Monday, January 11, 2010

KALAI KENTUT DALAM KERETA

Dulu-dulu, satu aktiviti yang digemari oleh budak koleq adalah bawa balik member ke rumah untuk stay over, biasanya masa cuti hujung minggu atau 3-day weekend.

Kejadian berikut berlaku masa Kalai stay over kat rumah Mxxx di Taiping masa F1 tahun 1990. Penceritaan dibuat oleh Kalai sendiri.

"Aku terkentut dalam kereta bapak Mxxx. Bapak Mxxx kerja polis time tu.
Perjalanan yang berpusing-pusing membuatkan perut aku sarat
dengan angin lintang yang mencucuk dinding usus.
Lepas tu aku pun sisssssssssssssesssssssss
secara senyap tapi mampu membunuh. Aku cuba cover line tapi Mxxx
mula cakap-cakap dengan bapak dia apasal ada bau yang super piau
secara tiba-tiba. Aku cuak tapi aku tahu aku tak salah. Ini semua sebab tadi
parents Mxxx kasi aku makan sedap-sedap dan perut aku
sememangnya kosong. Ditambah pulak jalan dari rumah agak jauh dari bandar tempat penetapan Sapet Karlo i.e Taiping.
Aku tetap diam dan cuba dengan sedaya-upaya menahan
tusukan-tusukan angin dalam usus dengan mengemut-ngemut punggung aku. Aku tetap berusaha keras tapi sisssssssssssssssseesssss
keluar lagi angin maut kali kedua.
Kali ini tiada apa-apa berlaku. Tapi aku nampak muka Mxxx dan
bapaknya berkerut-kerut dan cemerut. Tiba-tiba kereta berhenti.
Aku cuak - tolong jangan humban aku ke dalam gaung dan dimakan haiwan liar.
Aku masih muda dan harapan untuk main U-15
masih ada walaupun W.A.I. (Wan Ahmad Izani) star gila -fikirku cemas.
Bapak Mxxx keluar secara keras dan seterusnya BANG! BANG! BANG!!!!
Ledakan pistol memecah keheningan hutan Selama. Aku pasti ada monyet jatuh.
Tak sempat asap hilang dari muncung pistol itu, bapak Mxxx mengerling tajam kepada aku.
Belum sempat bapak Mxxx kembali ke kereta, aku sudah buat triple kemut supaya angin lintang itu terus lenyap di dalam ususku."

1 comment:

Anonymous said...

bapak mxxxxxx - "you're next monkey boy.."