Showing posts with label Cerita Pengakap. Show all posts
Showing posts with label Cerita Pengakap. Show all posts

Wednesday, January 16, 2008

Kisah Sembilan Pengakap - Siri Kem Mengembara "SURVIVOR BOTA"



Batch kitorang merupakan second batch (first batch, batch 93, ainan, neno, amirul dgn sape lagi sorang ek, aku lupa) koleq yang setelah sekian lama ketandusan King Scout, at last dapat gak wakil koleq untuk meneruskan tradisi King Scout Kumpulan Pertama Kuala Kangsar. Time tu katanya, (perawi : Cikgu Yatex Scout.. budak scout mesti kenal dia ni, diva scout kuale) last koleq dapat produce King Scout masa 80's.. so, dengan semangat once a scout, always a scout, kitorang pun bertekad, apa pun terjadi, mesti gak dapat king scout ni..


Sebelum pentarafan, time tu kena pergi kem mengembara kat bota selama tiga hari dua malam. Camping tepi sungai, bukan dengan ponco atau tent macam sekarang ni. ini macam jungle survival laa.. buat khemah dengan bahan hutan.. Selalu diorang pakai daun keladi macam gambar yang sebelah ni, atau anyam daun kelapa atau nipah buat atap.

Atas kecerdikan budak koleq yang selalu eksen tak nak sama dengan lelain, kitorang (fudul, wong, ja, kno, aku, rembelta, jita, mattop dan awie) memilih untuk menggunakan buluh yang dibelah dua dan disusun bertangkup antara satu sama lain untuk dibuat atap khemah. Akan ada ujian nanti sama ada atap tu kalis air atau tak. kalau bocor, consider gagal dan terpaksa la amik test next year nanti. rupa-rupanya, bila buluh tu kering, dia akan mengecut, dan akan ada rongga di antara buluh-buluh tu.. Awal-awal tu memang gelabah puyuh gak la.. tapi, dengan kepakaran wong yang panjang tangan dan jari, daun-daun keladi lebihan sekolah-sekolah lain kitorang recycle secara sistematik.. siap passing-passing antara khemah masa nak test malam tu hahaha!

next post : ja & awie nyaris terbunuh...

Monday, July 03, 2006

Boleh Dipercayai

Ada satu ujian sekaut tu kena mengembara ke satu tempat ni. Tempat yg dituju tu adalah Sekolah Menora. Pelbagai cerita tentang Menora ni yg dikatakan tempat lepak pontianak. Jadi pada hari itu dari Sayong kitorang pun berjalanlah pakai poncho kadet dgn kayu ala-ala hobbit.

Pelbagai halangan ditempuhi, hujan lebat dll. yg asyik melambatkan kitorang. Maka timbullah perasaan semacam tentang Menora ini. Sampai di Menora kena tidur. Takde cikgu jaga. Sebelum cikgu blah, diorang sempat pesan kalu dengar apa2 buat tak tau je. Oleh kerana tempat ni dah horror sangat, kitorang dibenar tidur dlm kelas.

Nak jadi cerita, mat top nak kencing. Tandas ada kat hujung blok dekat dgn pagar tepi hutan. Sebagai rakan sekaut, aku pun temankan la mat top. Bila mat top dah masuk toilet, aku pun apa lagi, kunci la pintu dari luar sambil gelak setan. Sedang kecoh2 tu tiba2 je ada benda langgar bahagian atas pokok. Suasana sepi sekejap.

Maka, tanpa mengira kawan, aku pun angkatlah kaki melarikan diri meninggalkan mat top meraung2 dlm toilet. Pastu kitorang ramai2 gi rescue mat top.

Kami tidak bertegur sapa lagi semenjak kejadian itu. Sebagai membela diri, aku lari sebab aku ada kat luar. Mat top selamat la dia duk dlm toilet. Aku dah siap kunci dah.

Saturday, July 01, 2006

Jangan (lupa) Pandang Belakang

Ada satu hari Selasa tu, lepas ko-q, kelihatan 3 org sekaut berjalan ke dining hall utk tea selepas tamat aktiviti sekaut. Salah seorang darinya adalah, Tony Wong. Sambil berjalan, dia bercerita sambil mengutuk/ngumpat seorang junior setahun dari kita. Aku tak ingat sapa. Antara benda yg wong duk kutuk adalah,
  • tak ensem
  • muka buruk+muka nak nangis
  • gelap (aku rasa budak tu lagi cerah dari wong)
  • rambut kerinting mcm org asli
  • dan hampir semua keburukan manusia ada dia kutuk kat budak tu...
Pastu aku rasa cam ada aura kat belakang aku, bila aku pusing rupanya budak yg wong duk kutuk ni ada jalan kat belakang kitorang je. Aku bagitau la kat wong, bila pusing je wong terkejut beruk la, pastu...

Dalam situasi gini kita dah patut rasa nyesal la kan, sori ke apa ke....oh tidak bagi Tony Wong, dia melompat pastu gelakkan kat muka budak tu mcm dia gelakkan pai & hantu sekeping, pastu dia cabut lari sambil kedengaran sayup-sayup suara dia mengilai-ngilai.

Friday, June 30, 2006

A Scout's Honor

9 Ultraman
-from kno's fotopage-

Untuk mendapatkan King Scout, kitorang kena pegi camp yg final, pentarafan. Actually ada 10 orang asalnya. Seminggu sebelum pergi dah kena torture, siapkan buku log, study & macam2. Kitorang kena potong semua buluh2 dulu, kira mcm pre-assembled, tipu sket ah. Orang lain pun wat camtu gak sbb impossible nak wat semua kat sana. So sampailah ke mlm terakhir sebelum bertolak utk camp tu. Semua dah takde semangat nak pergi, sebab dah penat sangat dan kitorang ada masalah besar. Buluh tak cukup!

Tiba-tiba je dlm kul 3-4 pagi, tan cakap dia give-up. Semua terkejut, sebab ni dah last ni, lagi sket je nak dapat king scout. Tapi dia give-up jugak. Aku pun terpikir nak give up jugak, sebab aku dah start demam.

But then tan bangun, dia bahagikan buluh2 dia sama rata, dia tak balik gi berehat, dia tolong kitorang potong buluh tu, pack kan barang, hantar kitorang kat camp. Dia & champ datang tiap2 hari kat camp hantar supply kat kitorang. Dan buluh2 yg dibagi tan telah menyelamatkan kitorang dari fail.

Unknown by many other, for us king scout 94, will always owe him a debt of gratitude and honoured him as a true scout. Seperti dalam persetiaan pengakap, "...menolong orang pada setiap masa" dan pada mlm itu dia telah membuktikannya melampaui kehendak dirinya.(wah, ayat apa ni)

thanks...
(feylong lak cerita nih...ok gak masukkan cerita feylong)