1) Bermula dengan soalan EZ yang dijawab oleh Che Mad:
Kawan-kawan
Ni aku betul-betul nak tanya. Betul-betul literally nak tanya.
Dulu masa aku form four, aku nampak batch 93 ada gelaran-gelaran masing-masing seperti Chikendoi, Cavalera, Luciano dan sebagainya.
Soalan 1: Apaka sejarah disebalik nama-nama ini ?
[Ahmad Jembari] 'Just to be cool' nicknames je - ada sejarah ke? Rasanya diorang pick out of thin air, mana-mana yang rasa bunyi best. Tapi bila dah tua ni kalau kau tanya sekor-sekor tak nak mengaku.
Soalan 2: Apakah maksud dan tujuan mereka ? Is there a club kah ?
[Ahmad Jembari] Saja-saja. Zaman mencari identiti sendiri. Mungkin juga ada sedikit tujuan untuk riak, ataupun sengaja nak merasa pakai nama kafir.
Soalan 3: Apakah itu Downstaze ?
[Ahmad Jembari] Ni aku tak tau. Macam nak bagi cool the word for downstairs je. Downstairs from where? Bawah kolong? Rasanya aku pernah nampak Luciano & Chaie, among many others, pakai t-shirt downstaze ni dulu. Cuba kau suruh Mtop tanya Chaie.
Soalan 4: Apakah beza Downstaze dan Babi ?
[Ahmad Jembari] Downstaze aku tak tau. Babi tu simbol untuk kutu batch tahun ganjil. Kutu2 batch tahun genap pakai simbol primates (macam beruk, baboon, etc.) Ni abang aku lah cakap. Aku sendiri orang panggil gorilla dulu (tapi on the basketball court je lah, bukannya aku sendiri yang mengaku). Bebudak Cagers siap tampal sign "DO NOT FEED" masa aku tengah tido lagi.
2) Kemudian bersambung-sambung dan meleret2 sehinggalah subjek sudah tak kena mengena dengan mesej:
Jawapan 1:
chet che mad, terlampau pantas kau hari ni. ha ha downstair/-staze tu sebenornya dorm 21 and 22 ha ha (dorm aku laa 21, yg amat disayangi sebb 3 tahun aku duduk kat dorm tengok2 budak main tennis di depan ehem ehem).
sebb dulu lepas lunch, budak2 93 akan beramai2 datang dorm aku or 22 and menari2 dengan satu mini hifi....
cuma masa tu nafsu ammarah aku kurang, tak pulak aku rasa tersinggung atau apa-apa. aku kan sayap kiri dari dulu, kalau lah marhaen biasa yang buat hal, tak pulak aku rasa marah sangat sebab prinsipnya memang ada undang-undang yang akan menghukum mereka..
sebab tu lah di kolej dulu tahun sehingga 1993 "perang" aku selalu dengan pengawas, sebab sebagai penguasa dan yang berkuasa, mereka perlu bertanggungjawab melaksanakan amanah dengan adil. kalau dirasa tidak adil, maka nafsu ammarah mula membuak2.
aku tak berubah sampai sekarang ha ha ha
* berpeluh nak sudahkan satu e-mel dalam bahasa melayu ni.... bukan mudah nak mengharungi cabaran Minggu Bahasa Melayu
Jawapan 2:downstaize itu kerana mereka duduk ditingkat bawah west wing....dan menari 4u2c adalah kegemaran mereka.."kami rappers yo" kata mereka.
cikendoi tu mamaq 1993 tak silap aku... luciano tu mohayazid yang dilaporkan jauh kurus dari duolu dan dari aku skang..
Jawapan 3:
Kau memang pemberontak legenda. Aku teringat masa kursus pengawas 1993 aku kena kejut tengah malam buta dengan "para pelatih" and diberi amaran pasal kecenderungan subversif kau. Sebab tu aku pulak ikut memberontak tak pergi kursus tahun 1994.
AJ.
p/s Minggu Bahasa Melayu dah start ke? Kalau begitu "Rough" kena tukar "Kasar", and Mat "Top" kena tukar jadi Mat "Atas" la kot.
Jawapan 4:mohayazid ikut diet esatusatuenam kot...
Jawapan 5:
Itulah pasal Chikendoi ni, saya memang tahu bahawa orangnya ialah Syed Mamaq. Dia memang baik, sebab kami budak-budak Form Four Baru selalu dipanggil oleh kumpulan Downstaze ini dan dimaki hamun atau diugut. Tetapi Syed Mamaq tu tak pernah marah kami. Dia baik.
Itulah saya nak tahu: Apakah itu Chikendoi ? Perkataan bahasa Pulau Pinang kah? Mungkin Syed Khalid boleh beri penerangan inti bahasa.
Satu lagi ada seorang senior kami bernama Latoq. Adakah itu pendekan telor bagi perkataan - Datuk? Dia orang Cina kah ? Saya masih ingat dia panggil semua Form Four baru berbaris di overfloor punya verandah tu dan dia pun menjerit menggunakan Hailer. Mengapakah dia marah? Saya memang nak tahu.
Kami form four baru juga ada yang disuruh untuk mempolish kasut. Saya dulu juga di Dorm 22 disuruh polish kasut Form Five 93. Kadang-kadang kawan-kawan Thoroughbred '94 saya - kata "Jangaan". "Itu Jamban laa. Ko jangan layan." Maka saya pun tak polish lah. (Ingatan saya samar dalam cerita ini.)
Itulah saya nak tahu - dalam batch senior saya setahun tu ramai yang orang panggil Jamban. Tetapi dalam batch saya sendiri tak ramai pula.
Mengapakah Jamban dikaitkan dengan 1993. Adakah disebabkan Guru Besar Hassan Hashim banyak melaksanakan baik pulih dan renevasi kemudahan awam di kolej tahun itu? Saya tak tahu dan nak tahu.
3) Tetapi soalan itu tidak berjawab dan mereka mula melalut ke benda-benda lain, termasuklah hubungan mesra Chaie dan Mat Gasing yang dicemburui isterinya (ha ha ha).
No comments:
Post a Comment