Aku ingat lagi malam pertama 'kudapan malam' aka supper pertama masa 1993, roti krim masa tu. aku dengan bangganya menjadi sepuluh yang pertama tiba di dewan makan. tunggu punya tunggu, pintu tak buka lagi.tunggu lagi sepuluh minit, batch 8993 (dengan izin) pun sampai, amhari pun ada, salleh mohd shah pun ada. tiba-tiba, muncul belahan cahaya daripada pintu belakang dewan makan, menandakan telah masuk waktu makan. dengan keyakinan jitu, semua yang ada telah ku 'hands-off' (dengan izin, untuk menambahkan kesan khas pada pembacaan), masa tu kelihatan dua bakul rotan roti krim berlabel 'roti kangsar'. Dua tangan ku hulur untuk ku ambil roti tersebut sebanyak mungkin, sebelah tangan ku rebut lima roti, dan sebelah pun ku hitung ada lima juga. dengan cetusan hati yang bongkak, aku yakin malam ini aku pasti tidur kekenyangan...
Malang tiba-tiba menimpa... serbuan demi serbuan dari warga kolej yang baru tiba. roti ditangan ku dirampas, lepas satu, satu. ku cuba menepis, menangkis serangan dan terjahan dan rempuhan keras dari segala arah. ketika ku hampir berjaya mempertahan dua ketul roti terakhir di tangan, ada satu tangan (aku tak tau tangan siapa) merampas roti kangsar yang ada dalam genggaman aku, kilas punya kilas, kain pelekat lalalala aku nyaris tertanggal. memandangkan maruah lebih penting dari perut, dan ke'kalifornia'an (dengan izin) aku malam tu, aku sekadar menyerah pada takdir..
Malam tu aku dapat minum air jek.... Kimak korang!!!! ( kataku dalam hati, ada ubi ada batass.....). dah la balik dengan tangan dan hati yang terluka
l/s sejak hari itu, aku tidak pernah menoleh kebelakang lagi... kau senior ke, junior ke... mahu makan kalu, datang awall....
cabutan daripada diari seorang bekas pembatak...
Nota editor : Ini adalah kisah benar. Tidak lama selepas SPM, pembataque ini telah terpaksa mnjalani pembedahan kerana usus terburai. Usus beliau telah pendek 2 inci akibat pembedahan tersebut. Sekarang beliau telah bergelar haji dan menumpukan seluruh tenaga beliau dalam melaksanakan RMK 9...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment