Tuesday, December 22, 2009

TKID MAIN TARIK TELOQ

During our time, the SBP rugby teams to beat were SEMESTI and SOKSEK. And our first encounter with SOKSEK team was indeed a memorable one.

Our rugby team first met SOKSEK during the U-14 North Zone Inter SBP Sports Carnival in 1991 in Perlis. To cut a long story short, we lost the the game handsomely to them. They were good.

But it was not memorable because we lost. It was memorable because the game witnessed the first of many dirty tactics and techniques deployed by us in due course of our koleq's sporting career. :)

SOKSEK had many good players, one of the most oustanding being its open side winger known as Din. Din was big for a 14 year old and he ran through everything that blocked his way, not unlike Jonah Lomu during the 1995 World Cup. Standing opposite him was Tkid.

Everybody was really clueless on how to stop this human juggernaut. So we basically left things to chance and fate. Little did we know that Tkid had an ingenious plan. But Tkid kept it close to his chest. Nobody knew, not even Kadaque, the captain.

We only came to know of his plans halfway thorugh the game when a fuming Din shouted at the top of his lungs in the course of him running for another try, "HARAM JADAH - HANGPA MAIN TAGHIK TELOQQQQ!!!!"

Tkid never owned up to the act but he did not deny it either. Not until recently.

Tkid broke his silence after all these years. Below is his confession :

Memang aku tarik teloq Din tu ha...sampai 3 orang tackle tak jatuh2...
aku pun tarik dan pulas baru dia berhenti berlari..

Thursday, December 03, 2009

POLISI MENGENAI MEROKOK PREFECT'S BOARD YENGKO

Soalan Daripada Non-Prefect Yengko

XXXX, masa hang jadi 'polis' (istilah TNGggGGGgggGGG...) dulu, camne hang handle this issue - bebudak rugby menggunakan steroid berjenama marlboro and dunhill nih?

As a rugger, of coz ko nak increase the chance team ko menang kan (kalau bebudak nih kantoi, mau aku, rough, chamat etc yang kena masuk team pasal x cukup orang).. tapi as a polis, ko still ada ada amanat dari pihak management MCKK yang ko kena jagakan?

Jawapan Daripada Prefects Yengko

Anj. 1 : If i remember correctly, I had a policy to deal with this. Not only with ruggers but with all others. Kerja jadi anjing kat koleq bukan boleh bawak ke mana pun, that I realised early. So, pada aku as long as kawan-kawan kita yang merokok ni show me some respect i.e tak hisap openly, etc., I will not chase (the term is hunting).

Kalau aku jumpa aku akan ambik rokok tu. Tapi aku tak report.

Banyak juga rokok yang kena rampas dengan aku - rokok Cop, rokok Ayul pun ada jugak, rokok Faz, Khalid pun ada rasanya. rokok Eshadiq 96. Nak buat mcm mana, hangpa isap dalam toilet dorm 16/17 yang juga digunakan oleh aku.

Anj. 2 : Aku pernah hunting sorang sebab dia isap dalam dorm. Dia dok dorm hujung. Ade jugak rokok yang aku jumpa, aku letak air, aku tak rampas.

Anj. 3 : Aku applied similar concept with XXXX.. tak hunting tapi kalau jumpa aku amik.

Thursday, September 10, 2009

KEGIATAN MALAM MPRO

Ni salah satu daripada side activities Mpro kat koleq. Gambar diambil circa 91-92 di TKC.
Ayu memang ayu la, tapi kalau kena penendang dengan dia, senak jugak!!!
Nota: Aku buat lawak je. Mpro dressing untuk Malam Kebudayaan Jepun, kalau tak silap aku. Gambar courtesy Wong. The downside in Koleq, tak dak student pompuan bila ada part pompuan.

Thursday, August 27, 2009

PENGALAMAN MIOR HISAP ROKOK

Date: 31 August 1994

Time: After midnight

Location: CheNahCheNi

Yang cuba nak ajak aku hisap rokok - Poq Peq.

