Monday, March 26, 2007

Misteri Kehilangan Adabi - Siri Penyiasatan Enid Blyton

Pada suatu ketika masa dahulu kala yang lampau, tatkala kita berhadapan dgn SRP, ibu bapa ku telah membelikan aku set latihan maktab adabi gaya pos dengan harapan dapat membantu aku menghadapi peperiksaan. Ini kerana sepanjang 3 tahun di koleq, tidak ternampak tanda2 anak mereka ini mungkin selamat dalam ujian tersebut. Terdapat berpuluh2 buku latihan disajikan, ....untukku simpan di dalam locker.


Pada suatu hari minggu, aku pun dgn semangat berkobar membuka locker utk membuat latihan. Terkejut diri ini menyaksikan hanya tinggal 5-6 keping je buku latihan adabi yang tinggal (org ini terkejut kehilangan barang yg dia jarang/malas guna) bersama sekeping naftalena yg aku letak kerana tak tahan dgn bau meja che tam yg disiram jus toilet di 3PK2. (nota1)

Marah dan keliru, terduduklah aku seorang diri di 3Pk2 pada hari minggu tersebut mengenang nasib. Pelbagai soalan timbul. Di manakah silapku? Adakah kerana aku mmg takde harapan jd buku2 tersebut diserahkan pada yg pintar? Adakah kerana aku tak tulih di bahagian kulit buku itu "Allah melihat apa yg anda lakukan" ? Adakah sudah pukul 1 tgh ? (org ini sebnarnya tgh tunggu nak report con, bukan dia rajin gi study kat kelas waktu weekend)

Hari berganti minggu, pada satu hari aku terkejut pabila membuka locker dan mendapati naftalena ku juga hilang... acah je... sambungan - ... mendapati buku2 tersebut muncul semula tersusun rapi dalam locker. Belum puas terkejut, kejutan aku ditambah dgn kehadiran sekeping coklat mahal di dalam locker tersebut. Terduduklah aku seorang diri di 3Pk2 pada hari minggu tersebut dalam kekeliruan. (org ini kena con lagi)

Resah dan gelisah aku melihat kepingan coklat yg lazat itu. (kau sepatutnya resah dgn srp) Perlukah aku makan dalam keadaan marah atau gembira? Kalu aku makan ni kira aku maafkan ke perbuatan org itu yg mengganggu perasaang ku yg fragile ini? Bolehkah aku mendapatkan cap jari pada coklat itu utk mengesan org itu? Dan kenapa pula coklat ni tinggal 3/4 je? Ada org lain dah makan dulu ke org yg amik buku tu berbelah bagi nak bagi kat aku?

15 tahun telah berlalu, srp pun dah takde. Siapakah dikau? Bagaimana result srp mu? Aku tanak announce result aku sbb nanti menggugat kredibiliti maktab adabi.

nota1 : kejadian air terjun/kolam jus toilet di meja che tam itu sgt la meloyakan, tidak dapat dipastikan punca jus tersebut tetapi berdasarkan lokasi, bahagian atas meja che tam adalah toilet blok form 3. mula2 tu kelakar la jugak duk gelakkan che tam, lama2 tu gila pening belajar 2-3 hari dlm kelas bau toilet.

ps : aku baru tau enid blyton tu pompuan...
ps2 : aku ingat kat email, bahagian bawah yg disclaimer tu letak juga "Allah melihat apa yg anda lakukan" supaya topik tak kena hijack.

trivia : aku memiliki no giliran terakhir utk srp terakhir di koleq, ada skali tu lepas ujian lisan, aku ronda seluruh koleq 7-8 kali cari korang semua yg hilang. misteri lagi. rupanya ada aktiviti lepas srp kat clifford yg mana aku tak tau atau tuli tak dengar.

7 comments:

Anonymous said...

kat yellow town ada restoran sup adabi. sajian istimewa istana di zaman silam. eh termelalut plak la

Noni Kapet said...

ha ha ha kat sini tak layak bertanding Anugerah PIBG, so joke2 sebegini tidak akan dimasukkan.

tapi aku gelak la jugak, keluar pulak citer yellow town.

Anonymous said...

wah sapa yg cilok buku2 ko tuh awie.. sungguh durjana skali.. result srp ko ok tak? kalau tak ok ko sumpah jer sapa yang amik tuh.. ekekekee.. haa.. sapa amik?? baik ngaku cepat..

e128

@HHH said...

aku dulu kantoi kandaq simpan buku aku dalam loker dia - KITAB SAINS SRP SASBADI - kira time tu aku gelabah jugak since kononnya buku itu adalah jalan pasti ke arah A1.

tapi aku tak charge kandaq curi la, dia lebih kepada pinjam dan terlupa...

e99 said...

pinjam dan buat2 lupa kut... hehe

Iron Butterfly said...

hahahaha.. OMG!!! "Allah emlihat apa yang dilakukan" that is sooo primary school. budak2 tulis kat folded section kat LUNA colour zaman skolah dulu kan. kehkehkeh.. terkenang zaman silam.. huehue..

Iron Butterfly said...

*melihat

sorry. when i'm distracted i develop spelling disorder.