Thursday, March 18, 2010

Bagaikan Wong Mendapat Parang

Once upon a time, ada la satu hari tu ada buat gotong royong. Ahli rumah Mohd Shah pun sibuk la mengemas kawasan PV. Kebanyakan org buat la kerja bersihkan PV tapi ada pula yg rajin gi menebas lalang sampai ke court tenis buruk sebelah smiwing pool tu.

Nak dijadikan ceritanya, wong dikurniakan parang utk gi menebas. Tapi rasanya dia amik sendiri kut parang tu kat scout's den. Hmm..pikir balik rasanya takde pun cikgu suro tebas lalang. Lagipun sapa yg sewel bg wong parang, wong + benda tajam = resipe for disaster

Seterusnya dia mengabiskan masa beberapa jam mengasah parang tersebut. Dari pagi sampai ke tgh hari, mengasah je la kerja dia, kalau dia asah belakang parang tu dah lama dah jadi tajam. Ramai kawan cuba tegur tapi beliau adalah wong.

Rule of Wong #1 - wong is always right

Dan akhirnya siap la parang tu kena asah. Tajang doh !, kata beliau. Pastu ada yg gatal mulut buat2 doubt parang tu tajam. Dok caye mari kita try...ujar beliau sambil mengajak geng mulut gatal itu menuju ke arah court tenis buruk tu.

Rule of Wong #8 - wong pantang dicabar (#2-#7, sama spt #1)

Maka tibalah mereka di sebatang pokok kelapa apa jenis tapi katik, tak tinggi la. Sambil melibas-libas angin, dia jamin parang ni boleh belah pelepah nyior tu sampai putus dgn skali libas. Begitulah tajamnya parang itu. Sampai berpeluh dia duk mengacah parang. Kalaulah pokok nyior tu ada kelenjar peluh, dah basah kuyup atas bawah.

Akhirnya wong bersedia, lalu mengambil posisi utk melibas. Dia mengumpul tenaga dan kemudianya dgn satu nafas....Yaahhhh! full swing, skali pandang mcm hikmat bulan sabit.

Thukkk!....gagal...wong telah gagal. Parang tu boleh potong separuh jalan je, tersangkut kat pelepah tu. Hahaha, tawa mereka ramai2 kpd wong.

Heinrich’s Domino Theory states that accidents result from a chain of sequential events, metaphorically like a line of dominoes falling over. When one of the dominoes falls, it triggers the next one, and the next…but removing a key factor (such as an unsafe condition or an unsafe act) prevents the start of the chain reaction.
Rule of Wong #9 - Never,... ever laugh at wong in the face

Wong + objek tajam + unsafe act (gelakkan wong) = ultimate disaster. Sambil ketawa kecil dan berlagak cool, dia menarik parang itu dan katanya dia tak swing full power tadi. Tapi wong kalau dah mata terjegil dgn hidung kembang kempis tu, kira mcm nak jadi hulk la. Dia nak swing skali lagi, kali ni nampak lebih bersungguh2, tadi tu bersungguh2 jugak tapi yg ni lg bersungguh2. Sungguh pong..

Dgn nafas yg lebih panjang dan muka bengis, dia pun hayun parang tu sekuat hati...



Zassss !!




























Sila rujuk kepala lutut anda (pembaca). Bengkokkan kaki, nampak kulit lutut tu stretch. Pastu bila straight-kan kaki kulit dia kedut. Jadi pada hari tu aku telah melihat imej yg amat dahsyat bilamana wong straight kan kaki dia kat koridor PV selepas diusung org ramai. Ianya kelihatan seperti satu takungan dgn darah membuak2 keluar dari lutut tu. F.U wong, berbelas tahun berlalu, aku masih ngilu.....


...aku kata doh, tajang...




Thursday, March 04, 2010

HAFIZ, AWAK BUAT APA KAT SINI?

Aku ni takde la cemerlang sangat masa kat Koleq, terutamanya dalam bab-bab akademik ni. Ini fakta yang semua orang tau la. Selalunya, kedudukan dalam kelas tu memang kecorotanlah. Exam pun selalu cukup-cukup makan je. Terutama Subjek Maths dan Sains. Dah study tungging terbalik pun, masih tak boleh score juga. Tapi kat belakang aku ada lagi 4,5 orang, hahaha.

Tapi, teruk-teruk macam mana pun, masa F2 & F3 aku masih dapat kekal dalam kelas PK1.Satu kelas dengan Ruff, Fadli dan yang lain-lain yang memang handal bab-bab belajar ni.

Kejadian ni berlaku masa kita naik Form 2 dalam Science Lab. Waktu tu Cikgu Halizah Bidin masuk untuk mengajar kelas Form 2. Setelah selesai bagi salam kat cikgu dan semua dah duduk, Cikgu Halizah scan muka sorang-sorang. Alih-alih, bila sampai kat aku, dengan muka penuh kebingungan dan takjub, seolah-olah satu keajaiban berlaku, Cikgu Halizah seraya dan selamba bertanya , "Hafiz!!! Awak buat apa kat sini?"

Cesss. kecik hati aku.

Nota bongkak: Aku dapat 7A1, 1A2 masa SRP. A2 tu untuk Maths. Merasa la gambar aku terpampang kat foyer setahun. Tapi itulah kali terakhir aku rasa aku pandai.Sampailah sekarang ni.