Poqpeq says mafhumnya, "Ala Mior, ko bila lagi nak try. Sports Day dah abis. Tak payah risau pasal stamina dah. Nah ambik setabang."

Sambung Poq Peq lagi, "Tapi aku kena kasi tau kod etika smoking. Ko tak boleh nak pau orang manjang, kena beli sendiri".

So malam tu first time ever aku hisap rokok, on & off ocassionally bila ada gathering, main snooker. Tapi aku tak tersangkut bab-bab smoking ni.

Last time in 2004 masa main bowling dgn budak Petronas. Kat Oz, takde kaki.

Nasib baik aku tak hook dgn smoking, kalo tak memang aku blame Poqpeq hidup2, hundred percent!!!

Note: As told by Mior with some modifications by editor.

Tuesday, June 23, 2009

CATATAN DIARI SEORANG ATLIT KOLEJ

Catatan diari Syamkimball, seorang atlit, wakil kolej bolasepak, ragbi dan olahraga. Kalau ada boxing kat koleq time tu, mungkin dia boleh wakili koleq jugak. Tapi Syamkimball ada juga terlibat dengan siri Fight Club beberapa kali (Mungkin boleh diceritakan untuk entry yang lain).

Catatan ini adalah pada hari yang Syamkimball rasa bosan...tak tau la apa dia buat bila dia tak bosan...

"Once upon a time long2 time ago, location kuala kangsar, hari sabtu, tahun 1993, aku bangun dengan BOSAN pada pukul 4:30, mandi pastu sembahyang asar, turun games hour, BOSAN, so aku start lari keliling padang ragbi sorang2. Hari tu berjaya complete 20 round.

Balik dorm, aku cerita kat sorang f5 ni, budak sarawak, ahmad house, rugger. Member dengan selambanya mengutuk, 20 je? Kalau 25 ok la, he he he...

Besoknya aku turun lagi, completekan 25, hi hi hi. Orang azan maghrib baru aku habis lari. Mamat itu tidak lagi mengutuk larian aku selepas itu."

Wednesday, May 20, 2009

Hadith 'Metallica' Jures

Ini lagi satu cerita pasal Jures yang disampaikan oleh EZ.

Jures adalah AJK BRU. Tapi dia suka juga dengar muzik rock.

Antara unique traits Jures masa Form 4 / Form 5 ialah kesukaannya sambil pakai songkok dan kain pelekat, sambil dengar Metallica with earphones and walkman.

Pada satu hari, memandangkan aku ni kuat main muzik dan dengar muzik, dan nak juga ambik tau apa hukum hakam bab-bab jadi rockers ni, dan memandangkan ada Ustaz Jures depan aku sambil memakai walkman, aku pun tanyalah Jures:

Ezrin : Boleh ke kita dengar Metallica semua ni ?

Jures jawab dengan pantas memegang walkman dalam genggaman tangan dan earphones dalam telinga, sambil berjalan laju, tergesa-gesa aku pun tak tahu sebab apa, tapi dia masih luangkan beberapa saat untuk menjawab kemusykilan aku:

Jures : Sebenarnya tak boleh, tapi aku tengah cari Hadith untuk mengatakan bahawa ianya BOLEH..."

Memang Jures memahami jiwa remaja rockers grunge.

CERITA PASAL NAMA JURES

Rupa-rupanya nama si Jures ini pernah diragukan kesahihannya.

Mafhum:

Jures ni nama yang cukup unique. Macam nama aku gak. Pernah
ada satu cerita macam ni. Tak salah aku pelopor conversation-nya ialah Zain
Ozear (Form Four Baru) yang pernah mempersoalkan, "Apa lah korang ni. Mak dia dan bapa dia bagi nama elok-elok, korang (form four lama) panggil dia "Jures". Panggil lah nama proper dia."

[?]

