Salah satu fvourite past time masa zaman kami di koleq adalah ponteng prep. Untuk para pengawas yang ada kiub, nak ponteng prep amat mudah. Hanya kunci kiub dari luar dan lompat masuk melalui tingkap. Dan buatlah apa dihajati. Ini satu daripada keistimewaan (tidak bertulis) jadi prefect.
Walaupun begitu, ada juga yang bukan prefect yang menumpang keistimewaan ini, samada dengan izin ataupun sebaliknya. Hubungan baik antara ahli Class of 94 memungkinkan fenomena ini terjadi. Jadi salah seorang yang selalu gunapakai keistimewaan ini adalah Noorulzaman a.k.a Zaman.
Noorulzaman selalu ponteng prep & lepak dalam kiub Mpro kat Dorm 10. Kadang-kadang dengan izin tapi selalunya secara haram . Jadinya, dia selalu hilang waktu prep malam. Akibat kekerapannya, warden-warden dah mula perasan kehilangan beliau. Antaranya termasuk Cikgu Sabri a.k.a Sabre Rider.
Satu malam, Noorulzaman ponteng & lepak kiub Mpro lagi. Sabre on duty malam tu.
Sampai kat Kiub Mpro, Sabre ketuk tingkap. Zaman diam. Sabre ketuk lagi. Zaman membisu lagi. Sabre ketuk lagi. Zaman tetap tak bagi jawapan. Akhir sekali, Sabre kata, "Noorulzaman, saya tau awak kat dalam!!!"
Zaman tetap tak menyahut sampai ke sudah, hahahaha...Sabre akhirnya putus asa dengan kedegilan Zaman dan berlalu pergi.
p/s: Noorulzaman dulu bukan macam Noorulzaman sekarang. Noorulzaman sekarang dah alim...Dia dagh bertaubat atas dosanya yang lalu :)
Friday, February 20, 2009
Saturday, February 07, 2009
Nampaknya dia sudah lari.....
Amin… amin..amin… Suara jemaah masjid memecah kesunyian solat Jumaat di masjid Ridzuaniah 1992. Tetapi dalam kekhusyukan jemaah yang meng Aminkan doa termasuklah pelajar-pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar, terdapat beberapa pelajar yang telah melangkah gagah tanpa mempedulikan doa yang dirayu imam.
Di benak fikiran mereka , hanyalah beberapa butir bebola ikan yang tenggelam timbul di arus sup yang berada di mangkuk milamin besar berwarna biru. Suara suara hati yang tamak haloba, membayangkan kunyahan-kunyahan bebola ikan yang empuk tanpa memikirkan kawan-kawan yang pernah ber unite dengan mereka suatu masa dahulu.
Apabila kawan-kawan yang lambat sampai ke dining hall, mereka hanya mampu menghirup kuah fishball sambil diperhatikan oleh mata-mata nakal yang tamak haloba menyorokkan bebola ikan di balik nasi yang bertimbun. Apabila ditanya oleh rakan yang kempunan, dengan nada yang lemah menyatakan juga mengalami ketiadaan bebola ikan walaupun di dalam mulut dan poket baju melayu masih ada bebola ikan. “Epit, satu ni je yang aku dapat” orang lain mana ntah yang amik fishball. Apa la diorang!!…. Cuba lagi minggu depan ye….”
Walau bagaimanapun, kaki-kaki egois yang melangkah keluar dari masjid bukan sahaja diperhatikan oleh rakan-rakan seperjuangan yang hiba dan kempunan bebola ikan, bahkan ia diperhatikan oleh sepasang mata yang menyorot ganas iaitu seorang pengawas.
Mungkinkah pengawas berkenaan mempunyai kisah lampau terhadap bebola ikan atau fishball ?
Jawapannya terjawab semasa hari Jumaat malam semasa akhir high table diadakan.
“Nama-nama berikut dikenakan DC kerana keluar awal dari masjid..” Kunyahan-kunyahan rakus oleh seorang form 3 terhenti seketika. Debaran semakin kuat apabila nama-nama pesalah dibaca satu persatu…
“Bla..bla..bla..JASMAN HASSAN!!!!”.
Akhirnya bibir mulut seorang pengawas bertugas telah menyatakan nama form 3 berkenaan dengan lancar. Semua mata pelajar tertumpu ke arah Jasman..
