Thursday, October 14, 2010

RIPLEY'S BELIEVE IT OR NOT - AIWA LARI 800M & MENANG!!!

"Aku masih ingat lagi dikala 1993. Aku mewakili Rumah Ahmad bersama-sama Chibix untuk acara 800m. Diikuti oleh peserta yang digeruni iaitu Toje, Hairul, Fadhil, Ein dan Mior.

Bila bunyi wisel je, straight aku pecut dari awal. Orang lain semua biarkan aku keseorangan, leading sorang sorang. Sampai 400 meter pertama, aku terus je memecut laju tanpa menghiraukan orang di belakang. masa tu Kaza 93 (Kapten Rumah Ahmad) memberi sorakan gemilang untuk Ahmad House. Ajmel Shakir pula hampir hampir membuat whellie basikal tua mengiringi larianku. Akhirnya, aku menjadi juara 800 m...(heheh itu dulu sekarang lain.)

1994 aku masuk 800 m jugak, tapi aku kalah kepada Hairul & Toje. Mungkin sebab diorang pakai spike, cengkaman rumput boleh membantu tujahan mereka.

Lagi satu citer - da sorang junior Idris (azam) batch 1995 yang offer nak masuk 1500 meter masa meeting rumah. Jasman tanya ' sapa nak masuk acara 1500 m? " budak tu angkat tangan denga kompiden " saya boleh bang, saya boleh, fikirkan boleh.! Pada temasya kejohanan, peserta peserta telah habiskan larian, tapi dia masih lagi belum menamatkan 2 pusingan. tapi takpa, dia masih yakin!!!"

- kenang-kenangan AIWA -

Friday, October 01, 2010

KAK RAMLAH - KUDE 93 RECOLLECTS

"...now whenever I heard knocking or scratching sounds at the back of my wardrobe, it always reminds me of the kejadian di Dorm 10 NH when KR nak masuk dari luar tingkap and siling dorm sambil mencakar-cakar.

Hangpa ingat lagi tak masa tu?? Ramai jugak orang dalam dorm masa tu jadi saksi..Memang real betul! Masa lepas tu lah azan terus!!"

- Kude 93 -

DOSA DAN PAHALA ACCORDING TO (DATO') KUCHAI

Cerita ini diriwayatkan oleh Ezrin.

"Kuchai was one of the last chaps yang masuk 4 Sc.2. Dia duduk sebelah aku. Penang mari. 1993.



Ada sekali aku pernah berjalan sebelah Kuchai, dari 4Sc.2 ke arah waterfall feature and then past 4 Sc.3 towards the main gate. Masa tu baru habis prep malam.


Aku berjalan dengan Kuchai. Ada seorang Hamba Allah sebelah aku. Hamba Allah sebelah Kuchai tanya...


Hamba Allah: Kuchai, caleng ni boleh ke?


Kuchai: Kalau ianya mengelakkan dari zina, maka boleh.


Hamba Allah: Eh boleh?


Kuchai: Malah dapat pahala lagi.


Ezrin: Eh tak dapat dosa ke?


Kuchai: Dapat dosa pun dapat juga. Dapat pahala pun dapat juga.


Ezrin: Oooo....kira neutralise ka? (+) plus (-) kira neutral?


Kuchai: Eh tak! Dia bukan kira neutral. Dia kira: dosa dapat, pahala pun dapat.


Ezrin: ????"