Saturday, August 19, 2006

Cheering Lesson


Year: 1991
Venue: TAR Hall
Time: Morning
Involvement: Batch 9094

Kisah ni berlaku pada sebelah pagi hari Sabtu. Lepas "Saturday's inspection", satu batch dikerahkan pergi TAR Hall. Ramai yang menyumpah-yumpah, ingat dah boleh keluar town, rupa-rupanya kena practice cheering. Cheerleaders (is this the correct description albeit the fact they did not wear skimpy clothing and carry pom-pom - which would be lead to an even more gruesome sight) adalah dari geng ganas batch 8791. So as you can imagine, with these sort of combination, it was not an enjoyable experience at all… (at least for me).

I couldn't remember the exact details that happened during that time, but the most memorable quote was " Macam tahi!!! Bla…bla….bla…Macam tahi!!!..... Macam tahi!!!" from our senior named Z*** of batch 8791. Kita cheering tak sama saja, tepuk tak sama, berhenti tak sama, kenala maki dengan mamat ni. And that was his favourite curse. Mula-mula aku kira gak berapa kali dia cakap, but lost count after 15 times. Itulah satu-satunya pengalaman aku dengar paling banyak perkataan "tahi" digunakan dalam satu masa.

After 3,4 hours of grueling intimidation and verbal abuse from the seniors, ramai yang hilang suara dan sakit tangan pasal tepuk banyak sangat. The good thing that came out of it - we managed to memorize the lyric and not be an embarrassment to koleq when cheering for our team. Plus, kita sempat keluar town hari tu….woohoo!!!


As a memento of that day, attached are the scanned images of the original copy of the "cheering chronicles" that we received on that day. Aku simpan sikit punya lama, dah jadi collector's item by now. You will find the name of the so–called culprit group printed on the paper.

Author : ska

Awi says...
  • click image for larger view
  • D'Omerta Mob Rules, what the hell???
  • akibat dari latihan ni, kita boleh tepuk tangan dgn synch sampai la F5. Dlm DVD, masa assembly pun bertepuk mcm cheering

Friday, August 18, 2006

Sambutan Bulan Kemerdekaan

Dato Bahaman Pahlawan Melayu ( Sempena sambutan kemerdekaan negara tercinta )

aku rentasi rimba aku susuri belukar tebal
darah mengalir keringat bercucuran
hati tidak rela bangsa ku dijajah
aku pejuang kau tuduh penderhaka celaka


aku tidak pandai berselindung dengan sembangan dan senandung suaraku tak mungkin semerdu seruling
aku tidak mengharap belas kasihan dan sanjungan ramai
aku tidak mengharap rakan beribu
aku tidak mengharap pangkat dan darjat
wang ringgit dan kuasa bukan pilihan ragaku
cukup tuhanku cukup keredhaanNya


aku tak rela tanah darahku diinjak dijajah
aku tak rela hasil bumiku dicantas dipulas
aku tak rela Melayu bangsaku dipandirkadukkan
aku tak rela bahasa Melayuku dituduh bodoh dan bangsat

aku tak rela Islam agamaku disendatemehkan
aku tak rela Islam agamaku dipermain dan di sesatkan
islam hadari, islam moden, islam toleran
persetan semua pengkhianat agama


Dato Bahaman dari Pahang namaku
tujuh lapis langit terpikul di bahu
tujuh lapis bumi tercengkam di kaki
urat nadi dan darahku adalah melayu
kusandarkan jiwa ku pada agama yang satu


gelanggang silat adalah tempat inapan ku
tempat aku memperlimaukan diri
keris dan lembing adalah permainanku
menggenggam bara meniti mata pedang
bersedia mencemar darah pengkhianat
jangan cuba mempermain bangsaku
jangan cuba mempermain agamaku


aku pulang dengan siap sedia asal mula
sebagai lelaki anak jantan perkasa
aku siap sedia menitiskan darah ke ranting bunga raya
ini tanah darahku, tak akan kurela kau kikis habis
aku asap keris ku bersedia terhunus
tidak ku hirau kamu Melayu atau pendatang
tidak ku hirau kamu bangsawan atau hartawan
tidak ku hirau jika Temasik di belakangmu
mata kerisku hanya mengenal pengkhianat
mata lembingku hanya mengenal kekafiran
akan ku amuk demi keadilan
akan ku amuk demi bangsaku
kezaliman tiada tempat ditanah tumpah darahku
biar jasad ku dicincang punah ranah luluh hancur
namun berganjak setapak tidak sekali

inilah nafasku angin bergugus menyebarkan tandus
dan, nah! darah matahariku akan terpercik ke bumi

ringkik angin topan, sedialah kauakan kuamuk kegetus kantung nyawaku
kalaupun aku mati di tangan bangsaku
aku mati sebagai pembela sejati
ALLAHUAKBAR.

Nukilan :Abu Usama
18 Ogos 2006, 01:30 ,kyushu Japan

Wednesday, August 16, 2006

Haris Mukhri - Keeper of the Key

Salah satu aktiviti tambahan di prep mlm adalah melados di Naga Port. Naga Port adalah bilik band di blok F4. Sebagai langkah keselamatan, beruk2 ini mengunci diri mereka sendiri di dalam Naga Port dengan mangga dari luar. Jadi mereka memerlukan seseorang untuk mengunci pintu itu.

