Wednesday, November 28, 2007

Senyuman Pertama Cikgu Saber

Ada satu petang tu, kitorang baru abes gamez hour, lalu depan bigskool. time tu, cikgu saber baru naik cuti seminggu, cuti kahwin heheh. dia lama membujang.. aku rasa mungkin time tu umur dia dah dekat 40 tahun agaknya. tetiba, dengar berita dia dah nak kahwin.. cikgu ni stail serius laa. susah pun nak senyum.. kalau dia melawak (jarang aar) kitorang pun tak tahu la sama ada dia beseloroh ke tidak.. sebelum dia kahwin, ada sekali tu, time aku kena DC, confinement lebih 3, aku dan geng DC yang lain kena bersihkan kuarters cikgu yang dekat new hostel, tepi gajah menyusur yang berhantu tu. persediaan untuk cikgu saber nak tinggal situ katanya. cikgu saber ni memang perasan aku la, sebab dalam kelas tu, selalunya dia akan caught aku terlelap dengan tawadhu' sekali. first time, dia akan picit tengkuk, second time dia picit bahu, third time kalu, kerusi dia ambik, so, kena belajar sambil berdiri la the whole session.. eh? itu cerita lain.. ni aku nak cerita lain sebenarnya...

aku masa tu on the way nak balik new hostel rasanya.. dah depan tugu elizabeth dah, sekali tengok, kereta nissan sunny silver cikgu saber dah menghala keluar, lalu tepi bigtree.. sekilas pandang, nampak la orang baru kat sebelah dia. kitorang redi la nak bagi salam, ye la.. islam mahathri, memang kena bagi salam kat cikgu..

time selisih jek, terus kitorang bagi salam dengan suara sedikit kuat bagi menampung kekuatan walkman cikgu saber.. malangnya, salam tidak berbalas.. Cikgu Saber cuma memandang sambil tersenyum dari telinga ke telinga sambil menepuk-nepuk dinding keretanya. Senyum penuh kepuasan... Senyuman pertama Cikgu Saber...

Teachers

Cikgu Mod Math

1. Cikgu Rodzi

Cikgu yang suka jalan kebelakang pelan2 sambil mengajar sampai kekadang langgar meja. Tiba hari yang bernasib baik anak murid dapat tengok cikgu nih langgar papan hitam pula.Tapi teman merakamkan syabazz kepada cikgu nih kerana mengajar math dengan begitu baik sekali bahkan meninggalkan kesan yang mendalam kepada anak-anak murid beliau. Antara quotable quotes beliau adalah:

i. "Tactical is better than skills" - pendapat beliau sewaktu kejohanan bola sepak piala dunia '94yang sedang berlangsung di Amerika Syarikat ketika itu.

ii. "Bagis" - gabungan perkataan bagus dan baik.

iii. "Ssssssttch---ahhhhhhhhh" - bunyian yang dikeluarkan melalui mulut beliau yang sedang menarik dan menghela nafas panjang. Boleh juga dianggap sebagai orang yang baru lepas makan cili dan sentiasa berasa pedas.

2. Cikgu Tan Gim Hoe

Cikgu math yang hebat juga, pernah menjadi anak murid beliau sewaktu kelas pemulihan math tingkatan tiga sewaktu SRP 1992. Terpikir sejenak bagaimanakah perasaan seorang cikgu bukan bumiputra mengajar anak murid melayu. Differences aside, tak dapat dinafikan beliau memang professional di dalam menjalankan tugas dan memberikan komitmen yang sangat tinggi terhadap tugas beliau. Kalau ada kelas petang pun,beliau akan take the effort to freshen up and look as though he had just taken a dip at the swimming pool, which is very good for the morale of the students (maklum le, petang mata kantoque wooh). Nampak skema dan lurus, tapi yang penting keberkesanan beliau dalam pengajarannya.

