Wednesday, January 16, 2008

Kisah Sembilan Pengakap - Siri Kem Mengembara "SURVIVOR BOTA"



Batch kitorang merupakan second batch (first batch, batch 93, ainan, neno, amirul dgn sape lagi sorang ek, aku lupa) koleq yang setelah sekian lama ketandusan King Scout, at last dapat gak wakil koleq untuk meneruskan tradisi King Scout Kumpulan Pertama Kuala Kangsar. Time tu katanya, (perawi : Cikgu Yatex Scout.. budak scout mesti kenal dia ni, diva scout kuale) last koleq dapat produce King Scout masa 80's.. so, dengan semangat once a scout, always a scout, kitorang pun bertekad, apa pun terjadi, mesti gak dapat king scout ni..


Sebelum pentarafan, time tu kena pergi kem mengembara kat bota selama tiga hari dua malam. Camping tepi sungai, bukan dengan ponco atau tent macam sekarang ni. ini macam jungle survival laa.. buat khemah dengan bahan hutan.. Selalu diorang pakai daun keladi macam gambar yang sebelah ni, atau anyam daun kelapa atau nipah buat atap.

Atas kecerdikan budak koleq yang selalu eksen tak nak sama dengan lelain, kitorang (fudul, wong, ja, kno, aku, rembelta, jita, mattop dan awie) memilih untuk menggunakan buluh yang dibelah dua dan disusun bertangkup antara satu sama lain untuk dibuat atap khemah. Akan ada ujian nanti sama ada atap tu kalis air atau tak. kalau bocor, consider gagal dan terpaksa la amik test next year nanti. rupa-rupanya, bila buluh tu kering, dia akan mengecut, dan akan ada rongga di antara buluh-buluh tu.. Awal-awal tu memang gelabah puyuh gak la.. tapi, dengan kepakaran wong yang panjang tangan dan jari, daun-daun keladi lebihan sekolah-sekolah lain kitorang recycle secara sistematik.. siap passing-passing antara khemah masa nak test malam tu hahaha!

next post : ja & awie nyaris terbunuh...

3 comments:

Sports Guru said...

Tahniah.. dari kami web komuniti kelana di www.kelana.org

Robert Stephenson Smyth Baden Powell said...

Kenangan mengakap seketika dulu:

Pek!
Pek!Pek!Pek!
Peekkkkkkkkkkkkkkkkk!!!!!!

Akela! Kami buat habis baik!

Kamu buat habis baik?

KAMI BUAT HABISSS BAIKKKK!!!

wong said...

Gila malam-malam pi kutip daun keladi sisa org...ha..ha.... tu tak masuk skill memendekkkan kaki semasa test kerana design failure ...takut basah kaki...ha...ha....