Perawi : EZ

Thursday, April 30, 2009

THE SIXTH SENSE

Menurut Samsuri Abdul Kadir, penjual ubat selsema babi tersohor dalam batch kita, perbualan ini benar-benar berlaku. Tapi, beliau tak dapat nak pastikan nama-nama yang terlibat.

A : Aku ada sixth sense. Kalo aku mimpi, sure jadi. Aku mimpi kao caleng dlm kelas. Kao ngaku je la..

B : ???????

Tuesday, April 28, 2009

MAK CIK KAPET YANG BAIK HATI

Once upon an afternoon aku lapar sangat. Sebab ada duit lebih aku pun decided to give myself a treat. Instead of eating the food in the Dining Hall, aku pun gi lah kapet.

Sedapnya rupa ayam masak merah tu. Aku pun order kat makcik kapet, bayar dan terima lah pinggan berisi nasi dan ayam drumstick yang pergggh nampak sedap sehingga menjilat jari. Aku letak kat meja paling jauh skali kat pintu. Tempat form five duduk lah. tempat paling cool. Takde orang pun dalam kapet masa tu. Aku pun tak ingat kenapa lepas tu, tapi aku terpaksa kembali ke kaunter. Aku rasa aku gi ambik teh ais. Pusing je ke belakang dengan harapan nak melahap, tiba-tiba dah ada kucing kurap kurapan dah atas meja dok bedal drumstick aku.

Punya lah frust, se-frust-frust nye. Aku frust giler sampai nak halau kucing tu pun tak terdaya. Apa boleh buat. Nasi sudah menjadi bubur. Ayam masak merah RM1.50 telah jadi makanan kucing kurapan.

Tapi aku masih ingat makcik kapet still kasi replacement without extra payment. So sempat lah jugak aku menikmati ayam masak merah ala-ala sebulan sekali tu, walaupun ada sedikit frust dan guilty kat makcik kapet. So post ni aku tribute kat makcik kapet dan noni lah. Sebab ada rasa belas kasihan kat aku yang hanya ada RM1.50 dalam poket ketika tu.

EZ

Thursday, April 23, 2009

Lawak Bangang Saffarel

Ini adalah satu lawak bangang Indra seperti yang diriwayatkan oleh EZ.

One I remember quite clearly, which made the BM teacher flip.

Cikgu BM: Tahukah kamu semua, apakah itu kelip-kelip?

Class: (Silence - Mungkin sebab tak tahu ataupun memang buat dek je).

Cikgu BM: Kelip-kelip tu apa?

Indra: Manusia berkepala babi...

Class Roars Out In Laughter.

The BM teacher goes mad.

p/s: kalau ikut perawi Dzul Atfie, 'kelip-kelip' tu digantikan dengan 'tetuang'.

Tuesday, April 21, 2009

"TAK PAYAH LA AZIM"

Seperti yang diceritakan oleh Tungkid.

"Aku pernah cuba juga ambik borang nak apply jadi anjing masa F3. Bapa aku yang suruh.

Jadi satu petang, dengan semangat yang berkobar-kobar, aku pun pegi ke bilik PK HEM (ke bilik Wawu?) untuk ambik borang.

Aku pun cakap,"Saya nak ambik borang nak jadi prefect cikgu."

Jawapan selamba yang aku terima dari cikgu tersebut,"Tak payah la Azim. Dah tentu tak dapat!!!"

Sunday, March 15, 2009

EC Lim


Masa koleq zaman 90s dulu, ada sorang cikgu yg eccentric skit. Nama dia EC Lim or Lim Eng Chuan.

Dia jalan pun pelik sikit, kepala dia mendongak ke atas skit (only pada darjah 13 degrees rasanya), kaki dia terkedepan sikit.

Tapi yang paling pelik method dia mengajar M3 laa...

Contoh: Kalau nak ajar mathematical signage (e.g. when you multiple -ve no with -ve no etc.), dia suka pakai perumpamaan yang dia sorang je boleh paham.

