Monday, January 07, 2013

SIAPA ID?


Iron Devil ialah salah seorang prefect Prep School pada tahun 1990,  semasa kami memakai seluar pendek putih di Maktab Melayu. ID ni daripada Batch 91, nickname dia Iron...tapi dek keganasannya ala-ala teroris Israel yang menindas penduduk Gaza, kami gelarkan dia Iron Devil atau ID. Ada juga percubaan kembangkan nama ID untuk jadi Rusty Iron Devil oleh penghuni tunggal Dorm F. Tapi tak lekat sangat. Jadi kekallah namanya sebagai ID.

Anak Pahang yang berasal daripada Mentakab ini dikenali dengan wataknya yang bengis, brutal dan ganas tak bertempat. Pemegang tali pinggang merah taekwondo, rasanya hampir semua daripada kami pernah memakan sepak terajang ID. Dorm E dan penghuninya yang terdiri daripada ahli Rumah Sulaiman mempunyai lebih banyak kenangan manis bersama ID sebab ID duduk di Cube Dorm E. Itulah yg menjadikan budak Leman hebat, hahaha...

Karakteristik ID ni yang agak prominent adalah halkumnya yang agak tersembul dan juga ketawanya yang agak unik.

Antara kekejaman ID yang sempat dibukukan (selain cerita Dorm F di atas) adalah:

Episod Asar Lambat Lagi

Episod Ja Kena Stapler

Selain itu, banyak lagi cerita yang berlaku tapi detailnya samar-samar sebab ramai yang alami brain damage dek kena sepak terajang ID. Antaranya:

1. Zahir dan Julap selalu jadi mangsa sparring ID bila dia nak practice Taekwon Do. Memang teruk la kena belasah...F4 belasah F1 kot.

2. Kalau tak salah, yang terajang Ja dalam Coomon Room pasal kes songkok lipat dan samping labuh tiru Mozni Syam FV90 pun ID jugak.

3. Satu batch kena halau keluar daripada Dining Hall sebelum sempat habiskan dinner sebab bunyi kelentang-kelentung sudu garpu berlaga tray besi pun angkara ID.

Friday, November 25, 2011

MUNIZAM DAN KISAH TELAN PUNTUNG ROKOK

Semua cikgu ada favourite student, tidak terkecuali Munizam. Antara student favourite Munizam adalah Kadaq sebab Kadaq kapten All Blacks.

Ada sekali, Kadaq dan Chibix hisap rokok kat East Wing dan telah dikantoikan oleh Munizam. Kalau orang lain dah tentu jadi kes tapi sebab Kadaq pet student dia, Munizam ajak bebudak berdua tu hisap rokok sama-sama. Yang bestnya bila dah habis hisap rokok, Munizam buang dia punya puntung rokok while Kadaq dan Chibix kena padamkan api, and then kunyah, pastu telan puntung rokok diaorang.

[*Kejadian ini diceritakan oleh Syamkimball tapi dia pun tak pasti kesahihannya. Tapi kalau betul memang legend dan priceless lah!!!]

Thursday, October 14, 2010

RIPLEY'S BELIEVE IT OR NOT - AIWA LARI 800M & MENANG!!!

"Aku masih ingat lagi dikala 1993. Aku mewakili Rumah Ahmad bersama-sama Chibix untuk acara 800m. Diikuti oleh peserta yang digeruni iaitu Toje, Hairul, Fadhil, Ein dan Mior.

Bila bunyi wisel je, straight aku pecut dari awal. Orang lain semua biarkan aku keseorangan, leading sorang sorang. Sampai 400 meter pertama, aku terus je memecut laju tanpa menghiraukan orang di belakang. masa tu Kaza 93 (Kapten Rumah Ahmad) memberi sorakan gemilang untuk Ahmad House. Ajmel Shakir pula hampir hampir membuat whellie basikal tua mengiringi larianku. Akhirnya, aku menjadi juara 800 m...(heheh itu dulu sekarang lain.)

1994 aku masuk 800 m jugak, tapi aku kalah kepada Hairul & Toje. Mungkin sebab diorang pakai spike, cengkaman rumput boleh membantu tujahan mereka.

Lagi satu citer - da sorang junior Idris (azam) batch 1995 yang offer nak masuk 1500 meter masa meeting rumah. Jasman tanya ' sapa nak masuk acara 1500 m? " budak tu angkat tangan denga kompiden " saya boleh bang, saya boleh, fikirkan boleh.! Pada temasya kejohanan, peserta peserta telah habiskan larian, tapi dia masih lagi belum menamatkan 2 pusingan. tapi takpa, dia masih yakin!!!"

