Saturday, April 21, 2007

Sleeping Beauty - Pizza & Kismis

Ada suatu hari, aku & ska bergegas nak gi lunch dari 3pk2. Alih2 tgk la'ba tgh berdengkur lg kat meja kelas beliau. Maka atas semangat setiakawan, kami pun dgn sukahatinya mengejutkan beliau dari tidurnya. Tatkala kami menghampiri beliau, bolehlah digambarkan yg beliau amat lena skali melepekkan mukanya di dalam kolam ciptaan takungan amilase + peluh di atas meja kelas yg bersalut plastik itu.

Gambaran yg kelakar itu bertukar menjadi horror dalam sekelip mata apabila la'ba mengangkat kepalanya dari tidur di mana amilase beliau telah bertindakbalas menjadi gam kanji.


Sejurus selepas itu, kami telah putus nafas apabila amilase + peluh tadi menjalani proses pemejalwapan di mana molekul2 yg ngeri itu berterbangan menusuk hidung kami yg suci. Kami juga mengalami kejutan yg teramat sgt tidak terkata pabila mendapati separuh kepala la'ba telah bertukar menjadi kismis akibat proses penguraian luaran yg sekian lama oleh takungan amilase tadi.


Sehingga ke hari ini, aku & ska tidak lg menjamah pizza bercheese & kismis yg basah.

Thursday, April 05, 2007

DOKUMENTASI KEKEJAMAN & PENYIKSAAN DI PREP SCHOOL & NEW HOSTEL CIRCA 1990-1991 PART III


Tempat : The Green
Waktu : Masa yang sama kejadian penyarungan spender di kepala
Mangsa : Radin

Radin telah mendakwa bahawa beliau telah terselamat daripada disarung spender cemar itu. Walaubagaimanapun itu tidak bermakna Radin telah terlepas daripada siksaan secara mutlak.

Berikut adalah cerita Radin....

Aku tak kena! Masa tu spender boy london tgh circulate & tgh lalu dorm D. Budak2 dorm E yg last kena sarung. B4 sampai dorm E, aku dah kena panggil utk menjalani hukuman lain, pasal apa ntah. Tapi yg aku ingat aku kena suruh laga kepala (butthead) ke tiang besi gajah menyusu (dari Dorm A ke tandas/dinning hall). Bergegar gak kepala hotak aku. Tapi nasib baik tak kena gas beracun spender tu.
Lakaran kejadian gegar otak itu....

Radin mengalami trauma & kecacatan muka selepas kejadian itu. Bagaimanapun, setelah membuat facelift, wajah beliau sudah hensem dan telah pun berumahtangga sekarang.

Wajah Radin terkini. (click)

Karangan asal : abah emil

Tuesday, April 03, 2007

DOKUMENTASI KEKEJAMAN & PENYIKSAAN DI PREP SCHOOL & NEW HOSTEL CIRCA 1990-1991 PART II

Tempat kejadian : The Green (nota 1),Prep School

Ada sekali tu, satu underwear berjenama Mr London telah ditemui bergelimpangan dia atas jurai simen di bawah ampaian. Ketika itu, pakaian yang bergelimpangan di atas lantai adalah satu kesalahan yang boleh menyebabkan confinement (nota 2).

Walau bagaimanapun, mungkin kerana para pengawas Prep School ketika itu berada dalam keadaan 'mood' yang paling foul - mungkin kerana tidak dapat meyelesaikan masalah Add Math mereka - kesemua penghuni Prep School telah dipanggil berkumpul untuk dicari pemilik Mr London tersebut.

Setelah diugut dengan pelbagai hukuman, tiada sesiapa yang mengaku. Macam mana nak mengaku kalau bukan kami yang punya (nota 3). Ketika itu konsep pengorbanan untuk kawan belum diamalkan lagi. Para pengawas bertambah berang. Keadaan makin tegang. Masih juga tiada siapa yang berani tampil.

Sebagai jalan keluar - NAHHHHHHHHH, KORANG AMBIK SPENDER NI, PEGANG, KEMUDIAN SARUNG ATAS KEPALA!!!! LEPAS TU PASS DEKAT KAWAN SEBELAH. JANGAN TAHAN NAFAS.

Nota 1 - Kawasan ini adalah kawasan berumput antara bangunan dining hall dan dorm B.
Nota 2 - Kelas Tahanan - tak boleh keluar town waktu weekend.
Nota 3 - Sehingga ke hari ini, keempunyaan spender ini masih lagi menjadi misteri. Satu teori mengatakan spender itu milik prefect prep school, P*Y**G memandangkan brand spender paling tera time tu pun spender cap crocodile yang dipakai oleh Mpro.