Wednesday, May 20, 2009

Hadith 'Metallica' Jures

Ini lagi satu cerita pasal Jures yang disampaikan oleh EZ.

Jures adalah AJK BRU. Tapi dia suka juga dengar muzik rock.

Antara unique traits Jures masa Form 4 / Form 5 ialah kesukaannya sambil pakai songkok dan kain pelekat, sambil dengar Metallica with earphones and walkman.

Pada satu hari, memandangkan aku ni kuat main muzik dan dengar muzik, dan nak juga ambik tau apa hukum hakam bab-bab jadi rockers ni, dan memandangkan ada Ustaz Jures depan aku sambil memakai walkman, aku pun tanyalah Jures:

Ezrin : Boleh ke kita dengar Metallica semua ni ?

Jures jawab dengan pantas memegang walkman dalam genggaman tangan dan earphones dalam telinga, sambil berjalan laju, tergesa-gesa aku pun tak tahu sebab apa, tapi dia masih luangkan beberapa saat untuk menjawab kemusykilan aku:

Jures : Sebenarnya tak boleh, tapi aku tengah cari Hadith untuk mengatakan bahawa ianya BOLEH..."

Memang Jures memahami jiwa remaja rockers grunge.

CERITA PASAL NAMA JURES

Rupa-rupanya nama si Jures ini pernah diragukan kesahihannya.

Mafhum:

Jures ni nama yang cukup unique. Macam nama aku gak. Pernah
ada satu cerita macam ni. Tak salah aku pelopor conversation-nya ialah Zain
Ozear (Form Four Baru) yang pernah mempersoalkan, "Apa lah korang ni. Mak dia dan bapa dia bagi nama elok-elok, korang (form four lama) panggil dia "Jures". Panggil lah nama proper dia."

[?]

Perawi : EZ