Friday, August 18, 2006

Sambutan Bulan Kemerdekaan

Dato Bahaman Pahlawan Melayu ( Sempena sambutan kemerdekaan negara tercinta )

aku rentasi rimba aku susuri belukar tebal
darah mengalir keringat bercucuran
hati tidak rela bangsa ku dijajah
aku pejuang kau tuduh penderhaka celaka


aku tidak pandai berselindung dengan sembangan dan senandung suaraku tak mungkin semerdu seruling
aku tidak mengharap belas kasihan dan sanjungan ramai
aku tidak mengharap rakan beribu
aku tidak mengharap pangkat dan darjat
wang ringgit dan kuasa bukan pilihan ragaku
cukup tuhanku cukup keredhaanNya


aku tak rela tanah darahku diinjak dijajah
aku tak rela hasil bumiku dicantas dipulas
aku tak rela Melayu bangsaku dipandirkadukkan
aku tak rela bahasa Melayuku dituduh bodoh dan bangsat

aku tak rela Islam agamaku disendatemehkan
aku tak rela Islam agamaku dipermain dan di sesatkan
islam hadari, islam moden, islam toleran
persetan semua pengkhianat agama


Dato Bahaman dari Pahang namaku
tujuh lapis langit terpikul di bahu
tujuh lapis bumi tercengkam di kaki
urat nadi dan darahku adalah melayu
kusandarkan jiwa ku pada agama yang satu


gelanggang silat adalah tempat inapan ku
tempat aku memperlimaukan diri
keris dan lembing adalah permainanku
menggenggam bara meniti mata pedang
bersedia mencemar darah pengkhianat
jangan cuba mempermain bangsaku
jangan cuba mempermain agamaku


aku pulang dengan siap sedia asal mula
sebagai lelaki anak jantan perkasa
aku siap sedia menitiskan darah ke ranting bunga raya
ini tanah darahku, tak akan kurela kau kikis habis
aku asap keris ku bersedia terhunus
tidak ku hirau kamu Melayu atau pendatang
tidak ku hirau kamu bangsawan atau hartawan
tidak ku hirau jika Temasik di belakangmu
mata kerisku hanya mengenal pengkhianat
mata lembingku hanya mengenal kekafiran
akan ku amuk demi keadilan
akan ku amuk demi bangsaku
kezaliman tiada tempat ditanah tumpah darahku
biar jasad ku dicincang punah ranah luluh hancur
namun berganjak setapak tidak sekali

inilah nafasku angin bergugus menyebarkan tandus
dan, nah! darah matahariku akan terpercik ke bumi

ringkik angin topan, sedialah kauakan kuamuk kegetus kantung nyawaku
kalaupun aku mati di tangan bangsaku
aku mati sebagai pembela sejati
ALLAHUAKBAR.

Nukilan :Abu Usama
18 Ogos 2006, 01:30 ,kyushu Japan

2 comments:

E27 said...

Guys,

Aku yang post sajak ni.Rasanya terkeluar topic sket, tapi ok kot.

La Vecchia Signora said...

kalau tak silap aku (sorry kalau silap, aku ingat2 lupa dah):

During one of the fire drill sessions kat NH masa kena nyanyi lagu anak kecil main api, gadap kate die nampak this one old dude tgh duduk kat sofa (i believe we use the term settee masa kat koleq dulu) dok perati kita nyanyi..
Betul ke tidak kena tanya gadap laa.
Tapi kalau betul, sape orang tua tuh?