Masa inilah kawan-kawan baik dicari untuk mencari jalan keluar daripada hadir di depan perhimpunan pada hari Isnin nanti. Sesungguhnya berdiri di depan perhimpunan di hadapan jambu adalah pantang buat anak muda Terengganu ini. Reputasi baiknya sebagai pelajar kesayangan oleh guru dan pelanggan koperasi KMKK akan tercalar sekiranya ia berada di hadapan guru dan jambu jambu kerana kesalahan DC.
(DC = detention class. Adalah kesalah berat yang dikenakan oleh pengawas. Nisbah 1 DC bersamaan 3 confinements. Tambahan kesalahan DC adalah menggolek steamroll di padang hoki new hostel. Malulah kalau junior tengok senior menggiling steam roll)
Plan A hingga plan C telah dirancang oleh rakan baiknya yang sentiasa bersungguh dalam arena-arena yang tidak berkaitan dengan kebaikan. Ketepatan masa, pengalaman cetek, fail sulit dan keberanian telah mengajak seorang lagi pengiring untuk Ja membebaskan diri dari hadir perhimpunan di dewan Hargreaves. Seorang form 3 new hostel yang bermuka baik tapi perangai cam setan juga bersetuju untuk menghantarnya pulang menjadikan pengiring jasman sebanyak 2 orang.
Pada Ahad malam Isnin, selepas dinner, taktik melambatkan masa untuk pegi ke prep telah sengaja dilakukan oleh ketiga-tiga mereka dengan melepak di dorm masing-masing. Setelah memastikan semua pelajar pergi ke prep malam, operasi telah bermula.
BUKKKK!!! Beg balik kampung telah dilontar dari dorm 7 overfloor ke senior common room. Yang menanti di bawah adalah dua orang rakannya yang hanya mengangguk-angguk tanda masanya telah tiba. Dengan pakaian serba hitam dan berseluar celoreng, mereka pun bertolak ke arah dessert dengan langkah cepat tetapi berhati-hati. Setelah sampai di pagar bersebelahan dessert dan padang hoki, mereka mula memanjat pagar dan kawat berduri. Hikmat meringankan badan ala-ala Ji Fatt sememangnya berguna pada zaman dahulu. (Kalau zaman sekarang, memang confirm la ada yang kena sula dengan kawat berduri pagar tu)…
Mereka pun menuju ke stesyen keretapi melalui jalan belakang yang jaraknya lebih kurang 4 km dari panggung wayang Rex. Denai dan bukit telah mereka turuni disusuli dengan salakan anjing yang nyata meresahkan mereka. Tak apalah, demi setiakawan ataupun demi malas nak pegi prep malam, mereka meneruskan misi mereka menghantar Ja pulang ke kampung menaiki keretapi. Pada jam 930 malam, mereka pun telah tiba ke stesen keretapi dan akhirya berjaya menghantar jasman pulang…
“Terima kasih Aiwa, terima kasih Fitt sebab susah-susah hantar aku pulang.” Sama-sama balas mereka dengan nada bangga. Misi balik ke east wing dan new hostel dilaksanakan juga dengan lancar tanpa gangguan dan tangkapan. ..
"biarlah derita ini ku tanggong sendiri...terima kasih kawanku.." - catatan diari
Pada keesokan harinya, kelihatan Cikgu Azizam mengumumkan nama-nama pelajar yang dikenakan DC.
“Nama-nama berikut dipersilakan ke hadapan kerana telah dikenakan hukuman DC ."
“Bla bla bla.. JASMAN HASSAN……."
"Emmm….JASMAN HASSAN!!!"
"Err…..JASMAN HASSAN!! Oh..nampaknya dia sudah lari ye…”
Cikgu cikgu kehairanan kerana Jasman Hassan tidak ada pada hari yang ditunggu-tunggu. Dalam dewan tersebut, semua pelajar mencari-cari ke mana Jasman telah pergi… Hanya 2 orang pelajar sahaja yang hanya mengukir senyuman menandakan misi mengarut mereka telah tercapai….hehehe.
Gambaran artis wajah pesalah yg diedarkan ketika operasi man-hunt dijalankan. Gambaran ini dibuat jika pesalah tersebut tidak dijumpai sehingga 30 tahun selepas kejadian.
Kepada adik-adik yang masih bersekolah Kolej Melayu atau TKC atau sekolah-sekolah yang lain,
"please don’t try this at your hostel. If you try it, you will make me angry. I don’t want to make me angry because I will be hungry. And when I am hungry, you don’t know what I am capable of..” - ex-Set-E mckk.
ditulis olih : aiwa
ed.'s note : Selamat kembali jasman hassan. Janganlah lari lagi.
Subscribe to:
Posts (Atom)