Wednesday, October 03, 2007

BEDMATES PART DEUX

THE QUESTION

Apa yang menyebabkan seseorang dapat katil di atas atau bawah? adakah faktor berat, jambu, nombor dobi, spec power atau banyak grub? - Syed Khalid, Sulaiman House

THE ANSWERS

Time prep school, awal-awalnya kena ikut no. dobi. Ada tag kuning pada katil (aku ada simpan lagi tag tu rasanya muahaha). pastu, lepas raya/second semester, time ikut house, pilihan atas bawah lebih kepada siapa bedmate kau.

Masa aku dulu, pak tuan asruru seorang yang pembersih, dia tak nak katil dia jadik tempat budaya lepak abe loh dan buce (diorang jiran kami masa kat Dorm C) so dia pilih katil atas. Time kat New Hostel pun sama. Takde penentuan ceteris paribus semua tu... grub, kejambuan rasanya tak di ambil kira.

Hj. BoChubby, E84 Mohd. Shah

The other reason orang nak katil atas adalah sebab kurang kena stretch katil. Orang katil bawah mesti stretch selalu sebab godaan untuk baring after class, baring after solat, baring sebelum games hours sangatlah tinggi.

Jita (Azrul Roshazli E13, Ahmad House) dulu selalu memaki herdik orang orang yang duduk atas katilnya sambil memakai kasut.

Aku pulak, sebab malas nak stretch katil sendiri, berkongsi baring atas katil Aiwa. Itulah yang dinamakan bed'mate'. Aiwa tak pernah marah aku melanyak katilnya lepas prep petang and sebelum start games hours.

Actually masa F2 in Dorm 5 dulu, bukan setakat kongsi katil, kongsi LOCKER sekali. Korang ingat tak LOCKER BESI yang besar gila tu. Kunci dia macam kunci basikal kat tepi jalan tu. So aku ambik first top 2 tiers (sebab aku tinggi) and aiwa ambik the bottom tiers.

Fadli Riza Ramli, E53 Ahmad House

4 comments:

TAITI said...

ada satu zaman tu masa f2, aku takleh mengiring ke kanan. sbb aku duk katil atas, pastu ada 2 row tingkap telah memecahkan diri ke atas aku, dan line of sight belah kanan aku straight ke pokok besar NH. bagaimanapun kadar pengaliran udara sungguh bagus ketika itu.

Anonymous said...

pokok besar ni belah padang hoki ke belah masjid?

TAITI said...

yg tepi gajah nyusur tu la, yg kononnya menjadi penjara kr. dekat padang hoki la kut. dia punya daun boleh cecah tingkap kno/zadin dorm 10. belah masjid pokok apa?

Anonymous said...

kalau yang tu. pokok belah masjid la. yang kat padang hoki tu aku maksudkan pokok denkat dengan rumah ustaz latex.

depa kata rmah ustaz latex pun berhantu jugak.