Wednesday, May 20, 2009

Hadith 'Metallica' Jures

Ini lagi satu cerita pasal Jures yang disampaikan oleh EZ.

Jures adalah AJK BRU. Tapi dia suka juga dengar muzik rock.

Antara unique traits Jures masa Form 4 / Form 5 ialah kesukaannya sambil pakai songkok dan kain pelekat, sambil dengar Metallica with earphones and walkman.

Pada satu hari, memandangkan aku ni kuat main muzik dan dengar muzik, dan nak juga ambik tau apa hukum hakam bab-bab jadi rockers ni, dan memandangkan ada Ustaz Jures depan aku sambil memakai walkman, aku pun tanyalah Jures:

Ezrin : Boleh ke kita dengar Metallica semua ni ?

Jures jawab dengan pantas memegang walkman dalam genggaman tangan dan earphones dalam telinga, sambil berjalan laju, tergesa-gesa aku pun tak tahu sebab apa, tapi dia masih luangkan beberapa saat untuk menjawab kemusykilan aku:

Jures : Sebenarnya tak boleh, tapi aku tengah cari Hadith untuk mengatakan bahawa ianya BOLEH..."

Memang Jures memahami jiwa remaja rockers grunge.

No comments: