Showing posts with label Swimming Pool Collection. Show all posts
Showing posts with label Swimming Pool Collection. Show all posts

Sunday, July 23, 2006

Pool Party

Walaupun slalu tak tido mlm, lambat gi sekolah, tido kat prep dan lain2 perkara kemalasan, entah mengapa, batch 94 ni rajin la pulak bangun semayang subuh kat masjid atau saod pada pagi ahad. Kita slalu mulakan hari ahad dgn ceria untuk menghabiskan saki-baki weekend. Salah satu aktiviti pagi ahad ialah mandi ramai2 di swimming pool.

Masa 93, kita slalu buat aktiviti ni, ramai (batch lain) tak tau sbb ramai tido je pagi ahad. Kita lak duk berparti di swimming pool pagi ahad. Piker2 balik mcm geng mafia berkumpul mcm dlm"Donnie Brasco" sbb ada byk karektor boleh dilihat disini. Ada yg duk termenung je kat tepi, ada 2-3 org duk borak sirius mcm ada plan rahsia, tapi selebihnya mcm beruk la.

So ada satu pagi tu seperti biasa kita berkumpul la kat swimming pool. Semuanya batch kita je kat situ. Tiba2 dari jauh ternampak adalah sorang manusia terkinja2 berlari dgn towel ala2 superman dari west wing menuju ke swimming pool. Sampai di gate swimming pool dia pun jerit dgn gembira....

"Wei blah la korang....apsal tak ajak aku......"

Suasana sunyi sepi tiba2. Orang itu adalah mile-8993. Dia juga ternganga bila melihat dia dikelilingi 9094 sahaja. Dalam keadaan hubungan 8993 & 9094 yg dingin itu, semua serba salah tak tau nak cakap apa. Nak ajak dia join skali pun segan jugak. So dia pun terus berjalan ke toilet swimming pool tanpa berkata apa2. Tak lama lepas tu nampak kelibat seseorang panjat gate belakang swimming pool dan balik ke west wing.

nota,
  • gambar swimming pool dari KNO's Fotopage
  • aku tak ingat sebenarnya sapa, tapi rasa2 cam betul kut
  • dia cool actually, tapi sbb hubungan dingin antara batch + kedatangan mengejut tu jadi kelakar la pulak
  • ya, aku kadang2 mmg tak gi training basketball ari ahad.....dan juga beberapa hari lain

Friday, June 30, 2006

Collect Duit

Suatu hari di oldboys weekend,
Terkenang daku pada si dia,
Kisah itu kisah yang lama,
Kisah wong yang pandai gila....

Malam old boys weekend, event kutip duit syiling dalam swimming pool.

Wong/Pengakap Raja :
"Kita wat group ah, kita pakat amik sama-sama, pastu kita kumpul ah duit, tapi korang make sure kutip duit dalam swimming pool banyak2, at least kena dapat RM 2 sorang"

Awie : ditugaskan mengutip duit yang korang collect. Dia takde swimming trunk.

Aiwa/Ja/Wong = tukang cari duit dalam air.

Pemerhatian : Advantage group ni
  • Wong boleh pergi jauh (paling berpotensi sebab dia Pengakap Raja - dijangka dapat mengumpul RM5++)
  • Aiwa pun boleh collect sebab dia orang Sabah (Bajau Laut) berpengalaman kutip mutiara di dasar Laut Sulu
  • Ja mempunyai potensi yang tidak terhad pun boleh sebab swimming trunk dia ada buckle dan dia adalah 'Man from Atlantis' (refer swimming pool col. I)
  • Awi ada kat atas tunggu duit sambil survey kordinat syiling2 dlm air
Keputusan Collection:
  • Aiwa = RM 3++ (cukup syarat)
  • Ja = RM 2++ (cukup syarat)
  • Wong = RM 0.20 (hampeh)
Duit kutipan tidak jadi dikongsi kerana kutipan wang yang diwar-warkan oleh Tony Wong sangat-sangat tidak memberangsangkan. Beliau disabitkan kesalahan dan didenda keluar town/courrier/fly pegi stesen untuk beli nasik. Akibatnya, dia dikejar anjing semasa keluar membeli nasi kitorang.

Bila Tony Wong dah sampai dalam kul 3 pagi (dahla kutip 20 sen je, lambat lak tu) dia kejut kitorang yang letih ni (especially Ja) untuk makan nasik goreng.

Keesokan harinya didapati Ja telah tidur di atas nasi yang bertaburan di lantai dan tilam bersama telur goreng di dahi. Dia tertidur ketika makan nasik.

- from aiwa's recollection

p.s -
Sebelum terjun, old boy announce

"Duit telah ditabur...."
CEBUSSSS!! <---aiwa terjun dulu. (actually ada org tolak dia) Pastu semua orang jerit kat aiwa suro naik semula. Member terkial2 panjat tebing. By the time dia naik semua orang lak terjun. Tapi at least dia kutip lebih dari 2 ringgit.

Make Sure Warm Up Dulu

Di suatu hari , sambil Wong warm up gila-gila kat tepi swimming pool, dia marah orang tak warm up. Aku, Awi & Ja dah terjun dulu dah. Dah mengilai-ngilai dalam kolam.

"Hoi ! Warm up la dulu. Nanti krem kang, padan muka !"

Tak lama selepas itu dia krem dulu. Tak pasal2 kitorang kena stretchkan kaki dia.

- from aiwa's recollection

Man From Atlantis (orang seberang baruh)

Di suatu sudut swimming pool, Kelihatan Jasman yang begitu macho seperti MAN FROM ATLANTIS. Beliau sebelum tu mengakui jari jemarinya mempunyai selaput seakan-akan kaki itik serati tetapi telah dirahsiakan oleh beliau takut-takut identitinya terbongkar.

Pada mulanya kami (aiwa, wong dan awie) tidak mempercayainya namun dengan nada yang tegas, beliau berkata "Kawan-kawan! tengok apa yang aku nok buat !"

Lantas, dia menunjukkan skill menyelam dan berenang gaya hero tersebut. Akhirnya dia timbul ke permukaan air dengan gaya slow motion dari dasar swimming pool dengan keadaan gigi dan hidung berdarah akibat pelanggaran pada lantai swimming pool.

- from aiwa's recollection

p.s - Gaya berenang man from atlantis adalah menyelam/berenang stail dolphin. Guna pinggang je. Ja telah membuat aksi ini dgn bersunggoh2 sambil pejam mata sehinggalah ke dasar kolam.