Thursday, November 13, 2008

AMUKAN MPRO DI SATU MALAM TAHUN 1994 KERANA JAMBUNYA BERTENET DENGAN ORANG LAIN

Siapa yang tak kenal Mpro kiranya orang itu berada di koleq circa 1990-1994? Orangnya berkulit putih dan memakai kaca mata berbingkai bulat macam Emperor Pu Yi dalam filem 'The Last Emperor'. Tapi posting ini bukan pasal itu. Posting ini pasal cerita amuk Mpro pada suatu malam dingin tahun 1994.

Satu ketika dalam tahun 1994, bertiup desas-desus ada budak batch kita jugak nak tackle brader Mpro yang berkulit hitam manis.Korang tau la sapa dia (sapa tak tau ye dak???) Kira nak jadi perampas la. Orang ketiga ni satu dorm & satu house dengan Mpro. Jadi Mpro memang panas memanjang la waktu tu. Sheppe pulak tiap-tiap hari dok bakaq Mpro. Lagi terbakaq la Mpro.

Satu malam, lepas lights off, Mpro balik rounding Big School sebab dia on duty hari tu. Angin pun tak berapa bagus malam tu agaknya. Sampai Dorm 10, tup-tup, terus nampak brader dia dok bertenet baik punya kat katil orang ketiga tu. Dah la lepas lights off.

Perghhh, angin satu badan la Mpro. Dengan gerakan sepantas kilat, terus Mpro meluru ke cube dan terus 'PANGGGGGGGG' tendang pintu cube dia. Terkejut beruk semua orang kat dalam cube Mpro time tu. Aku la salah sorang.

Lepas tu dia jerit, "WOIIIIIIIIII !!!!! TUTUP LAMPU LA. TAK RETI2 LIGHTS OFF KAAA???".

Aku yang dok sengih terkerisin kat cube dia, hilang semangat. Malam tu terus tak jadi study sebab dok ketaq tengok Mpro mengamuk.

Menurut kata Mpro, Loque pun ada time tu (korang mesti tau sebab apa Loque ada kat Dorm 10 lepas lights off kan ?). Nasib baik tak jadi apa-apa kat Loque, kalau tak, maka tiadalah 'KEMBALIIIII'.

2 comments:

jambu kau said...

waa, abang ada halkum la...

Anonymous said...

sape jambu mpro tu...letak la gambar sekali baru boleh compare sape lagi jambu