Wednesday, October 03, 2007

Meor Kena Rejam

Sebut pasal mior dobi, teringat insiden kat New Hostel. Satu pagi tu sebelum inspection, dorm 10 dengan interior decorator cik KNO memang selalu sibuk la nak dapat first Dorm Terchantek New Hostel... Itulapun nak wakil rumah mohd shah, nak harapkan Dorm 4 memang agakla payah. Mungkin sebab ada Noradli Persuade kat situ..

Usaha kecantikan ni pun hampir meragut nyawa ahli dorm. Nasib baik Allah lebih sayangkan nyawa awi. Eh! Berbalik pada cerita tadi. Masa tu, dah dekat pukul 8, lagi 2-3 minit fect Rudy & the gang akan mula meround. Cermin tingkap semua dah bersilau, lantai ok, vacuum cleaned muahaha.. Sudu garpu, sikat sabun semua dah tiptop, complete set. So, semua dah amik posisi tepi katil la macam BDK. Sambil2 berdiri, buat lawak2 new hostel sikit sementara menunggu turn, confidentla kali ni boleh top three nya. Dorm 10 jek yang ada sign board bienvenu dgn selamat datang yang dihiasi bunga-bunga hidup.

Entah macamana, sambil2 berdiri tu, ternampak lak setongkol plastisin putih terlepek kat tepi tingkap. Aku tak ingat la pulak sapa punya, so nak menghilangkan kebuhsanan menunggu kitorang pakat lambung2 la plastisin tu, orang katil belah koridor pas dekat orang yang katil belah pokok berhantu tu ( memang mengerikan pokok tu, dahan dia melempai, sikit lagi nak masuk dorm,kena katil kno dgn zadin). Lambung, gelak, lambung, gelak. Time form 2, bebudak lagi, plastisin pun boleh jadik main. Nak jadik cerita, lambungan2 nakal tadi dah bertukar menjadi rejaman ganas, tapi masih dalam kawalan.. Semua dah semakin ghairah, dan tiba lak kat tangan Butcher Bob the Builder plastisin tu, dia aim baeekk kat gadap yang katil betul sebelah pintu masuk, 1... 2... Zupp berdesupp plastisin tu membelah udara menuju ke gadap dan gadap mengelak.....

KLEPEKKK!!!! ADOIIIII!!!!

Rejaman plastisin tu landing betul2 kat muka Mior dobi, kebetulan la, memang dah malang, nak buat cemana. Enggang lalu ranting patah.. Muahaha!! Hilang dua batang gigi mior di pagi yang bening tu, darah berceceran.. Nak gelak tak sampai ati lak, tengok mata mior dobi dah merah.. Yang dia pegi lalu kutip baju time tu sebab apa hahaha!

- boshasha

6 comments:

Bcp Unlmtd said...

Aku lupa nak tambah, mior,sambil memegang giginya atas tapak tangan, menoleh pada kitorang kat dalam dorm. Dengan mata berair dia tanya,

" Hahe huat haku ni? hahe haling?"

Noni Kapet said...

hj bochap buat kerja laa nanti tangki pecah

awi said...

eleh...bla la korang....kat group tak bising ingatkan ada kerja... rupanya menempek2 comment kat blog

e27 said...

kerja ada...tapi staff aku dok pasang lagu raya berulang, bos pulak ghuyub entah ke mana...tu semua yg dok buat aku bersidai kat group ni...

Noni Kapet said...

aku ada 40 financial statements lagi nak review ha ha ha. habis satu review, aku dtng jenguk sbb tak nak jadi giler!

e27 said...

dah selesai ko punya review?