Monday, January 21, 2008

TAPAK TANGAN JASMAN DI'STAPLE'

Tempat : Dorm A, Prep School

Tahun : 1990

Masa Kejadian : Inspection Pagi Sabtu

Perangai para pengawas Prep School time Inspection memang macam sesumpah (chameleon like). Sukar dijangka. Norma kebiasaan, ganas habis. Bila ini berlaku, para pengawas akan cuba sehabis ganas untuk menakut-nakutkan orang. Kalau mood diorang baik, diorang akan buat lawak yang mana kita akan jadi buntut jenaka mereka (the butt of their jokes). Kalau diorang dalam mood membuli, maka semua pun dibuli mereka.

Satu pagi Sabtu, entah apa mood diorang waktu, Puyeng (salah seorang pengawas Prep School) ambik stapler dan main acah-acah dengan Jasman. "Saya staple aa, saya staple aaa...", acah si Puyeng. Ja pun layan la, ye lah...tak layan karang kena lagi teruk. Mungkin jauh di sudut hati Ja, beliau rasa takkanlah Puyeng sanggup nak staple tangan dia. Ngilu tu kalau kena!!!

TAPI...

Dengan tak semena-mena, datang si ID (anjing PS paling LIAR time tu) entah dari mana, sekonyong-konyong menerpa dan terus tekan...PANGGG...menusuk bullet tu dalam tapak tangan Ja...

NOTA : Aku tak tengok kejadian ni dengan mata kepala aku sendiri. Cuma berdasarkan cerita daripada ahli Dorm A ketika itu. Apa jadi seterusnya kepada Ja tak aku tau sebab tak pernah diceritakan.

2 comments:

bcp unlmtd said...

hahaha..
nasib baik kau kata anjing ps yang paling liar.. bukan anjing liar di ps.. muahaha!

setinggan overfloor said...

Ja juga pernah diterajang oleh ID dalam Common Room ketika dia diminta buat ulangtayang gaya Mozni Syam (Class of 90) yang gemar pakai sampin labuh & songkok tajam. Impak daripada terajang itu telah membuat Ja tercampak ke dinding.

Gaya Mozni Syam ini cukup popular. Pada tahun 1993-94, gaya ini telah dimodify dan diguna oleh sdr Mpro.