Friday, June 30, 2006

A Scout's Honor

9 Ultraman
-from kno's fotopage-

Untuk mendapatkan King Scout, kitorang kena pegi camp yg final, pentarafan. Actually ada 10 orang asalnya. Seminggu sebelum pergi dah kena torture, siapkan buku log, study & macam2. Kitorang kena potong semua buluh2 dulu, kira mcm pre-assembled, tipu sket ah. Orang lain pun wat camtu gak sbb impossible nak wat semua kat sana. So sampailah ke mlm terakhir sebelum bertolak utk camp tu. Semua dah takde semangat nak pergi, sebab dah penat sangat dan kitorang ada masalah besar. Buluh tak cukup!

Tiba-tiba je dlm kul 3-4 pagi, tan cakap dia give-up. Semua terkejut, sebab ni dah last ni, lagi sket je nak dapat king scout. Tapi dia give-up jugak. Aku pun terpikir nak give up jugak, sebab aku dah start demam.

But then tan bangun, dia bahagikan buluh2 dia sama rata, dia tak balik gi berehat, dia tolong kitorang potong buluh tu, pack kan barang, hantar kitorang kat camp. Dia & champ datang tiap2 hari kat camp hantar supply kat kitorang. Dan buluh2 yg dibagi tan telah menyelamatkan kitorang dari fail.

Unknown by many other, for us king scout 94, will always owe him a debt of gratitude and honoured him as a true scout. Seperti dalam persetiaan pengakap, "...menolong orang pada setiap masa" dan pada mlm itu dia telah membuktikannya melampaui kehendak dirinya.(wah, ayat apa ni)

thanks...
(feylong lak cerita nih...ok gak masukkan cerita feylong)

Collect Duit

Suatu hari di oldboys weekend,
Terkenang daku pada si dia,
Kisah itu kisah yang lama,
Kisah wong yang pandai gila....

Malam old boys weekend, event kutip duit syiling dalam swimming pool.

Wong/Pengakap Raja :
"Kita wat group ah, kita pakat amik sama-sama, pastu kita kumpul ah duit, tapi korang make sure kutip duit dalam swimming pool banyak2, at least kena dapat RM 2 sorang"

Awie : ditugaskan mengutip duit yang korang collect. Dia takde swimming trunk.

Aiwa/Ja/Wong = tukang cari duit dalam air.

Pemerhatian : Advantage group ni
  • Wong boleh pergi jauh (paling berpotensi sebab dia Pengakap Raja - dijangka dapat mengumpul RM5++)
  • Aiwa pun boleh collect sebab dia orang Sabah (Bajau Laut) berpengalaman kutip mutiara di dasar Laut Sulu
  • Ja mempunyai potensi yang tidak terhad pun boleh sebab swimming trunk dia ada buckle dan dia adalah 'Man from Atlantis' (refer swimming pool col. I)
  • Awi ada kat atas tunggu duit sambil survey kordinat syiling2 dlm air
Keputusan Collection:
  • Aiwa = RM 3++ (cukup syarat)
  • Ja = RM 2++ (cukup syarat)
  • Wong = RM 0.20 (hampeh)
Duit kutipan tidak jadi dikongsi kerana kutipan wang yang diwar-warkan oleh Tony Wong sangat-sangat tidak memberangsangkan. Beliau disabitkan kesalahan dan didenda keluar town/courrier/fly pegi stesen untuk beli nasik. Akibatnya, dia dikejar anjing semasa keluar membeli nasi kitorang.

Bila Tony Wong dah sampai dalam kul 3 pagi (dahla kutip 20 sen je, lambat lak tu) dia kejut kitorang yang letih ni (especially Ja) untuk makan nasik goreng.

Keesokan harinya didapati Ja telah tidur di atas nasi yang bertaburan di lantai dan tilam bersama telur goreng di dahi. Dia tertidur ketika makan nasik.

- from aiwa's recollection

p.s -
Sebelum terjun, old boy announce

"Duit telah ditabur...."
CEBUSSSS!! <---aiwa terjun dulu. (actually ada org tolak dia) Pastu semua orang jerit kat aiwa suro naik semula. Member terkial2 panjat tebing. By the time dia naik semua orang lak terjun. Tapi at least dia kutip lebih dari 2 ringgit.

Make Sure Warm Up Dulu

Di suatu hari , sambil Wong warm up gila-gila kat tepi swimming pool, dia marah orang tak warm up. Aku, Awi & Ja dah terjun dulu dah. Dah mengilai-ngilai dalam kolam.

