Sunday, March 15, 2009

EC Lim


Masa koleq zaman 90s dulu, ada sorang cikgu yg eccentric skit. Nama dia EC Lim or Lim Eng Chuan.

Dia jalan pun pelik sikit, kepala dia mendongak ke atas skit (only pada darjah 13 degrees rasanya), kaki dia terkedepan sikit.

Tapi yang paling pelik method dia mengajar M3 laa...

Contoh: Kalau nak ajar mathematical signage (e.g. when you multiple -ve no with -ve no etc.), dia suka pakai perumpamaan yang dia sorang je boleh paham.

Contoh: "Lembu campur lembu.... (dia pause jap ambik nafas, hidung dia kembang kempis, lepas tu dengan sepenuh perasaan dia akan cakap)... LEMBUUUUUUUUU"

Dengan nada dan gaya yang sama, boleh diulang dengan satu lagi frasa faberet dia:

Negative negative ... (pause jap..... bagi suspense) POSSSITTIVVVVE"

Satu lagi pasal EC Lim ni setiap ayat dia mengajar, dia akan tanya "Faham tak faham?".

Kitorang pun satu class la kena jawab "FAHAM CIKGU", kalau tak dia tak teruskan ngan lesson.

Satu hari tu, dia masuk kelas dengan muka serious, lepas tu tak start apa2 lagi - dia tulis kat black board (ha ha masa tu pakai black board & kapur lagi) sebelah kiri besar2:

FAHAM TAK FAHAM

Rupa2nya dia hilang suara tapi nak mengajar jugak. So lepas dia tulis 2-3 benda kat black board, dia tengok kat kitorang dgn sepenuh jiwa, sambil menunjuk2 ke tulisan "FAHAM TAK FAHAM" yang ada kat blackboard.

Dungu2 dlm kelas ni pun kuat2 la cakap: 'FAHAM CIKGU....'

EC Lim dulu guru penasihat MCCC - so mesti banyak citer2 MCCC ni... tapi yang tu aku serahkan kpd ahli2 MCCC la nak blog citer bell pasal MCCC ha ha.

ps: EC Lim yang pakai speck sebelah kiri, bukan yang pakai singlet sebelah kanan (walaupun yg tu ada ala2 apek tua gak)

SPM 94: "Boleh faks semua results?"

Kami ada seorang kawan, namanya Fadli. Dia selalu kena betulkan orang yang namanya Fadli, dieja F-A-D-L-I bukannya Fazli.

Tapi ini bukan cerita macam mana nak eja nama dia, ini nak cerita pasal kemahiran Fadli bab2 busy body.

Ditakdirkan Fadli ni sangatlah gemar membuat statistik. Kalau habis exam semester ke, kalau nak tahu results, tak yah lah susah2 pi cari cikgu or check ngan Bilik Guru ke. Chances are Fadli dah tahu semua, dia dah siap buat analisa Gred Purata dan ranking keseluruhan batch dah. Nak tahu no berapa, sapa top student dsb nya - tanya lah Fadli. Dia ni ala2 Hermione dalam citer Harry Potter tu la..... dia pun boleh digelar pelopor betik di koleq (mcm Hermione jugak) tp tu citer lain la...

Lepas habis SPM, kitorang boleh fly awal, pi lah buat A-Levels kat satu ceruk kat Scotland ni. Tup tup tak habis terkasima mandi bogel in public lagi, SPM results pun keluar lah. Kitorang kena pakai phone dalam Housemaster's office nak call koleq.

Sorang2 keluar bilik Housemaster, mata merah berair. Ha2 kantoi SPM la tu. Aku punya simple je... bila tanya results, instead of Kak Nab (kerani kat office koleq) cakap "semua A1", dia start dengan "Agama C3".... hancus musnah lah segalanya, aku dah tak interested nak tahu pun.

Nevertheless, Fadli nya results were the best la antara kitorang ni. Dia tersangatlah sedih sbb dia pun tak dapat 10A1s. Apa nak buat, bukan rezeki.

Tapi dalam orang dok bersedih, Fadli tak pernah melupakan fardhu kifayah yang telah dijalankan selama dia di koleq - menjadi busy body menganalisa results batch.

Maka dengan selambanya dia suruh aku tolong dapatkan semua results. Aku cakap kalau dia nak dia call la koleq.

Aku ingat keazaman dia ter-lamunan terhenti di situ sahaja.

Namun tidak.

Dengan muka selambanya, dia boleh call Kak Nab mintak Kak Nab fax kan results satu batch kat dia di Scotland. Nasib baik dia disergah Kak Nab:

"Sapa nak bayar faks ni semua" - Fadli kantoi.
"Ni bukan results awak, tak leh tahu results orang lain" - pun Fadli kantoi.

Maka, berakhirlah kerjaya Fadli sebagai penganalisa batch tidak rasmi batch kitorang. Sbb koleq tak nak menghabiskan beribu ringgit bayar talian faks ke Fadli di Scotland, kitorang sampai sekarang tak tahu analisa terperinci SPM results batch kitorang. Tak tahu pun Saffarel fail subjek apa, top 20 ranking batch SPM dsbnya (don't give him ideas, nnt dia nak kumpul sekarang).

ps: Epit, jangan jadi defensive dan cuba2 cover lak...

Thursday, March 05, 2009

THAMAN THE PUNISHER

Cikgu Thaman mengajar Seni Perusahaan waktu F1-F3 untuk budak koleq yang ambil aliran tersebut. Beliau juga coach hoki koleq selain Koja.

Yang paling diingati tentang Mr. Thaman adalah signature punishmentnya:

Cubit perut (di tempat yang paling flabby) dengan cengkaman yang amat kuat dan berbisa, sambil pulas cubitan tadi sehingga 270 darjah serentak tarik pulasan tersebut sehingga menjadi McSundae.

Itulah style Thaman the Punisher.

Karya asal : I Love you Thaman

Kalau pulasan cubit tu dah pusing 270 darjah, momentum dia boleh buat badan terangkat lebih 6 inci. Lepas tu, dah takleh duduk pasal kekejangan otot perut.. sakit gile..

Belajar kat bengkel tu memang mengantuk gile la.

Karya tambahan : E99