Contoh: "Lembu campur lembu.... (dia pause jap ambik nafas, hidung dia kembang kempis, lepas tu dengan sepenuh perasaan dia akan cakap)... LEMBUUUUUUUUU"

Dengan nada dan gaya yang sama, boleh diulang dengan satu lagi frasa faberet dia:

Negative negative ... (pause jap..... bagi suspense) POSSSITTIVVVVE"

Satu lagi pasal EC Lim ni setiap ayat dia mengajar, dia akan tanya "Faham tak faham?".

Kitorang pun satu class la kena jawab "FAHAM CIKGU", kalau tak dia tak teruskan ngan lesson.

Satu hari tu, dia masuk kelas dengan muka serious, lepas tu tak start apa2 lagi - dia tulis kat black board (ha ha masa tu pakai black board & kapur lagi) sebelah kiri besar2:

FAHAM TAK FAHAM

Rupa2nya dia hilang suara tapi nak mengajar jugak. So lepas dia tulis 2-3 benda kat black board, dia tengok kat kitorang dgn sepenuh jiwa, sambil menunjuk2 ke tulisan "FAHAM TAK FAHAM" yang ada kat blackboard.

Dungu2 dlm kelas ni pun kuat2 la cakap: 'FAHAM CIKGU....'

EC Lim dulu guru penasihat MCCC - so mesti banyak citer2 MCCC ni... tapi yang tu aku serahkan kpd ahli2 MCCC la nak blog citer bell pasal MCCC ha ha.

ps: EC Lim yang pakai speck sebelah kiri, bukan yang pakai singlet sebelah kanan (walaupun yg tu ada ala2 apek tua gak)

SPM 94: "Boleh faks semua results?"

Kami ada seorang kawan, namanya Fadli. Dia selalu kena betulkan orang yang namanya Fadli, dieja F-A-D-L-I bukannya Fazli.

Tapi ini bukan cerita macam mana nak eja nama dia, ini nak cerita pasal kemahiran Fadli bab2 busy body.

Ditakdirkan Fadli ni sangatlah gemar membuat statistik. Kalau habis exam semester ke, kalau nak tahu results, tak yah lah susah2 pi cari cikgu or check ngan Bilik Guru ke. Chances are Fadli dah tahu semua, dia dah siap buat analisa Gred Purata dan ranking keseluruhan batch dah. Nak tahu no berapa, sapa top student dsb nya - tanya lah Fadli. Dia ni ala2 Hermione dalam citer Harry Potter tu la..... dia pun boleh digelar pelopor betik di koleq (mcm Hermione jugak) tp tu citer lain la...

Lepas habis SPM, kitorang boleh fly awal, pi lah buat A-Levels kat satu ceruk kat Scotland ni. Tup tup tak habis terkasima mandi bogel in public lagi, SPM results pun keluar lah. Kitorang kena pakai phone dalam Housemaster's office nak call koleq.

Sorang2 keluar bilik Housemaster, mata merah berair. Ha2 kantoi SPM la tu. Aku punya simple je... bila tanya results, instead of Kak Nab (kerani kat office koleq) cakap "semua A1", dia start dengan "Agama C3".... hancus musnah lah segalanya, aku dah tak interested nak tahu pun.

Nevertheless, Fadli nya results were the best la antara kitorang ni. Dia tersangatlah sedih sbb dia pun tak dapat 10A1s. Apa nak buat, bukan rezeki.

Tapi dalam orang dok bersedih, Fadli tak pernah melupakan fardhu kifayah yang telah dijalankan selama dia di koleq - menjadi busy body menganalisa results batch.

Maka dengan selambanya dia suruh aku tolong dapatkan semua results. Aku cakap kalau dia nak dia call la koleq.

Aku ingat keazaman dia ter-lamunan terhenti di situ sahaja.

Namun tidak.

Dengan muka selambanya, dia boleh call Kak Nab mintak Kak Nab fax kan results satu batch kat dia di Scotland. Nasib baik dia disergah Kak Nab:

"Sapa nak bayar faks ni semua" - Fadli kantoi.
"Ni bukan results awak, tak leh tahu results orang lain" - pun Fadli kantoi.

