KR

Necessary Background Reading
  • KR - short form for "She Who Must Not Be Named", a spooky character feared even worse than Voldemort who (or which?) wrecked havoc in koleq in 1990-1991. Conventional wisdom at the time believed (and concluded) that she (or it?) was a wild spirit.
  • NA - short form for the equivalent of Wormtail (servant to a villainous Dark Lord), a batch member of Class of 94 who fell victim to KR's wandering spirit and befriended her (or it?) during the period of 1990-1991
  • Wonggek - a Mad-Eye Moody-like character, a member of Class of 94, who was and is really mad. Among his many accolades were the break in of AVA room, the phone tapping scandal that cost thousands to koleq, underground "bisness order" that went as far as Prep School and New Hostel from its Pavi base
  • Ja - (hmmm tak dak laa pulak character from Harry Potter yang aku boleh assign to Ja!) Budak Teghanung spek mate besor (imagine Nobita, suara kasar, gelak sampai lelah, itulah Jasmang Hassang)
  • Prefect A - Chief Spiritual Leader among the prefects at Prep School 1990, who in a way fancied himself as Dumbledore, but when it comes to KR, was more like Ron ha ha
  • Prefect B,C,D ,E- all other prefects at Prep School

Venue : Prep School vicinity, gymnasium and padang Prep School

Date/Time: Satu malam dalam tahun 1990, dalam pukul 2 am

PENAKUT WARNING: Ni bukan cerita kelakar or bell, ni cerita hantu.

Prep School in 1990 was in a way made memorable not because of many sweet memories, but the one experience that not many batches had had the "privilege" to go through. In our midst was a case of Prep School vs. KR - though the extent of the truth, or the manner of possession could never be ascertained.

I had never witnessed any physical or material evidence that could substantiate the truth in the claim that NA was possessed and a wandering spirit, referred to as KR, was roaming free - except this one experience that I was forced into (of which I am going to tell next). But it was a sensational story in koleq and we were still asked about the story even after we had reached Form 4.

NA sat in front of me in 1 PK 1 and I was his class monitor. His deskmate was R. Awie was deskmate and behind me were the two fatsos - Epit and Taufik.

I cannot recall much the beginning of the year until the news/story was belatedly told to me, despite the fact that I was seating right behind NA and was his class monitor. Like many F1s, I was too engulfed with my own home sickness (and the overthrowing of Rembell did take some efforts too ha ha).

What triggered the attention was R suddenly leaving the school. R was Prefect E's favourite, some sort of murid contoh to all of us. Me, on the other hand, is a nightmarish character for some of them. R and NA kept counsel to themselves and though they seemed to be very close between them, they were remote figures to us in 1 PK 1.

I was also very much still attached to my Teghanung clique, whose notoreity was only rivaled by Utagha clique. We were told from the very beginning by the prefects that "cliques" were not good - and it didn't help when Wonggek kept on shouting "astaga walgelebek nyeng was stepek wek" to the unamused batch; or picked a fight with Ameoba early in the year ha ha. To cut things short - we were the first candidates for "potential trouble makers".

I cannot recall much what had happened when KR allegedly ran amok. There were many nights we had to sleep in the surau, or when we had to recite Yassin non-stop (though there were occasions I blissfully slept in the sick bay unaware of what was alleged to have taken place).

KR was also spin-savvy.

There were a series of threats issued through letters, naming particular prefects, with Prefect A high on the hit list - as next "targets". You can imagine the atmosphere of spookiness engulfing the whole batch and how perhaps innocent stories evolved into urban legends that survive till this very day - of timid and weak boy, when possessed, became super strong that could jump a high window or break doors, or over powered 10 people etc. etc.

What I can be sure was that by the time it was all over, the real facts were too muddled with made up stories that it was very difficult to sift the truth from myth. I reiterated that I had never witnessed anything physical that can substantiate any of the claims.

Things went on like this until at one point, I guess the school decided to act on it considering the disturbance it created.

So one night, Wonggek, Ja and me (most probably Toje too, since Awie claimed he wasn't among us - the only other celebrated members of the clique were Zadin and Toje, but I was sure it wasn't Zadin, so must be Toje) were summoned for an audience with the high and mighty Prefect A. We were told we had an assignment and were given a term of reference - the details of which all escaped my memories now. Tracing back, I guess we were told to follow NA in one of his nightly errand to meet KR - since he (NA) had been waking up in the middle of the night wandering around for some time already.

I guess they needed some material witnesses who can related what actually happened, or corroborated some of the claims. Looking back, I know my value to my prefects then ha ha - "send in the scums who we can afford to lose ha ha".

My relationship was cordial with NA (even after we parted from koleq), so when one of us met him (I must remind you this is at 2 am) and told him we wanted to join him to play volleyball (he played volleyball then) - he did not object. I was quite surprised at how casually he took the whole thing - as playing volleyball in darkness at 2 am in the morning, in anticipation of an appearance of a wandering spirit; is not something you do every day.

So off we went, walking from Dorm C.

It was 2 am so the night was quiet.

But I have to say one of the spookiest moments of my life happened right when NA and us stepped outside Prep School boundary towards the tarmac in front of surau - for suddenly the dogs began barking (anjing betul la, bukan yang kat cube). All of a sudden dogs around the KK town began barking and I would be lying if turning back did not cross my mind. I can't remember what was the motivation, but somehow we went on walking towards the gymnasium amidst the loud barking.

NA was quiet all along.