"Hoi ! Warm up la dulu. Nanti krem kang, padan muka !"

Tak lama selepas itu dia krem dulu. Tak pasal2 kitorang kena stretchkan kaki dia.

- from aiwa's recollection

Man From Atlantis (orang seberang baruh)

Di suatu sudut swimming pool, Kelihatan Jasman yang begitu macho seperti MAN FROM ATLANTIS. Beliau sebelum tu mengakui jari jemarinya mempunyai selaput seakan-akan kaki itik serati tetapi telah dirahsiakan oleh beliau takut-takut identitinya terbongkar.

Pada mulanya kami (aiwa, wong dan awie) tidak mempercayainya namun dengan nada yang tegas, beliau berkata "Kawan-kawan! tengok apa yang aku nok buat !"

Lantas, dia menunjukkan skill menyelam dan berenang gaya hero tersebut. Akhirnya dia timbul ke permukaan air dengan gaya slow motion dari dasar swimming pool dengan keadaan gigi dan hidung berdarah akibat pelanggaran pada lantai swimming pool.

- from aiwa's recollection

p.s - Gaya berenang man from atlantis adalah menyelam/berenang stail dolphin. Guna pinggang je. Ja telah membuat aksi ini dgn bersunggoh2 sambil pejam mata sehinggalah ke dasar kolam.

"Tu la, aku dah cakap jangan lados kat sini"

Pada suatu malam sebelum lights off, aku dan beberapa rakan (mungkin awie, bobo dll) telah mengepau dan mengajak Mongger untuk menghisap rokok (lados) favourite mongger iaitu rokok peter styvesent(camana nak eja nih...)

Setelah kami masuk ke dalam shower, Aku masih ingat aku diekori oleh Fitt. Aku memang dah agak, fitt nak menyamar menjadi prefect/warden. Selang beberapa minit kami melados di shower, pintu shower diketuk dengan kuat (oleh Fitt) dengan menyatakan agar kami segera keluar. Aku tau tu suara Fitt (dorm mate aku time form 5) tapi aku ngan bobo buat-buat takut/cemas.

Dengan nada yang ketakutan dan separuh menangis , mongger seraya berkata;
"Tu la, aku dah cakap jangan lados kat sini. Ko ajak aku jugak. Aku tak salah dalam hal ni. Habisla kalu mak bapak aku tau..... ko la ni yang ajak aku. Camana nih camana nih....."

Nasib baik buih tak keluar dari mulut Mongger.

- As posted by aiwa

p.s -
  1. aku (awi) takde kaitan dlm cerita ni
  2. rokok itu disimpan dalam botol bedak (brand tak ingat tapi wangi)

Thursday, June 29, 2006

Berjuntai Juga


"Apa tengok-tengok, berjuntai macam kamu juga !"
- Blanka
talking to budak-budak Sc5 yg pusing kepala ( heads turn ) bila budak-budak junior lalu tepi kelas waktu kelas BM. Pastu semua orang cam 'yucks!' bila imagine perkataan jambu+berjuntai.

Wednesday, June 28, 2006

"OLE !!"

Nyanyian disertai dgn tarian petik2 jari ala-ala sepanyol. Selalu dinyanyikan oleh pemenang 'declare'. <---camni ke eja? Orang yg paling bersunggoh2 Ole ! adalah aiwa. Sama ada dia suka main 'declare' atau dia mmg selalu bersunggoh2 dlm hal2 mengarut. Ole ! nya boleh didengari oleh budak Sc5 kat tingkat bawah. Ole ! nya penuh dgn perasaan menghina pihak yg kalah. Kadang2 sampai berkerut kening dia dan keluar 'urat merih' membuat tarian Ole !

Ole ! juga boleh berjangkit. Ole ! dari Sc4 juga akan disahut oleh Sc5 di tingkat bawah walaupun tidak mengetahui punca Ole ! tersebut. Kesan dari Ole ! ini amat panas dan memalukan, seterusnya pemain 'declare' yg kalah itu akan berdendam utk mengalahkan org yg Ole ! itu. Seterusnya prep dihabiskan dgn main 'declare' shj. Pastu sambung kat dorm pulak.

Antara sambutan Ole ! yang sempat dirakam
Mangsanya adalah malee, senyum cover dendam tu

Mangsa Ole ! ini pula sangat ceria (ritz a.k.a foo)
Tarian Ole ! yg begitu teliti oleh safarel & monger

credits for this photos - rifdi & atfie