Wednesday, February 24, 2010

CHIBIOK LARI DARIPADA KR

Satu malam tu, masa KR mengamuk a.k.a naik minyak, semua org lari bertempiaran jauh dari Dorm C. Aku pulak boleh salah bearing, lari ke arah Dorm C. Apa lagi, face to face la. Nasib baik aku pendek, so radar KR radar tak boleh detect aku. Aku sempat buat u-turn ala2 mat rempit terus ke bawah dalam sekelip mata. Aku tak kelip langsung mata waktu tu.


Nasib baik ada Comang. Dia la yg distract KR. Aku terselamat dari dibaham. Aku masih trauma...

Nukilan -Chibiok-

Sunday, January 17, 2010

HAIRUL KANTOI TIDO DENGAN JAKPIE

Cerita ni berlaku masa Form 3 dalam Set B yang berada bawah bimbingan Jakpie. 

Masa tu Reading Time, jadi semua kena reading la (duh!!!).

Jakpie kat depan kelas. Hairul baca buku sambil buku letak atas peha, kepala letak kat atas meja, kat bucu la....

Sekali Jakpie suspect Hairul tidur. Dari depan dia jalan slow, slow, lepas tu dia masukkan tangan antara kepala Hairul dengan buku tu, siap goyang goyang tangan berapa kali. Hairul takde respon apa-apa. Lepas tu dia jalan balik kat meja dia.

Kemudian terus Jakpie cakap kuat kuat daripada depan, "Hairul, what are you doing?"
Hairul angkat kepala terus jawab, "Reading, sir!!!" ...

Satu kelas barai gelak. Hairul kantoi tido dengan Jakpie.

-diriwayatkan oleh La'Ba-

Monday, January 11, 2010

KALAI KENTUT DALAM KERETA

Dulu-dulu, satu aktiviti yang digemari oleh budak koleq adalah bawa balik member ke rumah untuk stay over, biasanya masa cuti hujung minggu atau 3-day weekend.

Kejadian berikut berlaku masa Kalai stay over kat rumah Mxxx di Taiping masa F1 tahun 1990. Penceritaan dibuat oleh Kalai sendiri.

"Aku terkentut dalam kereta bapak Mxxx. Bapak Mxxx kerja polis time tu.
Perjalanan yang berpusing-pusing membuatkan perut aku sarat
dengan angin lintang yang mencucuk dinding usus.
Lepas tu aku pun sisssssssssssssesssssssss
secara senyap tapi mampu membunuh. Aku cuba cover line tapi Mxxx
mula cakap-cakap dengan bapak dia apasal ada bau yang super piau
secara tiba-tiba. Aku cuak tapi aku tahu aku tak salah. Ini semua sebab tadi
parents Mxxx kasi aku makan sedap-sedap dan perut aku
sememangnya kosong. Ditambah pulak jalan dari rumah agak jauh dari bandar tempat penetapan Sapet Karlo i.e Taiping.
Aku tetap diam dan cuba dengan sedaya-upaya menahan
tusukan-tusukan angin dalam usus dengan mengemut-ngemut punggung aku. Aku tetap berusaha keras tapi sisssssssssssssssseesssss
keluar lagi angin maut kali kedua.
Kali ini tiada apa-apa berlaku. Tapi aku nampak muka Mxxx dan
bapaknya berkerut-kerut dan cemerut. Tiba-tiba kereta berhenti.
Aku cuak - tolong jangan humban aku ke dalam gaung dan dimakan haiwan liar.
Aku masih muda dan harapan untuk main U-15
masih ada walaupun W.A.I. (Wan Ahmad Izani) star gila -fikirku cemas.
Bapak Mxxx keluar secara keras dan seterusnya BANG! BANG! BANG!!!!
Ledakan pistol memecah keheningan hutan Selama. Aku pasti ada monyet jatuh.
Tak sempat asap hilang dari muncung pistol itu, bapak Mxxx mengerling tajam kepada aku.
Belum sempat bapak Mxxx kembali ke kereta, aku sudah buat triple kemut supaya angin lintang itu terus lenyap di dalam ususku."

Wednesday, January 06, 2010

CATATAN HARI PERTAMA DI KOLEJ MELAYU

Hari pertama kami semua di Kolej Melayu jatuh pada hari ini, 20 tahun yang lalu. Banyak kejadian berlaku pada hari itu -kenangan manis dan pahit. Antaranya:

BERKENAAN TOILET & TOILET DALAM DORM

"Masa tu aku happy sebab toilet dalam dorm...bila pergi Dorm C ada toilet lagi besar dekat dengan katil aku. Wow! Bestnyer." - Pyan, E70, Idris House.

"Masa tu aku kecewa sebab Dorm D takde toilet." - Botchap, E84, Mohd. Shah House.