We went on to play and did some digging, picked the ball etc. (the fact that it was played in front of gymnasium, the venue for so many horror movies e.g. the half human, half wolf character often associated with gymnasium compounded the spookiness).

I can't remember (banyak laa yang aku tak ingat) how long we played, but all of a sudden NA wanted to run. So we the dumb ass had to follow him and off we went again to padang Prep School.

I think we were in the process of "warming up" (don't laugh, I know I am fat now) when suddenly it seemed the cows that were sleeping around padang Prep School were running towards the small gate connecting to Azizam's house (before the present F4 block was built). It was then that I recalled that NA mentioned something about KR dah sampai - and it was then that we could not take it any longer and decided to excuse ourselves and went back to Prep School.

Till this day, I am not sure whether it was a figment of my imagination (that part with the cows) or it really happened. I think the only sound that was so loud at that time was my own heart-beat. I don't think the 4 of us (cheee waaah macam cerita Sleepers laa pulak) ever spoke at length to compare notes - so if Wonggek, or Ja could substantiate my version, it would be good. I can put to rest once and for all whether it really did take place, or was my own imagination.

But the part on the dogs barking was real - and I considered that as a material proof that there was something spooky, whether or not all the urban legends did take place. The fact that I never encountered NA's transformation or super human strength cannot make me forget the spookiness of the night (or ponder on whether the decision to send us as guinea pigs that night was really wise - regardless of what some people's perception of the bleakness of our future in koleq was).

Friday, June 30, 2006

Collect Duit

Suatu hari di oldboys weekend,
Terkenang daku pada si dia,
Kisah itu kisah yang lama,
Kisah wong yang pandai gila....

Malam old boys weekend, event kutip duit syiling dalam swimming pool.

Wong/Pengakap Raja :
"Kita wat group ah, kita pakat amik sama-sama, pastu kita kumpul ah duit, tapi korang make sure kutip duit dalam swimming pool banyak2, at least kena dapat RM 2 sorang"

Awie : ditugaskan mengutip duit yang korang collect. Dia takde swimming trunk.

Aiwa/Ja/Wong = tukang cari duit dalam air.

Pemerhatian : Advantage group ni
  • Wong boleh pergi jauh (paling berpotensi sebab dia Pengakap Raja - dijangka dapat mengumpul RM5++)
  • Aiwa pun boleh collect sebab dia orang Sabah (Bajau Laut) berpengalaman kutip mutiara di dasar Laut Sulu
  • Ja mempunyai potensi yang tidak terhad pun boleh sebab swimming trunk dia ada buckle dan dia adalah 'Man from Atlantis' (refer swimming pool col. I)
  • Awi ada kat atas tunggu duit sambil survey kordinat syiling2 dlm air
Keputusan Collection:
  • Aiwa = RM 3++ (cukup syarat)
  • Ja = RM 2++ (cukup syarat)
  • Wong = RM 0.20 (hampeh)
Duit kutipan tidak jadi dikongsi kerana kutipan wang yang diwar-warkan oleh Tony Wong sangat-sangat tidak memberangsangkan. Beliau disabitkan kesalahan dan didenda keluar town/courrier/fly pegi stesen untuk beli nasik. Akibatnya, dia dikejar anjing semasa keluar membeli nasi kitorang.

Bila Tony Wong dah sampai dalam kul 3 pagi (dahla kutip 20 sen je, lambat lak tu) dia kejut kitorang yang letih ni (especially Ja) untuk makan nasik goreng.

Keesokan harinya didapati Ja telah tidur di atas nasi yang bertaburan di lantai dan tilam bersama telur goreng di dahi. Dia tertidur ketika makan nasik.

- from aiwa's recollection

p.s -
Sebelum terjun, old boy announce

"Duit telah ditabur...."
CEBUSSSS!! <---aiwa terjun dulu. (actually ada org tolak dia) Pastu semua orang jerit kat aiwa suro naik semula. Member terkial2 panjat tebing. By the time dia naik semua orang lak terjun. Tapi at least dia kutip lebih dari 2 ringgit.

Make Sure Warm Up Dulu

Di suatu hari , sambil Wong warm up gila-gila kat tepi swimming pool, dia marah orang tak warm up. Aku, Awi & Ja dah terjun dulu dah. Dah mengilai-ngilai dalam kolam.

"Hoi ! Warm up la dulu. Nanti krem kang, padan muka !"

Tak lama selepas itu dia krem dulu. Tak pasal2 kitorang kena stretchkan kaki dia.

- from aiwa's recollection

Man From Atlantis (orang seberang baruh)

Di suatu sudut swimming pool, Kelihatan Jasman yang begitu macho seperti MAN FROM ATLANTIS. Beliau sebelum tu mengakui jari jemarinya mempunyai selaput seakan-akan kaki itik serati tetapi telah dirahsiakan oleh beliau takut-takut identitinya terbongkar.

Pada mulanya kami (aiwa, wong dan awie) tidak mempercayainya namun dengan nada yang tegas, beliau berkata "Kawan-kawan! tengok apa yang aku nok buat !"

Lantas, dia menunjukkan skill menyelam dan berenang gaya hero tersebut. Akhirnya dia timbul ke permukaan air dengan gaya slow motion dari dasar swimming pool dengan keadaan gigi dan hidung berdarah akibat pelanggaran pada lantai swimming pool.

- from aiwa's recollection

p.s - Gaya berenang man from atlantis adalah menyelam/berenang stail dolphin. Guna pinggang je. Ja telah membuat aksi ini dgn bersunggoh2 sambil pejam mata sehinggalah ke dasar kolam.