Wednesday, August 01, 2007

Lempangan Samhong sebelum subuh!

Al-kisah.... Pada satu malam yang hening.. Beberapa hari setelah aku menjejakkan kaki sebagai form 4 baru.. Aku dikejutkan oleh dorm mate aku pada pukul 3 pagi oleh Hafiz.. Seorang lagi form 4 baru..

"Fect panggil! Fect panggil!"

Aku dan Hafiz bergegas ke bilik yg kononnya sebuah gym di tengah2 Big School.. Ramai jugak yg telah berkumpul.. Kami berbaris dengan tangan ke belakang dan mata tertumpu ke lantai.. Bermula laa sessi memaki kami form 4 baru yang dikatakan lembik, tak unite dan memalukan orang melayu seperti beliau.. Sungguh 'right wing' dan 'melayu ultra' sekali fect yang sedang memaki kami ni.. Tak sampai 10 minit kami berdiri tiba-tiba terpacul sesusuk tubuh di pintu masuk ke gym.. Dia ialah... SAMHONG!!

"Apa awak buat nih??"
"Sapa bagi awak kebeneran untuk buat perjumpaan nih?!!"


Samhong mengambil beberapa langkah menghampiri fect lalu mengangkat tangannya tinggi seperti ingin melancarkan tamparan padu tahap dewa ke muka fect itu.. Fect yg kelihatan pasrah akan nasibnya memalingkan muka tetapi tidak berani mengangkat tangan untuk menepis tamparan yang bakal diterimanya..

PANG!!!! (Gambar ilustrasi sahaja)

Tamparan Samhong menghinggap di belakang bahu fect.. Nampaknya Samhong tak sampai hati menodai muka fect itu..

"Dah! Bersurai! Semua balik ke dorm masing-masing.."

Orang yang pertama keluar dari gym pada waktu itu ialah fect.. Sungguh panjang langkah beliau.. Form 4 baru sumer melangkah dengan senyap balik ke dorm masing-masing.. Tiada yang berani untuk berkata apa-apa tetapi yg pasti, dalam hati masing-masing tersenyum puas kerana fect durjana itu telah di'lempang' oleh warden bertugas..

13 comments:

Anonymous said...

bukan ada org yg hentak dinding ke lepas tu... kuat gak kederat dia... yelah, dia kan org kuat 'sangkar'... tu yg samhong marah tu bila dia dgr bunyi hentakan tu...

Anonymous said...

aku rasa dia hentak pintu kayu entrance gym tuh.. nak tunjuk dia habis 'gorilla' laa.. akakakaka..

e128

Anonymous said...

Mamat gorilla tu niat baik. dia nak integrate & impart our ideals kat new batchmates.

kawaii_desu said...

ganasnya...

tapi ade ke yg betul2 pernah kena lempang?

Noni Kapet said...

i guess our batch's experience of assimilation and integration is one of the best in many years - partly thanks to people like Che Mad.

I had my share as during the initial months there were many times that I intervened too - including one particular incident on one night.

Sometimes it is a necessary evil.

Compare our situation with the current one when there seems to be 2 batches in 1 - form 5 lama and burung (form 5 baru) - even to the point that F5 lama felt they are being marginalised because some quarters give undue prominence and clout to the new intakes to keep the form 5 lama in place; our experience in 94 was much better.

I am worried looking at the divisions in koleq; and if certain measures (one of which was what Che Mad, sharap and others took in 1993) were not taken, we could have gone down the same path.

Frankly speaking, many should kiss the lucky stars that I never entertain the thought of becoming a prefect because I know the monster I would become - otherwise it would have been a lot worse for all (including the new intakes).

Anonymous said...

necessary evil. like that word. but not truly understood by many.

kawaii_desu said...

form 5 lama and form 5 baru???

Anonymous said...

form 5 lama yang masuk form 1. form 5 baru yang masuk f4.

tapi perbezaan itu langsung tak ketara semasa kami di tingkatan 5.

mungkin kerana kami tak kisah. mungkin juga kerana kami leka bermain jambu.

lena dan terus lena...

kawaii, u dah kahwin ke?

Anonymous said...

lu apa hal kacau kawaii???

lu pernah tengok rupa orang jatuh overfloor?

kawaii_desu said...

oh i see thanks :)
setinggan, jgnlah marah..

TAITI said...

gila tak real setinggan...
5.38-5.39 pm...mestila org yg sama

hanya kawaii je yg boleh real time comment dlm 5 minit lepas posting...

...ke kawaii=noni?... or izit the real noni...

tgk..tgk...mana ada scroll kiri dan kanan....

Noni Kapet said...

ye lah kau lagi teror dari noni x de scroll2

(aku nak besarkan lg so that kau kena scroll lg banyak)

kawaii_desu said...

huhu
kat sini pun gaduh pasal scroll??
huhu