Thursday, November 30, 2006

Memori Training Ragbi Bersama Munizam

Bochap

aku dulu, sebab datang training ragbi lambat, munizam suruh round padang ragbi dengan padang bola big school sepuluh kali, matahari terpacak,pukul 3 petang masa tu...

member2 lain, tank, coppo, epit semua tengok je dari jauh.

abis je sepuluh, aku lari dapatkan kan dia, ingatkan dah lega, deraan dah abis, belakang dia cakap, 'Sepuluh Lagi!!!!"

Cis!!! satu round lebih kurang 400m, 20 round=8km.. tengah panas lagi tu...

EPIT

Preeeeeeeetttt....*bunyi wisel*...semua orang berdiri kaku seperti arahan Munizam.

Kedudukan aku ketika betul-betul di belakang bontot RudiCop (daripada satu angle, ia seolah-olah menampakkan aku ingin menyontot Scoppo).

Munizam (dengan nada paling keras) : Hafiz, awak bodoh ke gila???

Epit : Emmmm...errrrr...saya bodoh cikgu....

"ADIK BELLY" (Batch 95, Ahmad House)

Mamat ni pun datang lambat jugak. Seperti biasa, hukumannya apa lagi, keliling padang la. 5 round, biasa. Masuk 8 round, budak tu dah jeling-jeling munizam. Munizam buat derk je. Masuk round keberapa belas ntah (mungkin lebih sebab kitorang dah nak abih training time tu), Munizam masih buat tak reti lagi. Atas dasar perikemanusiaan, kitorang ramai-ramai memberanikan diri peringatkan Munizam. Salah cakap nanti, kitorang puak lari padang...

Sekali Munizam tepuk dahi sambil tersengih dan berkata,

"ALLAH, SAYA LUPA!!!!!!!!......"...


8 comments:

bochap said...

Muahaahahahaha...

Part adik belly yang aku tak tahan tu.. boleh terbayang rupa adik belly sampai sekarang. memang agak slo-mo sket adik belly time tu

p/s sampai keluar ayagmata aku gelak heheh

Reef's Rant said...

aku kena jemur ngan safarel kat padang depan lab fizik pon tebabas gak dari 10 minit jadi berapa lama ntah.. munizam mudah lupa.. ekekekee..

Setinggan Overfloor said...

Memang Munizam mudah lupa...

Dia baca ke ni???

abis la sesapa yang dok tulih pasal nama dia nie...

Anonymous said...

Munizam faham concept, tak hafal.. pasal tuh die slalu terlupa.

adik belly = vellu kan?
Ternak grade A1 gak la nih..

ps: munizam jr = fahmi he he he

Anonymous said...

Aku ingat lagi satu ari enche munizam basuh kepala che mad dalam sinki lab physic sebab bagi wrong answer (masa f4)...pas tu che mat terus jadi terror. So aku confident sungguh air sinki tu mmg mujarab..aku try la minum ngan basuh kepala sekali...HAMPEH..lagi bengap jadinya.....harhar. Emm..kat mana che mat skang. Tak balik mesia lagi ka?..

Anonymous said...

aku masih lagi ingat masa latihan ragbi di padang ragbi UPM untuk persediaan perlawanan tahunan bersama vagiravudh kolej pada tahun 1993.

munizam sangat marah dengan cara 'tackle' (dengan izin) kami pada waktu itu. dikatanya 'tackle' (sekali lagi dengan izin) kami sangat lembik. maka disuruhnya salah seorang daripada kami untuk men'tackle'nya.

tiada siapa yang berani. takut salah buat, didendanya kami nanti. yang aku ingat, encik bochap@shasha yang dipilih untuk men'tackle' munizam (tidak ketahui samada bochap sukarela atau dipilih munizam secara rambang).

lalu bochap 'tackle' munizam dari sudut lariannya yang pasti memaksimakan momentumnya. lantas munizam rebah ke bumi padang UPM akibat di'tackle' bochap yang padu.

akan tetapi, munizam terus rebah dan tidak lagi bergerak untuk seketika dan matanya masih pejam seakan-akan pengsan. yang nyata semua orang terpegun dan ketakutan. ada yang gembira di dalam hati, 'munizam dah pengsan maka latihan ragbi petang tu boleh ditamat lebih awal'.

yang pasti, manusia yang paling gelabah masa tu bochap. hehe.

walaubagaimanapun, munizam kembali sedar dari pengsannya setelah kami mengusik badannya. ada yang lega dan ada yang rasa kesal tidak menawarkan diri untuk men'tackle' munizam sebelum tu.


l/s : nukilan ini terpaksa dibuat di dalam bahasa melayu kerana penguatkuasaan MBM oleh kumpulan kolej9094.

l/s : sebenarnya aku kurang pasti, adakah betul bochap yang 'tackle' ataupun kadak. hamba keliru kerna lupa. peristiwa 13 tahun dahulu

-e99-

Anonymous said...

aku kurang confident kekuatan tackle bochap boleh mendatangkan tahap kemusnahan begitu..
Most probably Kadak.. takpun Charlie hehehehe..

kadax said...

aiik,,bukan aku..tungkid,kononnya demolah,,skali dua2 pun injured.gila potong,,'spear tackler'dah injured tungkidjelah harapan nak tackle cam tu.syam replace tungkid last2 syam pun injured pasal tackle bro blind wing yg bdn cam gajah tapi laju mcm Carl Lewis.Keputusan,,MCKK 0 - Vajiravudh 55