- kenang-kenangan AIWA -

Friday, October 01, 2010

KAK RAMLAH - KUDE 93 RECOLLECTS

"...now whenever I heard knocking or scratching sounds at the back of my wardrobe, it always reminds me of the kejadian di Dorm 10 NH when KR nak masuk dari luar tingkap and siling dorm sambil mencakar-cakar.

Hangpa ingat lagi tak masa tu?? Ramai jugak orang dalam dorm masa tu jadi saksi..Memang real betul! Masa lepas tu lah azan terus!!"

- Kude 93 -

DOSA DAN PAHALA ACCORDING TO (DATO') KUCHAI

Cerita ini diriwayatkan oleh Ezrin.

"Kuchai was one of the last chaps yang masuk 4 Sc.2. Dia duduk sebelah aku. Penang mari. 1993.



Ada sekali aku pernah berjalan sebelah Kuchai, dari 4Sc.2 ke arah waterfall feature and then past 4 Sc.3 towards the main gate. Masa tu baru habis prep malam.


Aku berjalan dengan Kuchai. Ada seorang Hamba Allah sebelah aku. Hamba Allah sebelah Kuchai tanya...


Hamba Allah: Kuchai, caleng ni boleh ke?


Kuchai: Kalau ianya mengelakkan dari zina, maka boleh.


Hamba Allah: Eh boleh?


Kuchai: Malah dapat pahala lagi.


Ezrin: Eh tak dapat dosa ke?


Kuchai: Dapat dosa pun dapat juga. Dapat pahala pun dapat juga.


Ezrin: Oooo....kira neutralise ka? (+) plus (-) kira neutral?


Kuchai: Eh tak! Dia bukan kira neutral. Dia kira: dosa dapat, pahala pun dapat.


Ezrin: ????"

Monday, September 27, 2010

KAK RAMLAH - GADAP RECOLLECTS

Gadap mengenang kembali encounter dengan KR. Ini first hand account, bukan hearsay. Dan Gadap juga adalah eye witness to most of the strange happenings.

"Kisah start tahun 90 di Prep School bilamana ada ahli batch kami mula berhubungan dgn jin dipanggil 'Kak Ramlah' aka KR. KR claim dia mangsa langgar lari depan Prep School.

Lepas dah berkawan ngan KR, keadaan jadi tak terkawal bila KR start menjelmakan diri mengakibatkan beberapa mangsa yang nampak terpaksa berhenti dari MCKK. Keadaan jadi lebih teruk bila KR mula start mencekik orang dan mengganggu semua orang. Bahkan KR mengeluarkan senarai nama org2 yang ingin di bunuh.

Kekuatan KR menyamai 10 orang lelaki berdasarkan pengalaman saya dan rakan-rakan menahan pintu yang ditolak KR ketika kami cuba mengepungnya. Dorm kami ketika itu dipasang dengan alunan ayat quran sepanjang malam. Jika terhenti walaupun seminit, maka KR akan mula bertindak. Lebih sulit bila KR kadang2 bertindak pada waktu pagi. Hampir setiap malam kami semua terpaksa tidur di surau beramai-ramai untuk menjaga keselamatan. Kadang-kadang warden-warden, ustaz-ustaz dan Pengetua turut melawat kami di surau. Prefect Prep School 90 (Comang 90, Jril 90, Puyeng 90, ID (Iron 91) & Ashraf 91) paling banyak berhadapan dengan saat-saat getir.

Panjang lagi cerita ni dan berlarutan sehinggalah kami masuk ke New Hostel pada tahun 91. Saya agak malang apabila dua tahun berturut terpaksa sama dorm dengan mamat yg berkawan dgn KR. Tapi mamat tu sekarang dah jadi org berjaya.

Peristiwa ini memberi kesan amat mendalam kepada seluruh ahli batch termasuk kesan kepada kesihatan mental...hahahaha. Tapi kesan positif drp peristiwa itu, ramai yg hafal surah yassin dan Islam subur mekar dalam majoriti ahli batch sehingga sekarang."

Tuesday, June 22, 2010

TENUNG SENDIRI PUNYA

Kejadian berlaku masa Form 2 kat surau New Hostel sewaktu tgh tazkirah atau sessi soal jawab agama. Soalan berkenaan aurat.

Pemberi tazkirah sedang menerangkan tentang "Tiada aurat antara suami isteri."

Lalu Kalai bertanya (mafhum): "Apakah hukumnya kalau kita tenung kemaluan sendiri?"

PS - aku takpasti kalai guna perkataan apa, tapi aku rasa "tenung" atau "tengok dalam jangkamasa yang lama" - tapi bukan sekadar "tengok" sebab aku dan para hadirin memang merasakan soalan itu amat pelik. Pelik sebab kenapa nak tenung or tengok lama-lama barang sendiri.

PPS - aku tak ingat apa reply pentazkirah tu bagi.

-diriwayatkan oleh Pya, E70-