THE QUESTIONApa yang menyebabkan seseorang dapat katil di atas atau bawah? adakah faktor berat, jambu, nombor dobi, spec power atau banyak grub? - Syed Khalid, Sulaiman House
THE ANSWERSTime prep school, awal-awalnya kena ikut no. dobi. Ada tag kuning pada katil (aku ada simpan lagi tag tu rasanya muahaha). pastu, lepas raya/second semester, time ikut house, pilihan atas bawah lebih kepada siapa bedmate kau.
Masa aku dulu, pak tuan asruru seorang yang pembersih, dia tak nak katil dia jadik tempat budaya lepak abe loh dan buce (diorang jiran kami masa kat Dorm C) so dia pilih katil atas. Time kat New Hostel pun sama. Takde penentuan ceteris paribus semua tu... grub, kejambuan rasanya tak di ambil kira.
Hj. BoChubby, E84 Mohd. ShahThe other reason orang nak katil atas adalah sebab kurang kena stretch katil. Orang katil bawah mesti stretch selalu sebab godaan untuk baring after class, baring after solat, baring sebelum games hours sangatlah tinggi.
Jita (Azrul Roshazli E13, Ahmad House) dulu selalu memaki herdik orang orang yang duduk atas katilnya sambil memakai kasut.
Aku pulak, sebab malas nak stretch katil sendiri, berkongsi baring atas katil Aiwa. Itulah yang dinamakan bed'mate'. Aiwa tak pernah marah aku melanyak katilnya lepas prep petang and sebelum start games hours.
Actually masa F2 in Dorm 5 dulu, bukan setakat kongsi katil, kongsi LOCKER sekali. Korang ingat tak LOCKER BESI yang besar gila tu. Kunci dia macam kunci basikal kat tepi jalan tu. So aku ambik first top 2 tiers (sebab aku tinggi) and aiwa ambik the bottom tiers.
Fadli Riza Ramli, E53 Ahmad House