Ini adalah permandangan biasa pada pagi ahad di dorm 7. Suasana hening dan nyaman amat menyelerakan penghuni dorm 7 untuk membuta.

....tetapi hari ini bukan hari ahad yg biasa. Walaupun hari ahad yg lain juga ada prep pagi, tetapi hari ahad ini agak berlainan. Julia dapat menghidu sesuatu yg buruk akan berlaku. Suatu bentuk pembalasan akibat tidak pergi prep pagi. Dengan tidak semena-mena, sepasang kaki menjejak ke dorm 7. Julia terasa aura yg kejam menyelubungi dorm 7. Dia seakan mengenali pemilik kaki tersebut kerana beberapa minggu sebelum ini, penghuni dorm 7 sering menyebut2 tentang seorang warden yg berbentuk S jika dipandang dari sisi.

Ketika penghuni dorm 7 lena diulik mimpi, warden ini mula mengumpul tenaga luar & dalam untuk mengerjakan ahli mimpi dorm 7 ini. Dengan tiba-2 warden tersebut mencapai julia lantas melibasnya ke dinding sehingga pecah seraya menjerit (penulis lupa apa yg dijerit) sehingga kamjat lah segala penghuni dorm 7.

Dalam kegawatan itu di kala penghuni dorm 7 menggigil2 ketakutan, suasana sepi seketika.
"Bangun.... pergi prep.."
Begitulah sepotong ayat ringkas tapi tegas dari warden itu sambil menghunus julia yg dah jadi macam cangkul/sabit yg selalu digambarkan dgn grim reaper.
Maka bertempiaranlah segala makhluk dorm 7 melarikan diri. Abis segala manusia, kucing lipas hantu sekeping melarikan diri ke kelas untuk prep, dan abislah sudah riwayat julia disitu, pada hari ahad itu.