Friday, August 17, 2007

PUMP IT!!! PUMP IT!!!

PUMP IT!!! PUMP IT!!!
Frasa ini pernah syam gunakan untuk menyuruh rakan2 memasukkan balik bahu beliau yang acap terkeluar daripada soket - dislocated lah tu...

Salah satu kejadian tersebut adalah ketika acara penyiasatan bersepadu kes curi di Big School.

p/s : Kalau korang nak tau macam mana, korang suruh chibiok demonstrate.

Thursday, August 16, 2007

I HATE THIS !!


.......jerit syam hakimi sambil menghentak meja 'study' dorm 5 spm week apabila mendapati mee bungkus beliau (acah je, sebnarnya nasi) hilang diambil orang. Seterusnya beliau berlalu dgn sepi dan marah meninggalkan aku & aiwa ternganga melihat kepetahan syam marah dalam bahasa inggeris.

Wednesday, August 01, 2007

Lempangan Samhong sebelum subuh!

Al-kisah.... Pada satu malam yang hening.. Beberapa hari setelah aku menjejakkan kaki sebagai form 4 baru.. Aku dikejutkan oleh dorm mate aku pada pukul 3 pagi oleh Hafiz.. Seorang lagi form 4 baru..

"Fect panggil! Fect panggil!"

Aku dan Hafiz bergegas ke bilik yg kononnya sebuah gym di tengah2 Big School.. Ramai jugak yg telah berkumpul.. Kami berbaris dengan tangan ke belakang dan mata tertumpu ke lantai.. Bermula laa sessi memaki kami form 4 baru yang dikatakan lembik, tak unite dan memalukan orang melayu seperti beliau.. Sungguh 'right wing' dan 'melayu ultra' sekali fect yang sedang memaki kami ni.. Tak sampai 10 minit kami berdiri tiba-tiba terpacul sesusuk tubuh di pintu masuk ke gym.. Dia ialah... SAMHONG!!

"Apa awak buat nih??"
"Sapa bagi awak kebeneran untuk buat perjumpaan nih?!!"


Samhong mengambil beberapa langkah menghampiri fect lalu mengangkat tangannya tinggi seperti ingin melancarkan tamparan padu tahap dewa ke muka fect itu.. Fect yg kelihatan pasrah akan nasibnya memalingkan muka tetapi tidak berani mengangkat tangan untuk menepis tamparan yang bakal diterimanya..

PANG!!!! (Gambar ilustrasi sahaja)

Tamparan Samhong menghinggap di belakang bahu fect.. Nampaknya Samhong tak sampai hati menodai muka fect itu..

"Dah! Bersurai! Semua balik ke dorm masing-masing.."

Orang yang pertama keluar dari gym pada waktu itu ialah fect.. Sungguh panjang langkah beliau.. Form 4 baru sumer melangkah dengan senyap balik ke dorm masing-masing.. Tiada yang berani untuk berkata apa-apa tetapi yg pasti, dalam hati masing-masing tersenyum puas kerana fect durjana itu telah di'lempang' oleh warden bertugas..

BADUT GILA KUASA

Ini insider story team hoki Class of 94

Alkisahnya..

Perak Open 94 dulu tu, ada 2 team. Team mpro aku tak ingat sapa captain, mpro rasanya.

Team aku, belly le captain for the tournament. Tapi dalam game BADUT captain sebab keeper kan jauh, apa2 hal nanti susah nak settle or talk to umpires.

Sampai le ke final, bila nak naik stage amik medal untuk runner-up, dia dah beratur kat depan. tapi sebelum sempat dia nak naik stage, kitorang dah tarik balik, bagi belly naik dulu. so tak sempat dia nak buat a complete mutiny.. hahaha

As told by Joe...
Komen Badut :
Sebenarnya aku tak puas hati jugak...
but think of it kelakar jugaklah......anyway...
mmg kelakar jugaklah bila terkenang waktu tue...
Belly deserved to be the captain waktue tue, sebab dia save banyak penalty flicks
it's true aku mengesahkan cerita ni...
but at least aku tak mengaku main Perak masa under 12 mcm sorang mamat tue.....mmg terserlah penipuannya dari form 1 lagi (badut taking an obvious swipe at chib)

"...TAPI HAFIZ SAYA TAK TAU LA..."

GENERAL STATEMENT - Class of 94 left koleq on unbelievably good terms with the teachers!!!

The story below is a personal experience.

Aku waktu SPM week selalu dok keluar makan dgn bebudak cemerlang batch kita spt fadli, ruff, chamat, madad ada sekali rasanya. lepas tu jumpa munizam. waktu tu munizam dah keluar koleq dah.

Dah jumpa tu, kengkawan kita dok la tanya apa benda keluaq untuk fizik & last minute tips. dia pun bla, bla, bla - tapi buah penamat dia la yg paling best...

"alahhhhhh, awak semua jgn risau lah. A1, A2 dalam tangan lah...tapiiiiii, HAFIZ saya tak tau la" -

lepas tu dia ketawa mengilai....hahahaah...

sialannnn, brengsek...

For the record, aku dapat C3 fizik spm...

Kepada Cikgu Munizam - kalau cikgu terbaca, saya minta ampun & maaf. Saja nak bercerita...