~koleksi memori haji toy~

Wednesday, November 21, 2007

FOBIA

Ini bukan cerita. Cuma dokumentasi fobia ahli class of 94

Ayien : takut kucing

Mpro : takut cengkerik

Wednesday, November 07, 2007

Jari Maut Abang Azman

Overfloor Dorm 7 Selasa 25/8/1994 - Aku menyandar di sebatang tiang overfloor sambil memandang jauh tanpa menghiraukan hiruk pikuk dan pekikan pelajar-pelajar asrama yang baru membatak ration roti dan biskut mayat semasa balik dari prep petang. Tanpa menghiraukan rakan-rakan karib lain seperti Capoe, Awie dan Jasman yang seronok sakan melempar sisa roti ke arah Form 2 yang menuju ke new hostel;
Ja : Form 2 kau nak roti tak ?!!!! nah!!!!!
Pekk!! Roti dibaling ke arah form 2 yang berjalan tanpa mengadah ke atas (Gila ka nak stare senior kat atas overfloor?)disusuli dengan gelak jahat mereka. Namun aku tidak menghiraukan apa yang berlaku….

Ingatan kejadian petang semalam masih terngiang-ngiang dalam benak fikiranku.
Wong :“HA HA HA! AKU DATANG!!!! COKEK DIA!!!!!!!!!!!! “
Kedenganran suara hilaian ketawa diiringi dengan bunyi kasut keletup keletap keletup keletap memecahkan suasana prep petang.
ADUUUUUHHHHHHH!!!!!! Sakit la Wong!!! Jack the Rattle snake pun tak buat sakit macam nih..
Sememangnya semua orang mengenali gurauan ala selamba dan tanpa perasaan dari Wong AKA Abang Azman yang boleh mengguris hati kawan.

Kebolehan Abang Azman untuk mencokek menembusi tulang rusuk memang tidak boleh dinafikan lagi oleh budak Kolej Melayu.



Disamping kebolehan mencokek, Wong juga mempunyai jari-jemari yang amat luar biasa kerana kepanjangan jari tersebut melebihi piwaian normal jari manusia.

Ada satu urban legend mengatakan, jika jemari wong disapu mentega, ia boleh bermain muzik grunge.






Cokek

Cokek dalam bahasa Pantai Timur dikenali sebagai satu kaedah gurauan di mana jari telunjuk tangan kiri dan kanan akan dihalakan dan ditekan di kedua-dua belah buah pinggang mangsa.

Sesiapa yang terkena akan merasa kegelian yang amat sangat. Ada pendapat yang mengatakan kalau kita caleng dengan banyak, kegelian memang sukar untuk dikenalpasti.

Berlainan dengan budaya Abang Azman, dia tidak menggunakan jari telunjuk sahaja. Kadangkala eh bukankadangkala, selalunya dia akan menggunakan kesemua jari jemarinya sebagai akses kepada kegelian / kesakitan yang terlampau.

Siapa yang menjadi mangsa pasti akan terkulai layu. Bukan kerana geli, tapi sakit yang teramat sangat. Namun, ia dipendam agar menunjukkan yang kita ni unite walaupun kena cokek macam gerudi atau Jari King Kong dalam bahasa komik.
Suatu hari nanti akan kubalas jua Abang Azman. Tunggulah saat kau kena nanti.......

Mungkin suatu hari nanti keturunan Wong akan menggunakan alat ini untuk mencokek ?

Kita tunggulah keturunan dia yang akan masuk Koleq nanti....




Aku terus merenung jauh ke arah jalan raya bagi menantikan saat-saat penyembuhan buah pinggang akibat dari cokekan Abang Azman.

Tanpa ku sedari, airmata mengalir membasahi pipi akibat sakit yang teramat sangat pada buah pinggang yang dicucuk oleh JARI MAUT ABANG AZMAN!!!!

Wong@Tiger Wong juga dikenali di Indonesia.
Sila klik di bawah
Lagi Gelaran/Gambar Ganas Wong

Penulis : aiwa"the broad sawa snake"

Thursday, November 01, 2007

Tapi dia pun beli jugak






Berikut adalah satu pengakuan seorang AJK Dakwah BRU



in 93 aku selaku AJK Dakwah BRU telah diarah mengiringi ajmel nak pi confront asyok sbb asyok jual GB Zarzan.

tengah ajmel dok lecture tepi gajah menyusu pavi, asyok dengan tanpa belas kasihannya ckp;

"tapi dia pun beli jugak....."

sejak itulah rosak kerjaya bru aku.



Asyok bersama Kelab Kipas Zarzan - The Bushwankers

Kelihatan sepi-e membuat aksi sekeping beliau yg feymes

Presiden Kelab yg bulat sebelah the rattle fingers yg tgh beri pose maut -
dialabudakyangselalutulihtanpatekanspacebardanbeliaujugalahtuanpunyagambar