Wednesday, September 13, 2006

aku menangis kerana PETRONAS yang kusayangi

tatkala harga minyak dunia melambung tinggi,
ku ingat ini berita gembira duniawi,
kerna negaraku minyaknya kaya sekali,
namun kegembiraan ku terhenti disini,
bila terpaksa membeli dgn harga yang tinggi,
aku menangis kerana PETRONAS yang kusayangi,

aku bangga dalam senyap sendiri,
bila hasil minyak negara mampu berbakti,
menaja insan pilihan pertiwi ,
menuntut ilmu kemana sahaja yang diingini,
tapi kini tawaku terhenti,
bijak pandai tajaan entah ke mana pergi,
aku menangis kerana PETRONAS yang kusayangi,

cambah jurutera, ramainya sarjana seri,
bangsaku kini bukan calangan lagi,
ku tunggu mereka menabur bakti,
agar negaraku mampu berdikari,
tapi impianku tidak menjadi,
jangankan berbakti mereka terus diam menyepi,
hasilnya yang untung bukan sendiri tapi israeli,
aku menangis kerana PETRONAS yang kusayangi,

aduh kasihan sekali bangsaku yang bijak bistari,
imbuhan diberi untuk diam menyepi,
jangan sekali mendedahkan bukti,
biarlah harta negara diboloti SCOMI,
asal saja cukup bulan gaji diberi,
apa nak jadi jangan peduli,
aku menangis kerana PETRONAS yang kusayangi,

bulan puasa menjelang lagi,
aku menanti bukannya hari aidilfitri,
tapi iklan di TV yang menyentuh hati ,
tiap tahun aku manangisi,
iklan yang cukup memberi erti,
berbalar kesan kepada sanubari,
aku menangis kerana PETRONAS yang kusayangi lagi.

ABU USAMA...

p/s Nukilan ketika tengah berak.

2 comments:

R33F said...

nice one abu usama.. keep it up..

Anonymous said...

good one.. kalau petronas tak messed up mesti lagi banyak royalti die boleh bayar kat govt.