Friday, April 25, 2008

XPDC GUNUNG BUBU


Masa cuti hujung tahun 1993, ada satu kelas drp Class 0f 94 buat ekspedisi panjat Gunung Bubu. Ekspedisi ekslusif katanya, pelajar kelas lain tidak dijemput. Mereka didiringi oleh seorang cikgu 'senior' di koleq yang cukup popular dengan panggilan SMASH dan seorang cikgu 'segar dari ladang' (maksudnya baru keluar maktab perguruan) iaitu En.Fairuz Leman.


Ekspedisi ini dirancang begitu teliti. Bila balik selepas cuti, semua peserta ekspedisi ini cukup ceria. Namun di balik keceriaan mereka itu tersimpan RAHSIA rupanya. IBU SEGALA RAHSIA. Tapi wajah-wajah mereka selamba bersahaja.

Namun setelah beberapa tahun, RAHSIA itu telah terbongkar. Sungguh licik sekali mereka ini. RAHSIA ini telah dipecahkan oleh seorang 'deepthroat' yang tidak tertanggung lagi bebanan kerahsiaan ini. Atau mungkin juga baru kini terasa BERDOSA menipu kawan-kawan.Atau mungkin penulis telah menghampiri 'deepthroat' ketika beliau dalam keadaan lemah.

Kepada penulis, RAHSIA itu diberitahu. RAHSIA itu adalah - DEPA TAK SAMPAI PUN KE PUNCAK GUNUNG BUBU, DEPA SILAP JALAN & DEK SEBAB DAH LETIH DEPA AMBIK KEPUTUSAN UNTUK BALIK...

(*gambar diambil drp site flickr MIB tanpa meminta izin)

3 comments:

Anonymous said...

usually the pouty pose in other photos are just plain tacky, but here they all works, all of them just workin it cool!

Anonymous said...

especially the second pic. remove the jungle backdrop, apply some hiphop clothing, and youll get yourself a neat Wu Tang Clan album cover!

Anonymous said...

long live urban boyz...