Maka, berakhirlah kerjaya Fadli sebagai penganalisa batch tidak rasmi batch kitorang. Sbb koleq tak nak menghabiskan beribu ringgit bayar talian faks ke Fadli di Scotland, kitorang sampai sekarang tak tahu analisa terperinci SPM results batch kitorang. Tak tahu pun Saffarel fail subjek apa, top 20 ranking batch SPM dsbnya (don't give him ideas, nnt dia nak kumpul sekarang).

ps: Epit, jangan jadi defensive dan cuba2 cover lak...

Thursday, March 05, 2009

THAMAN THE PUNISHER

Cikgu Thaman mengajar Seni Perusahaan waktu F1-F3 untuk budak koleq yang ambil aliran tersebut. Beliau juga coach hoki koleq selain Koja.

Yang paling diingati tentang Mr. Thaman adalah signature punishmentnya:

Cubit perut (di tempat yang paling flabby) dengan cengkaman yang amat kuat dan berbisa, sambil pulas cubitan tadi sehingga 270 darjah serentak tarik pulasan tersebut sehingga menjadi McSundae.

Itulah style Thaman the Punisher.

Karya asal : I Love you Thaman

Kalau pulasan cubit tu dah pusing 270 darjah, momentum dia boleh buat badan terangkat lebih 6 inci. Lepas tu, dah takleh duduk pasal kekejangan otot perut.. sakit gile..

Belajar kat bengkel tu memang mengantuk gile la.

Karya tambahan : E99

Friday, February 20, 2009

"NOORULZAMAN, SAYA TAU AWAK KAT DALAM"

Salah satu fvourite past time masa zaman kami di koleq adalah ponteng prep. Untuk para pengawas yang ada kiub, nak ponteng prep amat mudah. Hanya kunci kiub dari luar dan lompat masuk melalui tingkap. Dan buatlah apa dihajati. Ini satu daripada keistimewaan (tidak bertulis) jadi prefect.

Walaupun begitu, ada juga yang bukan prefect yang menumpang keistimewaan ini, samada dengan izin ataupun sebaliknya. Hubungan baik antara ahli Class of 94 memungkinkan fenomena ini terjadi. Jadi salah seorang yang selalu gunapakai keistimewaan ini adalah Noorulzaman a.k.a Zaman.

Noorulzaman selalu ponteng prep & lepak dalam kiub Mpro kat Dorm 10. Kadang-kadang dengan izin tapi selalunya secara haram . Jadinya, dia selalu hilang waktu prep malam. Akibat kekerapannya, warden-warden dah mula perasan kehilangan beliau. Antaranya termasuk Cikgu Sabri a.k.a Sabre Rider.

Satu malam, Noorulzaman ponteng & lepak kiub Mpro lagi. Sabre on duty malam tu.

Sampai kat Kiub Mpro, Sabre ketuk tingkap. Zaman diam. Sabre ketuk lagi. Zaman membisu lagi. Sabre ketuk lagi. Zaman tetap tak bagi jawapan. Akhir sekali, Sabre kata, "Noorulzaman, saya tau awak kat dalam!!!"

Zaman tetap tak menyahut sampai ke sudah, hahahaha...Sabre akhirnya putus asa dengan kedegilan Zaman dan berlalu pergi.

p/s: Noorulzaman dulu bukan macam Noorulzaman sekarang. Noorulzaman sekarang dah alim...Dia dagh bertaubat atas dosanya yang lalu :)

Saturday, February 07, 2009

Nampaknya dia sudah lari.....

Amin… amin..amin… Suara jemaah masjid memecah kesunyian solat Jumaat di masjid Ridzuaniah 1992. Tetapi dalam kekhusyukan jemaah yang meng Aminkan doa termasuklah pelajar-pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar, terdapat beberapa pelajar yang telah melangkah gagah tanpa mempedulikan doa yang dirayu imam.



