Thursday, October 14, 2010

RIPLEY'S BELIEVE IT OR NOT - AIWA LARI 800M & MENANG!!!

"Aku masih ingat lagi dikala 1993. Aku mewakili Rumah Ahmad bersama-sama Chibix untuk acara 800m. Diikuti oleh peserta yang digeruni iaitu Toje, Hairul, Fadhil, Ein dan Mior.

Bila bunyi wisel je, straight aku pecut dari awal. Orang lain semua biarkan aku keseorangan, leading sorang sorang. Sampai 400 meter pertama, aku terus je memecut laju tanpa menghiraukan orang di belakang. masa tu Kaza 93 (Kapten Rumah Ahmad) memberi sorakan gemilang untuk Ahmad House. Ajmel Shakir pula hampir hampir membuat whellie basikal tua mengiringi larianku. Akhirnya, aku menjadi juara 800 m...(heheh itu dulu sekarang lain.)

1994 aku masuk 800 m jugak, tapi aku kalah kepada Hairul & Toje. Mungkin sebab diorang pakai spike, cengkaman rumput boleh membantu tujahan mereka.

Lagi satu citer - da sorang junior Idris (azam) batch 1995 yang offer nak masuk 1500 meter masa meeting rumah. Jasman tanya ' sapa nak masuk acara 1500 m? " budak tu angkat tangan denga kompiden " saya boleh bang, saya boleh, fikirkan boleh.! Pada temasya kejohanan, peserta peserta telah habiskan larian, tapi dia masih lagi belum menamatkan 2 pusingan. tapi takpa, dia masih yakin!!!"

- kenang-kenangan AIWA -

2 comments:

Noni Kapet said...

ha2 lucah la kenangan Aiwa ni.

Anonymous said...

yang buat wheelie ni Ajmel Shariff kot...Shakir tu adik dia...