Wednesday, November 28, 2007

Senyuman Pertama Cikgu Saber

Ada satu petang tu, kitorang baru abes gamez hour, lalu depan bigskool. time tu, cikgu saber baru naik cuti seminggu, cuti kahwin heheh. dia lama membujang.. aku rasa mungkin time tu umur dia dah dekat 40 tahun agaknya. tetiba, dengar berita dia dah nak kahwin.. cikgu ni stail serius laa. susah pun nak senyum.. kalau dia melawak (jarang aar) kitorang pun tak tahu la sama ada dia beseloroh ke tidak.. sebelum dia kahwin, ada sekali tu, time aku kena DC, confinement lebih 3, aku dan geng DC yang lain kena bersihkan kuarters cikgu yang dekat new hostel, tepi gajah menyusur yang berhantu tu. persediaan untuk cikgu saber nak tinggal situ katanya. cikgu saber ni memang perasan aku la, sebab dalam kelas tu, selalunya dia akan caught aku terlelap dengan tawadhu' sekali. first time, dia akan picit tengkuk, second time dia picit bahu, third time kalu, kerusi dia ambik, so, kena belajar sambil berdiri la the whole session.. eh? itu cerita lain.. ni aku nak cerita lain sebenarnya...

aku masa tu on the way nak balik new hostel rasanya.. dah depan tugu elizabeth dah, sekali tengok, kereta nissan sunny silver cikgu saber dah menghala keluar, lalu tepi bigtree.. sekilas pandang, nampak la orang baru kat sebelah dia. kitorang redi la nak bagi salam, ye la.. islam mahathri, memang kena bagi salam kat cikgu..

time selisih jek, terus kitorang bagi salam dengan suara sedikit kuat bagi menampung kekuatan walkman cikgu saber.. malangnya, salam tidak berbalas.. Cikgu Saber cuma memandang sambil tersenyum dari telinga ke telinga sambil menepuk-nepuk dinding keretanya. Senyum penuh kepuasan... Senyuman pertama Cikgu Saber...

4 comments:

setinggan overfloor said...

syabazzz...

Anonymous said...

Aku ingat dia lupa nak pakai "earphone" dia kot time tu...

abah said...

ada 2 urban legend pasal sabre ni.

1.yang bebudak bangun pelan2 & bercakap tanpa suara untuk kelirukan sabre. kononnya dilakukan oleh batch 8892.

2. Pasal sabre punya depth perception. dia disoriented & jatuh dalam longkang besar antara blok F3 & Hargreaves Hall.

Sahih atau dhaif, wallahualam...

Urban legend boleh post kat citer bell ke, Tuan Mod?

Anonymous said...

life begins at 40 indeed.. (at least for sabre la) hehehe