Di benak fikiran mereka , hanyalah beberapa butir bebola ikan yang tenggelam timbul di arus sup yang berada di mangkuk milamin besar berwarna biru. Suara suara hati yang tamak haloba, membayangkan kunyahan-kunyahan bebola ikan yang empuk tanpa memikirkan kawan-kawan yang pernah ber unite dengan mereka suatu masa dahulu. 



Apabila kawan-kawan yang lambat sampai ke dining hall, mereka hanya mampu menghirup kuah fishball sambil diperhatikan oleh mata-mata nakal yang tamak haloba menyorokkan bebola ikan di balik nasi yang bertimbun. Apabila ditanya oleh rakan yang kempunan, dengan nada yang lemah menyatakan juga mengalami ketiadaan bebola ikan walaupun di dalam mulut dan poket baju melayu masih ada bebola ikan. “Epit, satu ni je yang aku dapat” orang lain mana ntah yang amik fishball. Apa la diorang!!…. Cuba lagi minggu depan ye….”


Walau bagaimanapun, kaki-kaki egois yang melangkah keluar dari masjid bukan sahaja diperhatikan oleh rakan-rakan seperjuangan yang hiba dan kempunan bebola ikan, bahkan ia diperhatikan oleh sepasang mata yang menyorot ganas iaitu seorang pengawas.

Mungkinkah pengawas berkenaan mempunyai kisah lampau terhadap bebola ikan atau fishball ?
Jawapannya terjawab semasa hari Jumaat malam semasa akhir high table diadakan. 

“Nama-nama berikut dikenakan DC kerana keluar awal dari masjid..” Kunyahan-kunyahan rakus oleh seorang form 3 terhenti seketika. Debaran semakin kuat apabila nama-nama pesalah dibaca satu persatu…

“Bla..bla..bla..JASMAN HASSAN!!!!”.

Akhirnya bibir mulut seorang pengawas bertugas telah menyatakan nama form 3 berkenaan dengan lancar. Semua mata pelajar tertumpu ke arah Jasman..

Masa inilah kawan-kawan baik dicari untuk mencari jalan keluar daripada hadir di depan perhimpunan pada hari Isnin nanti. Sesungguhnya berdiri di depan perhimpunan di hadapan jambu adalah pantang buat anak muda Terengganu ini. Reputasi baiknya sebagai pelajar kesayangan oleh guru dan pelanggan koperasi KMKK akan tercalar sekiranya ia berada di hadapan guru dan jambu jambu kerana kesalahan DC.

Pesalah sedang sugul seolah-olah menemui jalan buntu dalam menyelesaikan masalah…..

(DC = detention class. Adalah kesalah berat yang dikenakan oleh pengawas. Nisbah 1 DC bersamaan 3 confinements. Tambahan kesalahan DC adalah menggolek steamroll di padang hoki new hostel. Malulah kalau junior tengok senior menggiling steam roll)

Plan A hingga plan C telah dirancang oleh rakan baiknya yang sentiasa bersungguh dalam arena-arena yang tidak berkaitan dengan kebaikan. Ketepatan masa, pengalaman cetek, fail sulit dan keberanian telah mengajak seorang lagi pengiring untuk Ja membebaskan diri dari hadir perhimpunan di dewan Hargreaves. Seorang form 3 new hostel yang bermuka baik tapi perangai cam setan juga bersetuju untuk menghantarnya pulang menjadikan pengiring jasman sebanyak 2 orang.

Pada Ahad malam Isnin, selepas dinner,  taktik melambatkan masa untuk pegi ke prep telah sengaja dilakukan oleh ketiga-tiga mereka dengan melepak di dorm masing-masing. Setelah memastikan semua pelajar pergi ke prep malam, operasi telah bermula.

