Wednesday, December 13, 2006

SANG JUARA

Sang Juara menulis sejarah
Setelah menang perang berdarah
Dengan strategi mahupun tuah
Atau cuma menabur dakyah

Sang Juara mengubah fakta
Habis kebenaran diputarkannya
Hanya untuk meninggikan hidungnya
Sebagai tokoh, pahlawan, dan wira

Sang Juara memadamkan bukti
Kitab Tuhan langsung tak dipeduli
Apatah lagi keterangan saksi
Dibuatnya seperti mematahkan lidi

Sang Juara terus menipu
Kita pun jadi mata kelabu
Tak kenal isi dari kuku
Siapa tersedar dikata merapu

Sang Juara membina sangkar
Untuk menghukum siapa yang engkar
Dihina, direjam, diletup, dibakar
Baru kau tau siapa yang besar

Sang Juara menjadi kaya
Dengan wang ringgit dan kuasa
Rumah dan surau habis disita
Supaya tanah dapai digadainya

Tapi ingatlah Sang Juara!
Sungguhpun keris engkau yang punya! (ceh, macam aku takut)
Kan kutentang kau setiap masa!
Selagi badanku mengandung nyawa!

Sekarang masa untuk kau panik!
Tahap kemarahanku sudah kronik!
Tak terkawal dengan ta'kulan mantik!
Akan kuhumban kau ke tangki septik!!!
nukilan : AJ OF AHMAD HOUSE, GRAND HAVEN 2006

3 comments:

Anonymous said...

Kemarahan AJ sudah memuncak
Laksana pedang keras terpacak
Pantang undur walau setapak
Sang Juara pasti dipijak

Sang Juara harus ditentang
Dengan kudrat mahupun wang
Jangan mundur bersatu menentang
Bersama AJ dibarisan pembangkang

Bersatu menentang gembeleng tenaga
Kerah kudrat segala yang ada
Bersatu kita jatuhkan Sang Juara
Di dalam arena pilihan raya

Terang bulan dipagar bintang
Bulan sabit tampak berseri
Bersama kita dibarisan pembangkang
Supaya dacing tak lagi berfungsi

E26....

fazurin said...

Meskipun yang ini tidak layak dikategorikan sebagai cerita loceng, terima kasih tuan pengantara kerana telah menampalkannya di sini untuk tatapan umum.

abah emil said...

sama-sama