Tuesday, April 03, 2007

DOKUMENTASI KEKEJAMAN & PENYIKSAAN DI PREP SCHOOL & NEW HOSTEL CIRCA 1990-1991 PART II

Tempat kejadian : The Green (nota 1),Prep School

Ada sekali tu, satu underwear berjenama Mr London telah ditemui bergelimpangan dia atas jurai simen di bawah ampaian. Ketika itu, pakaian yang bergelimpangan di atas lantai adalah satu kesalahan yang boleh menyebabkan confinement (nota 2).

Walau bagaimanapun, mungkin kerana para pengawas Prep School ketika itu berada dalam keadaan 'mood' yang paling foul - mungkin kerana tidak dapat meyelesaikan masalah Add Math mereka - kesemua penghuni Prep School telah dipanggil berkumpul untuk dicari pemilik Mr London tersebut.

Setelah diugut dengan pelbagai hukuman, tiada sesiapa yang mengaku. Macam mana nak mengaku kalau bukan kami yang punya (nota 3). Ketika itu konsep pengorbanan untuk kawan belum diamalkan lagi. Para pengawas bertambah berang. Keadaan makin tegang. Masih juga tiada siapa yang berani tampil.

Sebagai jalan keluar - NAHHHHHHHHH, KORANG AMBIK SPENDER NI, PEGANG, KEMUDIAN SARUNG ATAS KEPALA!!!! LEPAS TU PASS DEKAT KAWAN SEBELAH. JANGAN TAHAN NAFAS.

Nota 1 - Kawasan ini adalah kawasan berumput antara bangunan dining hall dan dorm B.
Nota 2 - Kelas Tahanan - tak boleh keluar town waktu weekend.
Nota 3 - Sehingga ke hari ini, keempunyaan spender ini masih lagi menjadi misteri. Satu teori mengatakan spender itu milik prefect prep school, P*Y**G memandangkan brand spender paling tera time tu pun spender cap crocodile yang dipakai oleh Mpro.

8 comments:

e99 said...

the green - kwsn berumput?

bukan ke 50% rumput, 50% loji najis (STP, sewerage treatment plant).

ada suatu masa, loji taik tu diservis oleh orang2 india (maybe tersumbat kut). uuwweekkk!!.. 1-2 minggu tak lalu nak makan kat dinning hall. prep school dicemari dengan bau toksik.

Anonymous said...

Mamat tu bleh menyelam lagi kat dlam tu, kalau aku mahu mati lemas kat situ gak... wekkkkkkk

Noni Kapet said...

sebb tu la pumping semua kena buat kat situ. aku selalu kena duduk belakang (bukan otai tp orang lain takut hantu duduk belakang), so lagi dekat ngan kawasan becak & berair depan toilet tu.

punyalah challenging bila buat push up or kena hold, sebb tangan dah terketaq2 x tahan, tp kalau aku jatuh bukan mencium bumi, tp cium air najis.

so terpaksa lah aku terketaq2 jugak tahan.

zalim sungguh.

puyeng said...

sebnarnya spender tu id yg punya... kitorang beli sama2, share sama2

I D said...

haha.. padan muka korang semua.. kena sarung ngan spender yg aku pakai tak basuh 3 hari 2 mlm...

tak sangka spender kecik ku boleh muat kepala korang semua...

RUSTY IRON DEVIL said...

sekarang spender tu ada dgn aku. nanti aku kemenyankan spender tu...biar mandrem korang semua...muahahaha

noni kapet ni saper? cun ke??? boleh berkenalan???

Anonymous said...

Noni memang cun satu ketika dulu la. sekrang ni no komen.... tp kalu nak kenal xde hal nye...muahaha...muhahaha

*Sori Noni!

Noni Kapet said...

tak lawa ke aku sekrang?

aku lg kurus laa banding zaman2 aku tolong mak aku kat kapet dulu