BUKKKK!!! Beg balik kampung telah dilontar dari dorm 7 overfloor ke senior common room. Yang menanti di bawah adalah dua orang rakannya yang hanya mengangguk-angguk tanda masanya telah tiba. Dengan pakaian serba hitam dan berseluar celoreng, mereka pun bertolak ke arah dessert dengan langkah cepat tetapi berhati-hati. Setelah sampai di pagar bersebelahan dessert dan padang hoki, mereka mula memanjat pagar dan kawat berduri. Hikmat meringankan badan ala-ala Ji Fatt sememangnya berguna pada zaman dahulu. (Kalau zaman sekarang, memang confirm la ada yang kena sula dengan kawat berduri pagar tu)…

Mereka pun menuju ke stesyen keretapi melalui jalan belakang yang jaraknya lebih kurang 4 km dari panggung wayang Rex. Denai dan bukit telah mereka turuni disusuli dengan salakan anjing yang nyata meresahkan mereka.  Tak apalah, demi setiakawan ataupun demi malas nak pegi prep malam, mereka meneruskan misi mereka menghantar Ja pulang ke kampung menaiki keretapi. Pada jam 930 malam, mereka pun telah tiba ke stesen keretapi dan akhirya berjaya menghantar jasman pulang…

“Terima kasih Aiwa, terima kasih Fitt sebab susah-susah hantar aku pulang.” Sama-sama balas mereka dengan nada bangga. Misi balik ke east wing dan new hostel dilaksanakan juga dengan lancar tanpa gangguan dan tangkapan. ..

"biarlah derita ini ku tanggong sendiri...terima kasih kawanku.." - catatan diari

Pada keesokan harinya, kelihatan Cikgu Azizam mengumumkan nama-nama pelajar yang dikenakan DC.

“Nama-nama berikut dipersilakan ke hadapan kerana telah dikenakan hukuman DC ."

“Bla bla bla.. JASMAN HASSAN……."

"Emmm….JASMAN HASSAN!!!"

"Err…..JASMAN HASSAN!! Oh..nampaknya dia sudah lari ye…”

Cikgu cikgu kehairanan kerana Jasman Hassan tidak ada pada hari yang ditunggu-tunggu. Dalam dewan tersebut, semua pelajar mencari-cari ke mana Jasman telah pergi… Hanya 2 orang pelajar sahaja yang hanya mengukir senyuman menandakan misi mengarut mereka telah tercapai….hehehe.




Gambaran artis wajah pesalah yg diedarkan ketika operasi man-hunt dijalankan. Gambaran ini dibuat jika pesalah tersebut tidak dijumpai sehingga 30 tahun selepas kejadian.








Kepada adik-adik yang masih bersekolah Kolej Melayu atau TKC atau sekolah-sekolah yang lain, 

"please don’t try this at your hostel. If you try it, you will make me angry. I don’t want to make me angry because I will be hungry. And when I am hungry, you don’t know what I am capable of..” - ex-Set-E mckk.

ditulis olih : aiwa

ed.'s note : Selamat kembali jasman hassan. Janganlah lari lagi.

Tuesday, January 06, 2009

HAPPY BIRTHDAY CLASS OF 94

design by Knizam Artwerk

Segalanya bermula hari ini, 19 tahun yang lalu...

Thursday, January 01, 2009

Sape Nak Oreo?


Pokpek (nama sebenar dirahsiakan- editor) ada kenangan pahit bersama oreo time dorm d prep skool dulu.. ada sekali tu lepas lights off, kitorang dengar bunyi plastik dalam kelambu dia, membayangkan ada peluang untuk mengepau pokpek lantas terus terdengar signal dehem-dehem istibrok..
Pokpek mengambil reaksi positif dengan meng'offer' oreo, "Sape nak oreo?". belum habis lafaz 'o-ri-yo', serbuan tangan-tangan asing dari katil seberang melenyapkan oreo yang ada hingga ke cebisan yang terakhir. Pokpek tergumam dan kaget..
Nyata kelaparan mengatasi kekangan rasa malu.. selepas itu, tiada lagi pelawaan ikhlas dari Pokpek..