Sunday, March 15, 2009

EC Lim


Masa koleq zaman 90s dulu, ada sorang cikgu yg eccentric skit. Nama dia EC Lim or Lim Eng Chuan.

Dia jalan pun pelik sikit, kepala dia mendongak ke atas skit (only pada darjah 13 degrees rasanya), kaki dia terkedepan sikit.

Tapi yang paling pelik method dia mengajar M3 laa...

Contoh: Kalau nak ajar mathematical signage (e.g. when you multiple -ve no with -ve no etc.), dia suka pakai perumpamaan yang dia sorang je boleh paham.

Contoh: "Lembu campur lembu.... (dia pause jap ambik nafas, hidung dia kembang kempis, lepas tu dengan sepenuh perasaan dia akan cakap)... LEMBUUUUUUUUU"

Dengan nada dan gaya yang sama, boleh diulang dengan satu lagi frasa faberet dia:

Negative negative ... (pause jap..... bagi suspense) POSSSITTIVVVVE"

Satu lagi pasal EC Lim ni setiap ayat dia mengajar, dia akan tanya "Faham tak faham?".

Kitorang pun satu class la kena jawab "FAHAM CIKGU", kalau tak dia tak teruskan ngan lesson.

Satu hari tu, dia masuk kelas dengan muka serious, lepas tu tak start apa2 lagi - dia tulis kat black board (ha ha masa tu pakai black board & kapur lagi) sebelah kiri besar2:

FAHAM TAK FAHAM

Rupa2nya dia hilang suara tapi nak mengajar jugak. So lepas dia tulis 2-3 benda kat black board, dia tengok kat kitorang dgn sepenuh jiwa, sambil menunjuk2 ke tulisan "FAHAM TAK FAHAM" yang ada kat blackboard.

Dungu2 dlm kelas ni pun kuat2 la cakap: 'FAHAM CIKGU....'

EC Lim dulu guru penasihat MCCC - so mesti banyak citer2 MCCC ni... tapi yang tu aku serahkan kpd ahli2 MCCC la nak blog citer bell pasal MCCC ha ha.

ps: EC Lim yang pakai speck sebelah kiri, bukan yang pakai singlet sebelah kanan (walaupun yg tu ada ala2 apek tua gak)

5 comments:

Anonymous said...

gambar tu mcm chamat geram nak cium ec lim...

faham tak faham?

Anonymous said...

Bila tengok gambar EC Lim = MCCC = Spec 3D. Sampai sekarang aku stil x dapat spec 3D yang aku dah bayar kat MCCC dulu..kempunan nak tengok wayang 3D kat koleq.

setinggan overfloor said...

kalau ada spek 3D tu tentu kita boleh guna sekarang tengok citer brendan fraser journey to the center of the earth, hihihihi

abu_harraz said...

kat mana jumpa ec lim tu...
byk jasa dia tu..

Noni Kapet said...

ha ha aku ngan chamat ternampak dia jalan nak ke kedai kat lembah. kitorang stop keter tepi jalan sikit and pi kejar ha ha.

dia dah x ingat kita pun, obviously it's been nearly 20 years since dia ajar kita, but he hasnt changed a bit.