Pada suatu prep malam, 116, kalai & aiwa sedang asyik menikmati nikotin di Naga Port. Setelah puas mereka pun menunggu Keeper of the Key untuk membuka pintu tersebut dari luar pada waktu yang telah dijanjikan. Masa pun berlalu. Jam kian menghampiri 11 mlm dan mereka terpinga-pinga di dalam kegelapan bilik itu memikirkan hari sekolah esok dlm keadaan berbaju melayu, berkain pelikat. Apalah nasib mereka nanti....

10.40 - Haris Mukhri puas menikmati santapan di karpet lalu pulang ke dorm. Tiba di katil, beliau pun mengeluarkan barang2 dlm poket utk menyalin uniform tido. Maka terdamparlah kunci Naga Port di atas locker itu. Zassss....

10.50 - Kelihatan naga-naga berjalan deras pulang ke big school dgn wajah bengis. Turut bersama, keeper of the key....

Monday, August 14, 2006

Roadblock Goblok

Kejadian ni berlaku banyak kali jugak... aku rase aku yg start...hahaha... Aku terpikir nak buat sebab dari pemerhatian aku, bilik tu adalah short cut dari koridor belakang dining hall nak ke main road tepi padang.

Bila habis dinner, geng2 junior akan cepat2 cross ikut situ utk berduyun-duyun ke bargreaves ball nak tgk wayang. Yg syoknyer, bilik tu kalau tak bukak lampu memang gelap. Bayangkan bila ramai gila yg berpusu-pusu lalu kot situ, berapa ramai yg tertonggeng bila terlanggar bangku yang ngam2 paras tulang kering tu dalam gelap, memang diaorg takkan nampak bangku tu bila diorang redah ramai-ramai. Tapi yg aku kagum, walaupun sakit ya amat, diorang terus bangun, dan still rushing utk ke dewan sebab takut tak dapat tempat duduk. Tapi otw tu memang diaorg menyumpah-nyumpah laa... hahaha...

Sampai kat dewan, akan kelihatan mangsa2 tu tadi duk selak kain pelekat masing2 utk urut tulang kering yg lebam tu.

Tapi yg aku herannyer, aku buat 2 kali ajer... pastu aku tak tahu saper yg teruskan kesinambungannye sebab lepas tu ada lagi berlaku sehinggalah diaorg alihkan terus bangku2 tu dari bilik tu.

p/s
  • aku rase ko kena edit sikit sebelum bubuh dlm blog... harap2 takde la batch kita yg jd mangsa bangku tu...

- as posted by mr capoe

awi says...
  • bilik yg dimaksudkan adalah Junior Com.
  • bangku yg dimaksudkan itu adalah bench2 kuning yg selalu diterbalikkan buat tahan bola pingpong
  • kalau ada batch kita yg jadi mangsa... napa dia lalu situ? jual minyak kah?

Wednesday, August 02, 2006

"Oh my face !! My face !!!"

Musim main lastik lepas SRP.Common room Ahmad

Aku, aiwa & rakan2 sedang menguji dan membandingkan kehebatan lastik masing2. Kitorang guna kertas soalan SRP sebagai target practise. Lastik masing2 berfungsi cemerlang kerana dapat menembusi kertas soalan yang tebal itu. Inilah dia soalan bocor.

Tiba2 tembakan aiwa gagal membocorkan kertas soalan. Kerana terasa malu aiwa membidik semula kertas dgn serius (Orang ini hanya serius dlm hal2 ngarut begini). Kemudian dia pun menarik lastiknya dgn kekuatan yg maksimum....

Zassss....!


Menggelupurlah aiwa di lantai kerana lastik itu telah putus dan menyebat muka nya yg tebal itu sambil menutup muka & meraung dalam bahasa inggeris walaupun dia hanya set F shj. Lagi 20mm je nak kena mata. Kalu tak boleh panggil dia si buta dari gua hantu.

Di waktu & tempat yg lain, noradli telah memajukan teknologi lastik menggunakan peluru special drpd dawai hanger. Setelah menguji peluru itu pada seekor cicak, peluru itu di 'ban' kan penggunaannya kerana cicak itu terputus dua. Yg menarik & kejam nya, kedua2 bahagian cicak itu masih melekat di dinding pada jarak 40mm antara kedua nya.

Ada satu malam lepas lights off, budak2 pavi bersama F5 92 bermain perang lastik. Butcher telah menyorok bawah katil dgn gaya sniper. Tiba2 pasukan musuh berkumpul kat dorm tu sambil berbincang. Pastu salah sorang musuh nampak dia nyorok bawah katil, maka berkumpullah pasukan musuh sekeliling butcher yg meniarap bawah katil ni lalu menembak nya beramai2 dan bertalu2. Butcher menggelupur bawah katil sampai terangkat2 katil itu bersama2 hamba yg sedang tido atas katil tu.