"That was the first time aku nampak toilet kena cangkung." - Jija, E53, Ahmad House.

*Toilet yang dimaksudkan adalah cubicle para pengawas. Toilet besar itu adalah Cube IBJ.

SELUAR HIJAU PANJANG (FLOURESCENT)

"Aku masuk pakai seluar hijau panjang sambil diusha oleh saudara Sheppe yang duduk tak jauh dari katil aku." - Jija, E53, Ahmad House

CUAK HARI PERTAMA

"Aku cuak tengok tengok Mohd Nizam Md Daud dengan pakaian lengkapnya dan Syed Muhammad Jamalullail keluar menjalar dari kereta." - Pyan, E70, Idris House

KELIRU HARI PERTAMA

"Aku confuse bila time pendaftaran, cikgu tu asyik mention kat aku - MOHD. SHAH, MOHD. SHAH. Aku kata Mohd. Shahrul la, Mohd. Shahrul, bukan Mohd. Shah. Rupa-rupanya cikgu tu bagitau rumah sukan aku." - Mohd. Shahrul Shari a.k.a Botchap, E84, Mohd. Shah House

Tuesday, January 05, 2010

KENAPA AKU KURUS MASA KAT KOLEQ

Pengakuan seorang Yengkoz (nama dirahsiakan, tapi dia seorang tauke nasi East Wing).

Dulu memang aku tertekan masa Form 1. Duduk kat Dorm B, kat tepi stor... Al-Qur'an kat tepi bantal. Selalu terbangun masa tengah malam.
Nak tido balik, susah. Patut la aku kurus...

Tuesday, December 22, 2009

TKID MAIN TARIK TELOQ

During our time, the SBP rugby teams to beat were SEMESTI and SOKSEK. And our first encounter with SOKSEK team was indeed a memorable one.

Our rugby team first met SOKSEK during the U-14 North Zone Inter SBP Sports Carnival in 1991 in Perlis. To cut a long story short, we lost the the game handsomely to them. They were good.

But it was not memorable because we lost. It was memorable because the game witnessed the first of many dirty tactics and techniques deployed by us in due course of our koleq's sporting career. :)

SOKSEK had many good players, one of the most oustanding being its open side winger known as Din. Din was big for a 14 year old and he ran through everything that blocked his way, not unlike Jonah Lomu during the 1995 World Cup. Standing opposite him was Tkid.

Everybody was really clueless on how to stop this human juggernaut. So we basically left things to chance and fate. Little did we know that Tkid had an ingenious plan. But Tkid kept it close to his chest. Nobody knew, not even Kadaque, the captain.

We only came to know of his plans halfway thorugh the game when a fuming Din shouted at the top of his lungs in the course of him running for another try, "HARAM JADAH - HANGPA MAIN TAGHIK TELOQQQQ!!!!"

Tkid never owned up to the act but he did not deny it either. Not until recently.

Tkid broke his silence after all these years. Below is his confession :

Memang aku tarik teloq Din tu ha...sampai 3 orang tackle tak jatuh2...
aku pun tarik dan pulas baru dia berhenti berlari..

Thursday, December 03, 2009

POLISI MENGENAI MEROKOK PREFECT'S BOARD YENGKO

Soalan Daripada Non-Prefect Yengko

XXXX, masa hang jadi 'polis' (istilah TNGggGGGgggGGG...) dulu, camne hang handle this issue - bebudak rugby menggunakan steroid berjenama marlboro and dunhill nih?

As a rugger, of coz ko nak increase the chance team ko menang kan (kalau bebudak nih kantoi, mau aku, rough, chamat etc yang kena masuk team pasal x cukup orang).. tapi as a polis, ko still ada ada amanat dari pihak management MCKK yang ko kena jagakan?

Jawapan Daripada Prefects Yengko

Anj. 1 : If i remember correctly, I had a policy to deal with this. Not only with ruggers but with all others. Kerja jadi anjing kat koleq bukan boleh bawak ke mana pun, that I realised early. So, pada aku as long as kawan-kawan kita yang merokok ni show me some respect i.e tak hisap openly, etc., I will not chase (the term is hunting).

Kalau aku jumpa aku akan ambik rokok tu. Tapi aku tak report.

Banyak juga rokok yang kena rampas dengan aku - rokok Cop, rokok Ayul pun ada jugak, rokok Faz, Khalid pun ada rasanya. rokok Eshadiq 96. Nak buat mcm mana, hangpa isap dalam toilet dorm 16/17 yang juga digunakan oleh aku.

Anj. 2 : Aku pernah hunting sorang sebab dia isap dalam dorm. Dia dok dorm hujung. Ade jugak rokok yang aku jumpa, aku letak air, aku tak rampas.

Anj. 3 : Aku applied similar concept with XXXX.. tak hunting tapi kalau jumpa aku amik.